WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Tuesday 30 December 2014

Trip to Pulau Pangkor

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

aku dah lama selamat pergi dan lik dari Pangkor ni. Yes, trip dengan kengkawan. Best? Gila tak best, mestilah. Bag yang aku bawak ke sana macam nak duduk seminggu kau tahu. Sebabnya kami ambil package yang murah, so makanan memang kena prepair sendiri.

Mula mula tu fikir macam tak best tau. Sebabnya bercampur dengan form yang lain lain kan. So, aku fikir nanti awkward lah tak boleh jadi diri sedirilah macam macam. Dah sampai depan pagar sekolah dah boleh nampak muka muka yang semestinya excited kan. Muka muka yang tak pernah nampak pun ada. Masa tu, apa yang aku fikir, takpalah, nak cukupkan tempat kosong. So, yay biarlah dorang nak follow kan.

Sampailah kat jeti pangkor. Depan tu kau nak shopping souvenirs memang banyak kedai. Serious. Tapi first day tu cikgu tak bagi shopping lagi. Sebabnya tempat tu luas, so nanti orang yang galak sangat shopping susah nak carilah apalah. Lagi satu takut lambat pulak nak sampai hotel. Oh ya, aku stay kat Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor. Oh ya, kau boleh search sendiri web dia. Memang ada, serius. Then, lepas makan nasi yang cikgu sediakan, kami pun naiklah feri. Jujur, aku tak pernah tahu yang feri ni bising bila kita duduk kat bahagian luar. But, who cares? Kat luar lagi best berbanding kat dalam,serius.

Sampai sudah kat pulau pangkor. Yang tak percayanya, aku ingat pulau pangkor ni kecil, and takda orang yang tinggal kat situ. Tapi sangkaan aku memang meleset jauh. Kat pangkor siap ada sekolah lagi tau. Kami nak pergi hotel kami naik van pulak. Satu van boleh muat 10 orang. Vroom vroom racing atas jalan perkampungan sampailah kat hotel. Kami dapat dorm. Tapi dorm dia bukan yang macam kat kem tau. TAK. Satu bilik 4 orang. Ada yang 6 orang. So, memang selesa lah kan. Tapi bilik mandi and bilik air kat belakang.

Hari pertama memang tak dapat buat banyak aktiviti sebab hujan. So, agak bosan tapi bestlah sebab dapat rehat. Wah, memang tidur yang aku mimpikan dari atas bas lagi. Tapi tak jadi, sebab kawan aku cakap tidur petang boleh jadi gila. Omg terus batalkan niat nak tidur tu okay. Malam aku tak ingat buat apa. Tapi yang pasti memang takda aktiviti hari pertama tu. Kitorang dinner kat restoran ilham kat sebelah kanan coral bay hotel. Bagi aku sedap makanan kat situ. Tapi tak tahulah kalau perut lapar ke apa en. Tapi yang pasti, setiap kali lapar, memng kitorang akan gerak kedai tu jugak.

Sampai resort, roommates aku ajak tidur. Tapi dengar bunyi bising kat ruang tamu dorm. Niat aku nak tegur supaya janganlah bising sangat kan, sebab orang nak tidur. Tapi aku tak jadi nak tegur sebabnya diorang main truth or dare. Tengok macam  best, so nak main samalah kan. So, dapatlah kenal dengan orang baru.  Nak kata baru tak sangat, tapi yang paling tepat sebab dah lama tak jumpa. Macam macam dorang tanya. Benda yang mengarut tu kau takyah cakap, paling banyak yang diorang tanya. Haih, sampai ke crush dah kantoi siapa

Esoknya baru ada aktiviti. Sarapan disediakan. Memang sedaplah aku melantak kan. Makanan free kot. Pastu mulalah main game. Dari situ dh boleh bergaul dengan semua orang. Yng tak kenal langsung pun makin rapat. Bukan makin, tapi memang rapat. Tak sangka gila yang dorang ni semuanya sporting actually. Itu yang best boleh buat bahan bahan orang tu. Tapi part paling best, bila main bola tampar. Lelaki lawan perempuan. Confirm lh lelaki menang kan. Okay, tahniah okay.

Part paling best yang takleh lupanya naik bot. Sebab pakcik yang bawa boat ni memang sporting habis. Kalau kau diam, dia pun diamlah kan. Sebab kitorang ni jenis kepoh, so, pakcik pakcik tu layan jelah. Ha, sebabnya pakcik tu ada dua sebab aku naik boat yang lain lain masa pergi dan balik. Dont worry, dua dua pakcik memang sporting. Kalau nak tahu cerita meh lah jenguk insta saya @shahirahputeri . Kat situ aku ada cerita A to Z pasal boat yng aku naik.

And seterusnya, kami ada singgah nipah bay untuk makan tengahari. Kat situ ada satu peristiwa. Bukan rekaan okay, pakcik boat tu sendiri yang bagi tahu. Kalau kau nak makan kat sini, kena pandai survey sebabnya, ada pelawat 5 orang yang makan kat satu kedai ni, tak tahu kedai apa maaf, kena rm900. Tak tahu apa yang dorang makan. So, better yang pergi sini berhati hati. Tapi jangan risau, tempat ni pun boleh tahan best masa aku singgah sana.

Tuptap tuptap, tiba masa nak balik. Macam tak percaya je yang trip 3hari 2malam dah habis. Gila tak sedih. Macam macam memori yang tercipta kat sana tanpa aku minta. Sampai atas feri, aku hanya mampu termenung. Sebabnya, rasa sayang nak tinggalkan pulau yang penuh dengan kenangan tu. Pulau yang penuh dengan ketenangan. Ya aku sedar, Allah dah bagi pinjam kebahagiaan kat sana. Alhamdulillah, silaturrahim yang kian jarak kini sudah dirapatkan. Thank you Allah, i love you Allah.

 Tapi, kami masih lagi contact kat group khas kami. Yes, semua dalam tu memang kuat membahan. Dengan perangai yang suka merajuknya. Macam aku. Haha. Sekian sudah post untuk harini. Maaf tak dapat nak share gambar. Gambar banyak di share kat insta. Kalau rajin boleh singgah @shahirahputeri atau #dakdakpangkor #kaaians

Sekian, Assalamualaikum

Thursday 4 December 2014

terasa

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

cuti sekolah yang membosankan. boleh lah boleh lah. seronok jugak lah kan cuti panjang ni. sebab tak payah sibuk fikir homework, assignment, semualah. cuti ni boleh tidur puas. wah, bahagia je bunyi nya kan. serupa orang malas belajar. terserlah sangat dah tu.

sedih weh, sedih. sedih gila. tapi bila share dengan ibu, ibu cakap "alah, benda cemtu pun nak terasa kau ni. biarlah diorang" okay. faham. mungkin aku ni yang manja sangat. ha, boleh jadi.

tapi entah. bila aku nampak kau orang berdua. wah, sakit namati rasa nya tahu. kalau ada gaduh, kau orang cari aku. tapi bila time kau orang bahagia, kau lupakan aku. oh, lupa. aku kan takda handphone canggih macam kau orang so susah nak contact, betul?

honestly, aku terasa. ya, memang benda kecil. benda kecil yang kau cakap tulah makin lama makin berdarah dan terus berdarah sampai ke tahap parah. aku bukan apa tau. nasib baik ibu jenis yang suka dengar keluhan anak-anak dia. lepastu bagi kata-kata semangat lebih kepada memujuk.

ya, i know, dia tak invite aku. and aku sikit pun tak kesah. at least bagilah tahu. ni tidak, masa gaduh kau cari aku. kita 'bertiga'. lepastu kau 'berdua', aku 'keseorangan' tak tahu apa-apa. ya, kalau tanya mesti jawapan susah nak contact kan? lepastu jumpa tahu nak bahan aku "kau ni ketinggalan lah, itulah siapa suruh takda phone" hello sis, kalau ada phone tahu nak buat zina hati, better macam ni. takda phone. selamat insyaAllah.

i am sorry. sebab aku betul-betul sakit hati. maybe entry ni lebih kepada lepaskan perasaan. tapi itulah aku rasa dan pendam sensorang. almaklumlah orang duduk dalam gua. takpa faham. now, i know who is really always by my side. thank you. now, i know. assalamualaikum.

Wednesday 26 November 2014

Bola Jaring (Netball)

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

sempena cuti sekolah yang bahagia ni, bolehlah aku rehat sepuasnya. wohoo! almaklumlah, exam dah habis. spm belum habis lagi kalau tak silap aku. okay, goodluck semua. aku tengah tunggu result ni. aduh, upsr dah keluar result harini. wah, tahniah yang dapat markah yang cemerlang okay. yang tak dapat tu, takpalah, PT3 ada lagi. ewah, seronok je bunyinya kan. jangan kau ulang salah yang sama dah lah kan.

ahad baru-baru ni ada netball tournament. dan aku ada kenduri. so, aku memang tak tahu apa-apa cerita langsung. package dengan phone rosaknya, lagilah macam manusia yang duduk dalam gua aku ni. asyik kena bahan guna phone keras je. eh, tu bukan sebarang phone tau. baling kat batu pun belum tentu lagi rosak okay. tengoklah kualiti nya macam mana en en. sony ericsson en.

masa pergi sekolah tulah aku tahu semuanya. itupun sebab aku paksa suruh cerita. iyalah, aku sorang je yang tak tahu apa-apa. and harini aku dapat tahu cerita dari sebelah pihak. and i be like "oh macam tu sebenarnya yang berlaku" dan aku jenis manusia yang cepat rasa bersalah. aku rasa bersalah kat dua-dua team kalau aku pilih antara satu. ha, kau faham tak macam mana tu? susah kan bunyi nya? alah, buat-buat faham pun bolehlah.

so, i'm decided untuk tak main netball untuk mana-mana team pun. because im know what will happen if i choose one of the team. so, aku main untuk sekolah sahaja. itupun kalau dapatlah. yeah, im know, tu my fav hobby. tapi itu je caranya okay. full stop.


mesej: semoga semuanya dapat berdamai. amin

Wednesday 19 November 2014

Result

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

harini ya harini. hari yang betul-betul mendebarkan kata orang. pagi tadilah. rasa lutut aku dah ketar-ketar tadi. rasa nak tercabut pun ada bila nama aku kena panggil. mana taknya, ambil result dong. result PT3 pulak en en. tapi harini dapat tahu markah je. gred nya tak tahu lagi.

tapi result memang tak memuaskan. jujur aku cakap. tadi ibu ada tanya oh. tapi aku tak jawab. rasa berdosa derhaka pun ada. tapi aku tak ready lagi. sebab markah je yang keluar, gred tak tahu, so memang tak dapat nak agak, boleh ke lulus aku ni.

apa yang aku harapkan, gred turun. amin. sebab, aku teringin nak A banyak-banyak oh. teringin gila. so, aku harapkan yang gred turun em em. 14hb Disember 2014 result keseluruhan keluar. so, minta-minta lah dapat yang terbaik. amin. takyah datang sekolah pun masa tu. dorang cakap boleh tengok kat saps. so, wish me luck ..

Tuesday 18 November 2014

Jadi Fasilitator

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

harini pengalaman pertama aku masa tengah umur 15 tahun ni, jadi fasi. masa mula-mula nak mulakan tugas tu, takut jugak sebenarnya. iyalah, nak kena jadi berani, bantu membimbing semua. alah, lebih kurang macam tu lah tugasnya.

alhamdulillah, harini program berjalan dengan lancar. penceramahnya Ustaz Shauqi. sebab ni program untuk form 1 and form 2, so berani lah sikit kan join. kalau senior, haha minta maaf aku kurang keyakinan sikit. huish, takdalah nak kata aku ni tak malu bila dengan form 1 form 2, agak lah sikit mulut tu, cili kang baru tahu.

tadi program macam-macam ada. best tak? of course lah best. fasi pun main sama. yelah, fasi-fasi kali ni suka menyibuk sikit. ops. yelah, aku sorang yang suka menyibuk. tapi, kalau bila part yang ada denda tu kan kan kan, memang taklah aku nak join. wah, nampak sangat nak mengelat. pang kang. gedik je lebih

ha, part yang paling tak boleh lupa bila ustaz tu cerita pasal buli, couple and lain-lain. ada lagi tak silap. tapi, dua tu je aku ingat. teruk kan aku. haih, pelajar cemerlang kan. amin. time masa part couple tu aku sentap. iyalah, siapa je yang tak pernah couple dok. tapi yang tak pernah tu, alhamdulillah, kekal kan. jangan pernah kau nak cuba. aku dah lama tinggal semua benda-benda tu. alhamdulillah, minta-minta boleh jaga lah hati ni. insyaAllah. kita sama-sama cuba okay.

betullah apa yang ustaz tu cakap, kalau ada lelaki yang cuba text kau ke whatsapp ke wechat ke apalah kan semua wanita-wanita remaja-remaja perempuan yang lawa-lawa belaka ni, kalau benda remeh tanya pasal sekolah tu bolehlah nak jawab. tapi bila dah start sibuk nak tanya dah makan belum tu, itu yang kacau. nak tunjuk konon nya caring lah tu kan. tak payah reply. itulah permulaan yang sebenarnya.

lelaki ni pandai nak pujuk perempuan. lagi-lagi bila malam. lagi lah rancak ber-texting bagai. malam kan waktu kita berehat kan. pernah tak kau terfikir balik, kenapa kau boleh terima dia eh? ha, sebabnya otak tak dapat nak fikir secara waras. lebih kurang macam itulah kot. ha, senang cerita lah kan, tak payah reply langsung text mana-mana lelaki lagi bagus. senang. dan lebih parah lagi, bila mula jumpa. jenjengjeng, masa jumpa tu ada 'orang' ketiga. bahaya

sebab aku pun pernah tersungkur dulu. tapi cuba bangkit dan berubah. bukan nak menunjuk, tapi nak bagitahu, sesiapa pun boleh berubah, asalkan ada usaha dari diri kita sendiri. sebab aku pun rasa macam mana perasaan yang muncul masa alam tersungkur dulu. ya, memang manis. manis sangat macam madu. tapi ingat, kalau kita mati sebelum sempat bertaubat, apa nasib kita agaknya? ya Allah, tak dapat bayangkan, kan? jangan fikir sebab kita muda je. mati bila-bila pun boleh. tak kira tua ke muda. keputusan kat tangan masing-masing.

mesej: tahu tak perkataan ayah? kenal siapa dia? takpun abah ke daddy ke, abi ke kan. tahu perkataan ibu? takpun, mummy ke, ummi ke, mama ke kan. mesti kenal kan? sayang tak? bohong kalau tak sayang. fikir balik sebelum nak cakap tak sayang semua tu. siapa jaga kau masa kecil kalau bukan diorang? siapa sedaya upaya kerja keras nak bagi kau makan? taknak kau susah. memang pfft kalau tak sayang tak cinta. tak kenang budi. kacang lupakan kulit. ha, kan dah emo tiba-tiba. lebih-lebih pulak. kalau sayang, berubah :) assalamualaikum

Sunday 9 November 2014

Untitled

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

//sebab ni luahan perasan. jangan baca kalau takut bosan//

sebab harini aku sedih
sebab harini aku tak tenang
sebab harini aku rasa macam banyak buat salah kat orang
sebab harini macam-macam aku nak fikir dalam satu masa

senang cerita aku serabut ...

semalam, training dan harini tournament. semalam tak terasa macam harini. harini feeling dia lain sangat. bukan sikit, tapi banyak. hati aku macam laut. kadang tenang, kadang berombak. ya, jalan yang sebetulnya berdoa agar hati aku tenang

mungkin sebab dalam game banyak buat salah. rasa bersalah kat team tu tak habis sampailah sekarang. memang, dan aku tahu yang team yang aku main (team biru) dapat nombor 3/4. tapi entah. gembira tak terasa langsung. apa yang aku rasa 'nasib baik'.

tadi, ada orang tanya, nak get back (cewah macam couple) balik tak dengan team lama. sebab dulu pun aku ada terasa hati dengan team lama, so, aku pun masuklah team lain. aku ingat team lama dah tahu yang aku dah masuk team lain

aku ceritalah sebab apa aku masuk team lain. tapi, orang lain pulak terbaca. yang terbaca tu pulak antara yang handle team lama tu. ya Allah, aku rasa kau boleh faham kot apa yang aku rasa. terkejut plus takut dia pulak yang terasa hati. sebab kalau teen dengan teen sms kan bahasa dia lain sikit. so, kita boleh faham sesama age kita ya dok? dan bila yang terbaca tu merangkap aunty, mungkin dia tersalah faham

sebab aku ni jenis yang lembut hati (kadang-kadang) so, terasalah dengan apa yang aunty tu cakap. aku pun pelik pehal lah kan member kat team lama ni cakap cemni. sebab aku dengan member tu bahasakan diri lain. ni dia reply lain. tahu-tahu mak dia yang reply. wah, tepukan gemuruh untuk aku sebab dah terkantoi apa yang aku rasa selama ni.

aku explain lah balik kan. biar aunty tu faham. tapi entah. macam takda harapan je .. cerita kat kawan rapat, dia cakap, biasalah, orang tua, nanti okaylah tu. but still, aku tak tenang okay. sampai sekarang

mesej: ya, aku tahu bukan hari raya. tapi nak jugak cakap. aku minta maaf kat semua rakyat malaysia, kalau aku ada buat salah, aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. assalamualaikum


Monday 20 October 2014

camping

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

duduk sorang-sorang. line tengah laju kan. of course lah aku nak online kan. tiba-tiba dapat dm kat twitter. ceh, twitter je mampu sekarang. henpon aku kan rosak. benci k benci. rasa nak buang je henpon dalam tong sampah. tapi bila tengok henpon tu, rasa sayang membuak-buak pula. yelah, henpon tu yang buat aku boleh buka account instagram, whatsapp, wechat, macam-macam lah. selama ni mana ada. buat cerita sedih lah pulak. pang kang.

sambung kat dm masuk tadi. tengok-tengok kawan aku. dia tanya aku nak beli baju kelas tak. aku mesti tanya harga dulu. sebab nak beli baju tu guna duit sendiri. aku pulak tengah pokai ni. tiba-tiba kenangan lama menari-menari kat ingatan ni. ceh, ayat taknak kalah.

masa zaman darjah 5 ke 4 entah. aku tak ingat. sekolah agama aku ada anjurkan kem. dulu selalu sangat buat. tapi since aku darjah 6 dah tak buat langsung. adik aku selalu sangat balik rumah komplen cakap bosan. macam aku pengetua kat sekolah tu. sumbat baldi kang. haritu kem dia nak pergi ke Bukit Lagong. tak silap aku lah. dia punya excited tu bukan main. sampai tertidur dalam bas. kuangkuangkuang

sampai kem, terasa macam "whaaaa, bestnyaaa" bukan main, padahal tengah mamai masa tu. kat situ ada tempat rock climbing, flying fox, dewan, tandas, kantin, semualah. cuma kalau tempat tidur tu tak nampak sungai. tasik ada. cantik gila tempat dia. memang aku tak boleh lupa. aktiviti pertama, ice breaking. alaa macam kem biasalah. mesti ada punya ice breaking tu. memang wajib okay.

dah habis aktiviti, mulalah pasang khemah. okay, ini best walaupun bukan aku yang pasang. yelah, junior kan kat situ. tolong kutip sampah ye. muka aku. tapi tak heran. janji malam tu tidur dalam khemah. tak silap, kem tu 3 hari 2 malam. lepas satu-satu aktiviti kita orang main. yang paling best masa nak main rock climbing and flying fox. rock climbong tu aku tak main pun sebab takut. bila fikirkan balik memang rugi okay.

flying fox.... kena naik dua orang. aku tak ingat aku naik dengan siapa. masa turun tu best dia takyah cakap, boleh tengok semua benda dari tempat tinggi. menjerit, memang akan ada. gedik je lebih. rasa nak tepuk mulut sendiri. lepas dah habis semua aktiviti di siang hari. tibalah malam. haa, ni punca dan kenapa aku nak sangat update blog ni.

ada kembara malam or night walk. cikgu beria-ria suruh bawak torch light dari rumah. lepastu, fesi kat situ suruh letak kat depan. tapi aku tak bawak pun torch light tu. masa dengar taklimat tu, dah mulalah dah gementar dia. macam-macam aku fikir. takut kena baham dengan rimau lah jumpa dengan 'benda' bukan-bukan lah macam-macam. lagilah jantung aku dupdapdudap laju macam taknak berhenti bila fesi tu cakap kena jalan sorang-sorang. rasa nak tercabut jantung aku masa tu. tempat orang kot, manalah aku nak mahir. selok belok dia pun aku tak tahu.

time tu, mulalah nak nangis mintak nak ibu nak ibu. bukan aku sorang okay yang mengada time tu, ramai. budak lelaki pun ado. sekali fesi tu tanya, siapa ada sakit macam asma, demam or apa-apalah angkat tangan. aku ni budak yang aktif dan alhamdulillah takda sakit yang kekal. ramai yang angkat tangan termasuk aku. fesi tu suruh beratur kat sebelah dia. time tu rasa bersyukur gila dah sebab fikir tak payah nak kena pergi night walk tu. malangnya, fesi tu soal siasat macam polis. bukan main lagi.

sorang-sorang dia tanya. sampai kat aku, dia tanya "sakit apa?" aku jawab "asma" "sejak bila" aku jawab "hari ni" memang kena bahan gelak. fesi tu gelak, ustazah ustazah tu pun gelak. muka aku pelik je time tu. aku cuma boleh fikir "dah kenapa, takda ke orang kena asma tiba-tiba?" bila ingat balik, rasa nak sorakkan je muka ni dalam baldi. malu dia tak payah cakap. aku takda asma pun sebenarnya. cuma cari jalan taknak join night walk tu. fesi tu suruh aku pergi kat barisan yang confirm pergi night walk tu. padan muka aku

malam tu nak tunggu turn memang lama. jalan nak pergi tempat tu pun dah penat. sampai sana dia lepaskan dua orang sekali jalan. masa tu, aku nak pergi dulu? memang taklah! dah lah berlakon ada asma. dari tempat menunggu, aku boleh dengar suara orang mengilai. menjerit semua ada. sampai ada yang patah balik mintak tolong. tapi fesi tu suruh dia orang pergi balik. aku tunggu kat situ sampai nak tersengguk-sengguk mengantuk sangat.

sampai turn kami enam orang, fesi tu tanya siapa yang nak pergi jalan. semua taknak. sekali kena denda jalan ramai-ramai. rasa selamat jugaklah masa tu. tapi package dia siap kena selawat kuat-kuat. kuat kitaorang tak payah cakap. cukup boleh cakap, jalan tu kitaorang yang punya. sampai dah kat tempat nak kena kacau ni. budak kat depan aku ni dah nampak kain warna putih, aku nampak. tapi buat-buat tak nampak. yelah, nak sedapkan hati. kain putih tu mulalah mengilai sekuat alam. haish, nak je aku tepuk mulut dia. bising malam-malam buta.

aku duduk tengah mulanya. tapi semua dah jalan depan aku, aku yang paling belakang. kain putih tu mula dekat dengan aku nak sentuh aku. tanpa aku duga, aku pergi tarik kain putih tu siap dengan tampar pukul-pukul sekuat hati. bukan main. fesi yang jaga kitaorang time tu dah bantai gelak. sampai lah empunya kain putih suruh aku berhenti cakap yang dia tu manusia. ha, tahu kau. aku memang ganas. kau jangan main-main. sampailah tempat budak-budak kena kumpul. sampai kat tapak kem tu pukul 3 pagi. so, ada satu jam je kitaorang boleh tidur. ish, orang dahlah tengah ngantuk.

esoknya, 4 pagi. akak-akak senior kejut suruh bangun ada qiamulai. bangun jugaklah. dia bagi masa basuh muka gosok gigi. yang tunggu budak-budak yang lambat semua tidur. mulalah solat subuh. sampai tahiyat akhir, ada yang tersengguk-sengguk, ada yang dah terbalik dah pun. mengantuk punya pasal. aku tak pandai nak khusyuk lagi masa tu. aku tak mampu nak gelak kan empunya badan yang dah terbalik tu. sebab aku sendiri pun terasa nak tumbang. tapi gagahkan jugak diri ni.

sampailah dia bagi masa setengah jam lagi boleh rehat. ish, setengah jam je? tak cukup tahu tak. rasa nak mengamuk je time tu. tapi, takdalah berani nak buat macam tu. then, mandi apa semua kemas barang nak balik. masa nak balik,  terasa sayang pulak nak tinggalkan tempat tu. eleh, lumrah lah kan. masuk je dalam bas, benda paling pertama aku cari, tempat duduk in good condition. sebab aku nak tidur. bas mula jalan, aku dah tak ingat apa-apa dah.

sampailah aku teringat ustazah kejutkan aku cakap ayah aku dah sampai. nak jemput aku balik. time tu aku dalam bas. bangun je nak ambil beg, tengok aku sorang je yang ada dalam bas tu. sah, rasa benci kat budak sebelah aku pun ada. bukan nak kejutkan aku oh. balik rumah, ayah cerita kat ibu itu ini. aku malas nak dengar. sebab aku fikir nak sambung tidur je. esoknya ibu cerita kat aku. ustazah pun tak perasan yang aku tak turun dari bas lagi. nasib baik bas tu tak jalan lagi. kalau tak, dengan aku sekali diangkutnya.

bila diingat balik, rasa diri ni teruk pun ada, tidur mati satu! ngada-ngada pun satu. penakut tak bertempat pun satu. baru sedar mengada betul aku dulu. rasa benci kat diri sendiri pun ada.

ok, goodbye! night ...

Wednesday 15 October 2014

last paper

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

alhamdulillah, paper lain semua dah habis. tinggal paper tambahan-bahasa arab. fuyyoo, berdebar sebenarnya thats why sengaja singgah sini. tahniah lah kan untuk anda yang dah habis paper. aku? gembira tak, sedih pun tak. emosi aku balance. kwangkwangkwang

habis exam pun, result tak keluar lagi. time nak dapat result lah yang paling takut. tapi, apa yang aku boleh buat, tawakkaltua'lallah. macam-macam dah dorang planning untuk esok. merdeka kan. ada yang jogging lah. okay itu buat aku jealous. aku pun mulakan projek diet jugak! acewah. angan-angan mat jenin.

cerita pasal esok, ustazah pesan suruh aku buat baik-baik. result aku drop haritu. sampai ustazah ingat aku bercinta. ayyoo, mana ada meh. takda masa nak cari meh. kahkah. percaya tak percaya sudah. aku memang bagitahu benda betul. noktah!

study lah study lah study lah. itu yang ibu selalu pesan kat aku. ayah? lagilah. ayat study tu dia tambah buat essay yang lebih 180 patah perkataan. eh, mintak besen aku ni. mintak kat ayah, kalau dapat straight A nak sony C3. cewah, selera kemain. tapi kan, macam tak dapat je. macam okay macam. apa pun doa dan tawakkal jelah. semua dah lepas. paper arab je yang belum lepas

wish me luck for tomorrow. bismillahirrahmanirrahim...

# buat sesuatu niat biar lah kerana Allah :) inshaAllah berjaya

Thursday 9 October 2014

lembap

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

nampak tak tajuk kat atas tu? nampak tak? nampak tak? ok, lembap tu ada banyak maksud sebenarnya. aku tanya mr. google. dan berlonggok-longgok lah pilihan yang boleh aku pilih. lembap ni bermaksud, basah, masih basah, tidak cerdik dan sebagainya. tapi maksud yang tidak cerdik dan bodoh tu adalah lembam. ha, itulah yang aku dapat lepas dah tanya mr. google tadi

so semuanya dah terjawab kan. aku pun keliru jugak sebenarnya mulanya. antara lembab dengan lembap. jadi boleh fikir logik kot antara lembap-bodoh atau lembap-lambat. lembap-bodoh tu agak kasar dan memang kasar pun. tapi kau kena faham jugak ayat orang cemana. jangan main hentam je merajuk marah orang suka hati. padahal kau yang salah sangka.

fikir logik, ayat dia macam ni. dua orang kawan ni tengah bersembang, tiba datang seorang kawan ni tanya "kenapa kenapa?" dan salah seorang daripada dua orang ni tadi jawab "dah lembap, tak payah tahulah" tapi yang kawan baru datang ni asyik fikir lembap tu bagi dia bodoh. kalau ingat ayat balik, "dah bodoh, tak payah tahulah" ha, jauh tak beza tu? aku rasa terlalu lah jauh. cuba renungkan balik. terima kasih

kedua, sanggup ke kawan kau yang kau dah anggap sahabat dan dia sendiri dah anggap kau sebagai sahabat gelarkan kau lembap maksudnya bodoh. takda siapa yang akan anggap kawan sejati dia bodoh. takda siapa. kalau dia faham maksud kawan sejati tu siapa dan apa. lagi-lagi lah dalam pelajaran. kau boleh fikir kot. takkanlah dia yang kurang cerdik dari kau nak gelarkan kau macam tu. kalau boleh fikir dan renungkan keadaan. semua budak kelas dah takda dalam kelas, dan tinggal kau dengan kawan kau je dalam kelas. dia pun cakap "cepatlah sikit, lembaplah kau ni" adakah maksud lembap kat situ jugak bodoh? renungkan.

and one more thing, banyak dah zaman sekarang ni orang gurau kasar. jadi, kau kena fikir dulu sebelum nak bergurau dengan orang. adakah gurau itu akan menyakitkan hati dia? jadi, kalau kau jenis hati yang lembut dan sopan janganlah cuba gurau kasar dengan orang. sebab kalau orang tu dah terbiasa dengan gurau kasar kau, dia pun terasa nak bergurau kasar sama dengan kau. dan mulalah kau terasa dan kau salahkan dia. jadi, fikir-fikirkanlah. sebab apa yang kita buat kat orang, akan kena batang hidung kita balik.  bukan harini, mungkin esok lusa.

p/s: ego takkan memberi kebaikan apa-apa pun kat diri kita. kalau nak tunjuk sangat berapa cm dan ml kau punya ego, bandingkan dengan ego  orang lain. mungkin lagi tinggi dari kau. sekian

Thursday 19 June 2014

Hargai

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, aku lepas exam lisan pagi tadi. start dari pukul 7.45 pagi sampailah 10 pagi . tak silap aku ni baru percubaan . sebab yang betul betul punya bulan Ogos nanti okay . pejam celik pejam celik dah nak dekat pun . sekarang dah bulan jun . lagi berapa kerat je nak masuk bulan julai . bulan julai nanti pulak aku sibuk dengan ujian instrument sejarah dengan geografi . memang busy lah cerita dia . kebetulan ada masa sikit ni . itulah bukak laptop and meng-update . orang lain tengah perah otak buat latihan . bagus betul .

okay, pagi tadi, lepas habis exam je terus boleh rehat okay . cikgu bagi rehat awal 1 minit . hargai masa tu okay . habis rehat je masuk kelas . tibalah subjek agama . selalu sangat mengantuk kalau waktu cenggini . banyak betul syayaton bergayut kalau nak dengar ilmu agama je . subjek agama harini pulak pasal mengurus jenazah . kebetulan ada member aku yang nenek dia baru meninggal beberapa bulan yang lepas . so, dia pun tengok serba sedikit orang mandikan jenazah . dia pun ada tolong jugak . bangga aku jadi kawan dia . jarang remaja sekarang nak tolong buat semua tu . tapi tak semua ok . aku sendiri sebak dengar cerita dia . entah kenapa, aku pulak yang feeling melebih . sampai sok seh sok seh aku dengar cerita dia .

yelah, mana tak nya, jauh dalam hati dia tu, dia sayang sangat kat arwah . tapi, dia tak mampu nak tunjukkan je . nenek dia garang katanya . selalu sangat bising itu ini . bising itu ini tu semua bersebab . cuma dia tak pernah nampak je sebelum ni . tapi kau tahu, orang tua tua marah sebab sayang . terlalu sayang sebab itulah dia bising . bila dah takda, dia selalu cakap kat aku, takda siapa dah nak bising kalau dia menyanyi kecil kat dapur and macam macamlah . masa tu air mata dia dah bergelinang dekat tubir mata dah . pastu dia gelak gelak . konon nak cover lahtu . ehem, aku dah kenal kau lama ok mun . kau sedih ke apa, aku tahu . so, kau semua . jangan pernah bosan dengar bila ibu kau pot pet pot pet tak berhenti . cuba kau fikir balik, selama ni ibu kau pot pet pot pet mesti ada sebab kan . mana pernah dia nak bising takda sebab yedak?

bila dia cerita itu ini, aku pulak teringat dekat arwah cousin aku . baru 1 tahun (2011) budak tu . arwah lemas . aku sendiri sayang kat dia . aku sayang dia sebab aku takda adik lelaki . so, aku pun teringin jugak nak adik lelaki masa tu . cuma takda rezeki lagi . pukul 3 petang . aku terjaga dari tidur . aku bangun bangun je tengok Puan Ibu tengah jawab call . besar mata Puan Ibu masa tu . merah merah pulak tu . aku pun pelik lah . bila Puan Ibu dah habis jawab call je, terus aku tanya kenapa . Puan Ibu bagitahu yang Abang Long Muhammad dah takda . aku masa tu tengah blur blur lagi . aku tanya ibu balik, baru aku faham . masa tu Allah je yang tahu macam mana perasaan aku . terus bergegas kemas beg balik kampung . aku tarik je memana baju yang aku nampak .

sampai kampung waktu malam . pergilah rumah sedara belah his mom . ibu peluk makcik erat erat . ibu cakap, 'sabar ye, sabar' . makcik dah menangis kat bahu ibu aku . aku ni jenis yang cepat sangat tersentuh . tengok je makcik macam tu, automatic aku pun naksedih sama . tapi aku duduk jauh jauh kejap . tenang diri aku dulu . makcik cerita macam mana semua tu boleh jadi . aku sampai kampung waktu tu pun memang nak dekat tengah malam pun . ayah pulak pecut bukan main lagi . tapi, tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir . itulah yang aku tak boleh terima . tapi nak buat cemana . dah duduk jauh dari yang lain .

esoknya dia buat tahlil . siang masa ni . nenek arwah ada jugak jemput tahlil malam tu . tapi tak dapat nak pergi sebab ayah ada kerja . dah banyak sangat ambil cuti minggu sebelum tu sebab atuk tak sihat . kesian aku tengok pakcik aku masa tu . arwah sangat rapat dengan ayah dia . tapi aku yakin, mesti ada hikmah disebalik semua ni . makcik aku termenung je memanjang . bila dah lama, ibu pun sebelah dia . dia luahkan semua kat ibu . dia kata, baru pagi tadi dia buat susu untuk arwah . untuk kali terakhir . dia kata, pagi tu arwah pandang je dia masa dia tengah buatkan susu . bila dapat susu je, dia pergi tidur balik . tak sangka pulak jadi macam ni . yang makcik pulak cerita, pagi tadi masa pakcik dah pergi kerja senyap senyap, arwah nangis nangis cari pakcik. tak pernah jadi pun macam tu sebelum ni . terus terburai air mata pakcik kat situ . pakcik aku tu abang kepada ibu . ibu pun gosok gosok badan dia . tenangkan dia . mata ibu pun merah masatu . tapi ibu cuba tahan . ibu pun rapat jugak dengan arwah . 

lepas beberapa bulan dah berlalu, raya . baliklah kampungkan . raya pertama pergi ziarah kubur arwah . terasa lagi kehilangan tu sampai sekarang . bila nak kongsi dengan member je, mesti sok seh sok seh aku datang . memang payah nak mengelak . makcik pun dah ada baby baru masatu . lelaki jugak . Muhammad Sallahuddin . sekarang tak silap aku dah 1 tahun kot . takpun 2 tahun . tak pasti . muka sallahuddin sama macam arwah abang dia . alhamdulillah, lama-lama semua dah boleh terima yang arwah Muhammad dah pun takda . Allah lebih sayangkan dia . doakan ummi dan abah mamat ok kat sana . Al-Fatihah (Muhammad Umar Azim)



marah macam mana pun sekali dorang kat kau, dorang tetap sayangkan kau ok.
p/s: hargai selagi ada. jangan derhaka. doakan aku berjaya dalam ujian bulan julai, ogos and oktober. thank you !

Friday 13 June 2014

Ceritera Mekra

Pada zaman dahulu, terdapat seorang gadis yang serba sederhana bernama Mekra. Mekra mempunyai dua orang kakak dan tiga orang adik perempuan. Kakaknya yang pertama bernama Mekmun. Manakala, kakaknya yang kedua bernama Meksya. Adiknya yang pertama bernama Mekpa, yang kedua bernama Meknaa dan adiknya yang bongsu bernama Meknis.

Pada suatu hari, sedang Mekra asyik meng-online *broken tatabahasa* account twitter miliknya, tiba-tiba telefon miliknya berbunyi menandakan notification masuk *eh, betul ke ayat aku? Ok lantak* ada seseorang telah meninggalkan pesanan pada DM-nya. Dia pun membuka pesanan tersebut, seorang lelaki yang bernama Awang Imin terpapar besar *ok ini tipu* pada DM-nya. Ish, bencilah cakap cemni. Ok tukar !

“hai” sapa Awang Imin.

Mekra teragak-agak nak balas ke tak. Or nak tinggalkan macam tu je biar usang siap dengan package berhabuk lagi. Mekra pun ambil keputusan nak stalk dulu siapakah gerangan lelaki bernama Awang Imin tu. Stalk punya stalk, dia tengok macam pernah tengok je? Dia tengok gambar-gambar Awang Imin, terdetik dalam hati “oh, mamat ni rupanya” Mekra pun reply lah pesanan tu balik.

“hai” balas Mekra.

Start dari hari tu, Mekra dan Awang Imin selalu sangat DM kat Twitter. Mekra menceritakan perihal Awang Imin dekat Mekmun, kakak sulungnya. Semasa Mekra mengambil keputusan untuk berterus terang dengan adik beradiknya, tiba-tiba Mekra dapat tahu yang Meknaa, adik ketiganya minat kat Awang Imin. Mekra tak tahu nak buat apa. Jadi dia pun membatalkan niatnya untuk memberitahu adik-beradiknya yang lain. Dia pun teruskanlah text. Sebab menganggap hubungan mereka sekadar kawan biasa pada mulanya. Pastu, dorang ambil keputusan untuk tukar number phone. Mereka pun selalu lah texting- texting. Tiba timbul satu perasaan yang aneh *tak payah nak aneh sangat ok shera* antara mereka berdua. Suatu hari, Awang Imin mengaku yang dia ada perasaan kat Mekra. Mekra jadi tak tentu hala. “aduh apa aku nak buat ni” kata Mekra dalam hati. *Kau pernah dengar tak perkataan ‘couple’? mengada kau kalau tak pernah. Sebat kang*
Awang Imin terus menerus meluahkan perasaan dia kat Mekra. Mekra bagi jawapan bahawa Mekra pun ada perasaan terhadap Awang Imin. Tapi Mekra taknak ada suatu hubungan couple antara mereka berdua. Cuma rapat je. *kau faham tak?* Awang Imin tak dapat terima, tapi dia terus berusaha untuk dapatkan kepercayaan Mekra.

Dah beberapa bulan, Mekra pelik kenapalah Awang Imin dah lama tak text. Mekra ambil keputusan untuk stalk Awang Imin di account twitter milik Awang Imin. Jantung Mekra berdegup kencang macam nak pecah. Terpapar sebaris nama yang Mekra sendiri tidak kenal siapa. Mekra terdiam, mengalir air mata Mekra tanpa henti. Mekra berfikir sejenak, apa salah dia terhadap Awang Imin? Mekra mengambil keputusan untuk meneruskan hidup dia dan lupakan lelaki bernama Awang Imin. Akhir tahun, Mekra berminat dengan pelawaan adiknya, Meknaa untuk join sekali bermain bola tampar. Latihan tu selalu ada masa malam. Jadi Ayah mereka lah yang hantar mereka sampai ke blok permata.

Tiba-tiba jantung Mekra berdegup tak tentu hala. Dia toleh sekeling then ternampak Awang Imin. Terkejut beruk dia. Awang Imin!  Ya Allah, kenapalah Meknaa tak bagitahu ada geng Awang Imran join sekali. Mekra buat-buat biasa macam tak pernah kenal dengan Awang Imin. Aunty Ila ajak Mekra dan Meknaa untuk join team dorang sebab tak cukup orang. Lagilah nak gila Mekra dibuatnya. Orang lain main seronok je. Yang Mekra terasa macam seram sejuk dah kat situ. Sampai pucat tangan Mekra. Siap dengan package ketar-ketar lagi. Mekra pun cuba tenangkan diri. Mekra berharap sangat supaya masa cepat je berlalu.

Tiba masa nak kena tukar team lain pulak. Giliran team Awang Imin pulak yang main. Team Awang Imin pulak yang tak cukup orang. Awang Imin ajak Mekra main sekali. Mekra sekadar menggeleng kepala. Ada seorang mamat dipercayai kawan Awang Imin sampai. Dalam hati Mekra “Phew penyelamat aku, terima kasih bro” diorang main macam biasa. Tapi still Mekra tak senang duduk. Mekra ambil keputusan untuk balik awal. Mekra call ayahnya. Ayahnya datang untuk ambil dan bawa pulang Mekra dan Meknaa. Eh, lupa! Meksya ikut sekali.

Sampai rumah, lepas dah siap bersihkan diri, henpon Mekra berdering lagu Growl menandakan ada panggilan masuk. Mekra terkejut terpapar nama si dia. Terdetik dalam hati “Ya Allah, kenapalah dia datang balik dalam hidup aku? Apa lagi dia nak? Nak mintak maaf? Aduh, aku taknak dengar apa-apa” Mekra buat keputusan untuk reject call Awang Imin. Mekra tak senang duduk. Phone Mekra berbunyi lagi ‘keringgggggg’ notification masuk. Awang Imin.

“sekarang bukan nak angkat dah call orang kan” kata Awang Imin.
“penat, nak tidur. Kbai” kata Mekra.
“em, saya rindu awak. Takpalah. Awak tidurlah. Goodnight. Sweetdream” kata Awang Imin.

Mesej tu Mekra pandang sepi. “Tak rasa bersalah langsung kau kan. Ee, ikutkan hati nak je aku gumpal kau buat bola then sepak sampai keluar dari bumi ni”bisik Mekra sensorang.  Mekra pun ambil keputusan sambung tengok tibi. Terus Mekra dah tak reply mesej tu. *penipu kan? Waha, kesah?* Habis tengok tibi, tidurlah. Apa lagi !

Keesokkannya, Mekra bangun pagi untuk menunaikan solat subuh. Lepas selesai menunaikan perkara wajib yang satu tu, phone Mekra berdering lagi ‘keringgggggg’. Awang Imin. “Ya Allah, dia ni nak apa?!” Mekra buat keputusan untuk tak reply mesej Awang Imin. Mekra pun deactived sim card. Seharian dia deactived sim card miliknya. Kalau active balik pun, kejap kejap je. Bila tiba je masa dia active-kan (sim card) balik, ada beberapa mesej dan beberapa call yang terpapar. Bukak bukak je Awang Imin. Asyik asyik Awang Imin. Takda orang lain ke? Detik dalam hati Mekra. Dan terus menerus Awang Imin hantar mesej and call Mekra. Tapi Mekra tak pernah nak angkat atau reply.

Lepas beberapa minggu, Mekra berasa belas kasihan pada Awang Imin. Entah kenapalah hati baik sangat macam tu. Pelik ok. Mekra pun reply lah mesej Awang Imin:

“Mekraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!” –Awang Imin

“Apeeeeeeee” –Mekra

“haa, reply pun. Hehe” –Awang Imin

“Nak apa?” –Mekra


“Rindu. Tak kesian ke kat orang hari-hari hantar mesej. Tapi dia tak reply pun” –Awang Imin

“Kesian? Perlu ke?” –Mekra *kejamkan?*

“em, yelah tak payah kesian. Saya rindu awak” –Awang Imin

“Rindu? Rindulah awek awak tu”

“Awaklah awek saya”

“Maaf, awak silap orang ni. Saya bukan Puteri Mia Balqis. Maaf kalau saya tersilap eja nama dia”

“Eh, tak. Manada. Itu dululah. Em, saya rindu kita yang dulu”

“kita yang dulu? Yang macam mana eh?”

“Awak, janganlah macam ni. saya minta maaf. Saya nak kita yang dulu”

“Oh, hahaha. Minta maaf? Oh, masa dia datang, awak buang saya. Now, dia dah takda, awak cari saya balik? Awak ingat saya ni apa?”

“Ya, saya tahu saya salah. Saya minta maaf sangat sangat. Saya nak kita yang dulu”

“dah lah awak, saya dah penat. Penat dengan semua ni. Assalamualaikum” –Mekra. Off phone.

Mekra terdiam. Jujur, dia rindu. Tapi sakit hati dan marah lebih menguasai diri dia masa tu. Mekra menangis. Tiba-tiba Meknis datang dan duduk di sebelah. Terkejut Meknis melihat keadaan Mekra. “Kenapa ni Kak Mekra?” tanya Meknis. Mekra sekadar menegelap air mata lalu tersenyum memandang Meknis. Mekra ambil keputusan untuk pergi ke bilik air lalu mengambil wudhuk untuk menunaikan solat zohor.

Hari berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru. Awang Imin tak berhenti-henti hantar mesej. Biarpun Mekra tak balas pun mesej itu sepatah pun. Tiba suatu hari, hari yang membuatkan Mekra berlembut hati. Awang Imin call, Mekra pun angkat call itu seperti sediakala. Berbual-bual dengan Awang Imin macam takda apa yang pernah jadi. Mekra nekad untuk mulakan hidup baru. Lagi sekali? ekh

Mekra dan Awang Imin contact macam biasa. Macam dulu dulu. Kisah lama pun tidak pernah diungkit. Lagi sekali Awang Imin bagitahu Mekra tentang perasaan yang dia simpan.Mekra teragak-agak nak percaya sebenarnya. Tapi Mekra berikan jawapan yang sama “taknak ada suatu hubungan couple antara mereka berdua. Cuma rapat je.” Jujur, dia sayang Awang Imin. Tapi jauh di sudut hati yang dia masih memikirkan perasaan Meknaa. Sebab itulah susah dia nak terima Awang Imin. Mekra tetap merahsiakan hal ini. Cuma Mekmun dan Meknis je yang tahu perkara sebenar.

Mekra cuba kumpulkan semangat dia untuk menceritakan juga hal ini pada adik beradiknya yang lain. Dia cuba untuk cakap berkias-kias dahulu.*acewah* Sebab taknak Meknaa terkejut dengan apa yang diberitahu. Mekra cuba juga sebab memikirkan keadaan Meknaa yang sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Awang Azwan. Mungkin perasaan Meknaa terhadap Awang Imin cumalah olok-olok sahaja. Mekra pun mulakan kata-kata dia *cewah, ayat dah lah tunggang langgang*

Tak sangka Meknaa bagi respons yang sebaliknya. Berlaku perang dingin antara Mekra dan Meknaa. Mekra berasa serba salah terhadap Meknaa. Kejamkah aku? Bisik Mekra. Meknaa berasa yang Mekra tidak berlaku adil terhadapnya. “Sanggup kakak buat macam ni kat aku? Apa salah aku? Kenapa diorang contact? Kakak kan tahu yang aku minat kat Awang Imin?”

Makin lama, hubungan Mekra dan Meknaa pun semakin pulih. Mereka pun nekad untuk lupakan hal tersebut. Dan Mekra masih lagi berhubung dengan Awang Imin. Meknaa pun makin lama boleh terima keadaan sebenar. Meknaa pun terlalu sayangkan Awang Azwan, so dia pun nekad nak lupakan semua tu dan lebih memilih untuk bersama Awang Azwan.

Malam berikutnya, Awang Imran, kawan Awang Imin wechat Mekra. *amboi, maju betul zaman ni* Nak kenal kenal macam biasa. mekra pun layan Awang Imran macam kengkawan dia yang lain. Makin lama, Mekra pelik dengan cara Awang Imran layannya. Makin lama makin melebih. Makin mengada-ngada. Rasa nak hempuk-hempuk je. Awang Imran mengaku yang dia ada hati pada Mekra. Ha, sudah. Bala apakah ini? Ya Allah, jangan biarkan dia serious dengan apa yang dia rasa. Doa Mekra dalam hati. Serta merta, Mekra memberitahu Awang Imran yang dia sudah memberikan hati dia pada orang lain. Start dari haritu, Awang Imran dah tak wechat or ganggu Mekra langsung. Patah hati mungkin. Takpun malu. Ok konghajok.

Lama- kelamaan Mekra pelik dengan perangai Awang Imin. Jarang dah text. Text pun bila Mekra yang mulakan dulu. Mekra pun nekad nak call Awang Imin. Nak tanya samada dia dah ada yang lain? awang Imin menafikan semua tu. Tapi, Mekra boleh dengar macam Imin tengah menekan keypad phone dia macam tengah text dengan orang lain. Bila Mekra tanya, Awang Imin cakap takda sesiapa pun. Tak sangka hari Ahad itulah hari terakhir Mekra akan on the phone dengan Awang Imin. Isnin, Awang Imin hilang. Selasa, Awang Imin hilang. Takda khabar langsung. Rabu, Mekra ternampak Awang Imin bersama dengan seorang perempuan. Cantik orangnya. Detik hati Mekra. Awang Imin terkejut bila nampak Mekra. Awang Imin hanya mampu memerhati. Dan Mekra? Hanya mampu bersabar dan terus bersabar.

Mulai saat itu, Mekra susah nak percaya pada lelaki. Bagi Mekra, lelaki semua sama. Sejak haritu jugak, Mekra belajar untuk move on. Mekra terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Apa yang pasti, dia taknak ingat lagi semua peristiwa tu. Cukup menyakitkan hati. Tapi, perit tu tak pernah berhenti. Ada je dugaan yang Mekra kena hadapi. Beberapa minggu selepas tu, Mekra terserempak lagi dengan Awang Imin dan teman wanitanya. Kebetulan masa tu Mekra tengah berbual dengan Puan Habshah. Dan Awang Imin juga nak jumpa dengan Puan Habshah. Nak bincangkan tentang hal kerjanya dengan Puan Habshah.

Mekra terkejut bila Awang Imin datang ke arahnya. “Ya Allah, dia nak datang sini ke? Buat apa?” Alhamdulillah.Cuma nak jumpa Puan Habshah. Mekra tak tahan nak tengok Awang Imin dan teman wanitanya betul betul ada kat depan mata dia. Mekra pun minta izin dengan Puan Habshah untuk pergi dari situ. Mekra berlalu. Tanpa sedar, air mata Mekra mengalir laju. “Kenapa dia mesti muncul? Kenapa? Aku tak pernah mintak pun supaya dia hadir dalam hidup aku. Kenapa lepas dia dah datang, dia tinggalkan aku? Penyiksaan yang aku tanggung. Atau dia tidak punya perasaan?” Mekra menangis teresak-esak. Mekpa yang perasan keadaan tu pun, datang kat Mekra. Mekpa tanya kenapa, tapi Mekra mendiamkan diri dan terus menangis. *masa ni kat taman perumahan ok*

Adik beradik Mekra yang lain pun teman Mekra di dalam kamarnya.*ceh, kamar konon. Hiks* Mekmun berasa kesian terhadap Mekra. Sebab dia yang tahu semuanya apa yang dah jadi pada Mekra. Mekmun pun menceritakan hal yang sebenar pada adik adiknya yang lain. Meknaa memujuk Mekra “dahlah, kak Mekra. Lupakan jelah. Kak Mekra sendiri yang tak terima dia kan? Sabar je. Biarlah dia. Biar dia dengan life dia. Akak mulakan hidup baru okay?” Mekra terus menangis. Jujur, dia terharu dan tak sangka yang Meknaa bagi dia kata-kata semangat tu.

Lepas beberapa bulan berlalu, Mekra dah boleh lupakan semua yang berlaku dan mulakan hidup baru. Dia nekad. Dia dah taknak bagi hati dia pada orang yang salah. Cukuplah selama ni penderitaan yang dilemparkan orang terhadapnya. Dia bersyukur kerana masih dikurniakan adik beradik yang masih peduli dan sayangkan dia. Dan dia juga berterima kasih kepada Awang Imin dan teman wanita Awang Imin kerana dah mengajar dia erti kekuatan. Dan Mekra berazam untuk menyimpan hati dan cinta dia sebaik mungkin untuk bakal suami dan akan menyerahkan kedua-duanya selepas bakal suaminya melahfazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”.*cewahh, ayat taknak kalah. gedik ok*

TAMAT

p/s: cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kena mengena antara mereka yang masih hidup atau yang telah menghadap Pencipta.

Thursday 12 June 2014

Untitled

ASSALAMUALAIKUM

Cuti panjang selalunya korang buat apa eh? Apa? Untunglah boleh pergi jenjalan jauh jauh kan. Selalunya aku kalau cuti panjang ni balik Terengganu. Tapi, tak untuk kali ni. Puan Ibu tengah sarat, jadi Encik Ayah pun cakap rest kat rumah je. Tahniah? Terima kasih, Alhamdulillah rezeki dari Allah. Cuti macam ni jugaklah aku sebagai calon PT3 ni kena study. "Tak boleh main main dah" itulah yang Ayah pesan kat aku. Ayat yang pendek tapi ada maksud yang begitu mendalam. Ewah, aku ni melebih lah pulak. Wahaaa study ke aku? Aip aip, tak payah sibuk nak fikir aku study ke tak okay. Allah tahu segalanya *angkat kening*

Cuti ni jugak macam macam jugak benda baru yang aku tahu. Dan banyak jugak benda baru yang aku belajar. Contohnya, betapa pentingnya jaga hati ni untuk yang halal. Haih, benci ah nak jiwang jiwang ni. Dah lama sangat aku tinggalkan jiwang jiwang ni. Tak boleh pakai semuanya. Ewah, kerek je aku. Member aku baca ni confirm dia bangkang habis. Wahaa, tapi memang aku dah tinggalkan semua tu start cuti ni okay kawan. Cuti ni hidup aku tenteram je. Alhamdulillah

Aku ni entah apa apa je kan kongsi kat sini? Hambar je. Aku pun tak tahu nak kongsi apa sebenarnya. Aku cuma nak kongsi peristiwa 1 Jun 2014 je. Tapi dah dua perenggan aku merepek yang bukan bukan. Mesti kau rasa macam nak baling selipar je kan kat aku.

Okay, 1 Jun haritu, ada satu peristiwa yang betul betul buat satu keluarga orang tu (nama dirahsiakan) bersedih. Keluarga ni merupakan kawan kepada pakcik aku. Kau faham tak macam mana? Pepandai kau lah. Mereka ni kawan di tempat kerja ke cemana aku tak pasti.Cuma yang pasti, macam macam cerita yang ditulis (kalau kau google) sakitkan hati aku sendiri yang baca. Walaupun bukan related langsung dengan aku. Emo kan aku? Yelah, benda tak betul takkan kau tak marah kan.

Satu nyawa melayang dalam peristiwa tu. Arwah berumur 16 tahun (nama dirahsiakan) lepas kau sedekah kan lah Al-Fatihah. Bukan lama pun, tak sampai 5 minit pun. Tadah tangan dah berdoa "semoga arwah ditempatkan disisi orang orang yang beriman. Amin"

Family aku bawa pakcik dan makcik aku ke hospital tu. Tak sangka ramai betul yang keluar masuk dari wad tu. Tanpa henti. Seat pun boleh kata penuh sampai aku nak duduk pun masa dah nak balik. Duduk pun sekejap je. Sesuatu nak jadi bila bila masa kan? Lepas peristiwa tu, terkesan dalam diri ni nak berubah. Yelah, cuba kau bayangkan, maut boleh datang bila bila masa je. Kalau masa tu kau tak sempat nak taubat, macam mana nasib kau kat Mahsyar nanti. Nauzubillah, bila difikirkan dah banyak dosa kita dah buat. Ye, tahu. Manusia memang takkan pernah terlepas dari melakukan dosa. Takkan tak terdetik sedikit pun dalam hati kau nak hapuslan dosa dosa tu? Ha, kan dah bagi tazkirah.

Aku nasihatkan, baik kau mintak maaf kat sesiapa yang kau pernah buat salah tu. Payah kat Mahsyar nanti. Renung renungkan lah okay :)

p/s: ibu cakap, dia bila nampak aku je mesti nak marah tak tahu sebab apa. And orang tua tua dulu cakap, kalau ibu mengandung rasa asyik nak marah je tengok orang tu, maksudnya muka yang dalam tu seiras dengan yang dia tak suka tu. Eh, betul ke? Wahaaa, yezzaaa !

Saturday 22 February 2014

Hati

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hai, lama sudah tidak ketemu. Aku pula memang dah lama tidak menjenguk blog ni. Entah kenapa, sejak kebelakangan ni sibuk. Almaklumlah, tengah menyibukkan diri dengan persiapan peperiksaan. Acewah, memang mengada aku ni.

Okay, balik dengan topic harini. Aku ingatkan. Jangan anggap topic ni serious okay. Ni berkaitan dengan life aku. Itulah sebab aku namakan blog ni diary kedua. Semua peristiwa yang jadi dalam hidup aku. Sekian.

Sekian tak bermaksud dah habis. Belum okay. Okay ni lawak huduh.

Hati. Hm, susah kita nak berbicara tentang hati ni. Cewah. Okay, tak semua hati yang mampu kita jaga, betul? Ya, aku pun macam tu jugak. Tak mampu nak jaga hati semua orang. Thats why lah kadang kadang aku ada tersilap atau tersalah langkah, aku sendiri tak sedar. Nama pun manusia. Sentiasa melakukan salah dan silap. Tapi, kita kena berusaha betulkan silap kita, betul?

Hm, kadang kadang mungkin dia tak tahu yang kita betul betul sayang kat dia. Sebab kita tak mampu nak tunjuk sayang kita kat dia. Tak semua okay yang mampu tunjuk sayang dia kat orang. Ada yang tunjuk sayang tu melalui cara. Ha, kau. Aku berbicara seolah olah orang yang mahir lagi matang. Apalah aku ni. Kecik lagi woi.

Hm, hati ni kita kena jaga. Kalau dah sakit tahap parah tu, memang terasa macam nak nangis. Bukan terasa, dah memang nangis pun. Menipu kalau kau cakap yang kau tak pernah nangis. Memang tipu. Heh

Aku tahu kau baik, tapikan. Kau pernah dengar tak orang cakap "tak salah nak jaga hati orang, tapi jangan sampai hati sendiri terluka." Bila difikirkan balik, betul jugak. Janganlah sebab kau nak jaga hati dia je, sampai diri sendiri terluka. Apalah, tak matang langsung. Eh, apa kaitan?

Hm, nak tulis banyak banyak pun tak boleh jugakkan. Public ni. Ramai yang boleh baca. Itu jelah yang mampu aku cakap. Sekianlah ya.

Isi hati: kau tahu yang aku sakit hati dengan kau. Tapi kau still buat jugak. Depan mata aku. Betul betul depan mata. Kalau dibelakang? Entahlah. Macam macam dah kan? So, aku pilih untuk undur diri. Maaf, aku betul betul tak tahan dengan kau. Dah dua kali kau buat benda yang sama. Terima kasihlah ya. Aku takkan lupakan. Semoga bahagia. Byelah. Hahaha :*

Sekian, Assalamualaikum...


Sunday 16 February 2014

Kampung.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Teringat aku balik kampung Chinese New Year haritu . syok itu memang semestinya kalau dah balik kampung . jumpa cousin ramai-ramai kan . memang tak boleh lupa lah cerita dia . kebetulan pulak time tu memang ramai yang balik cause tahlil . tahlil untuk my aunty yang nak pergi umrah . alhamdulillah dah selamat sampai sana . tapi, tak pasti bila dia akan balik sini .

Balik sana ramai-ramai, kadang kadang tak dapat jugak nak spend time sama-sama . masing masing sibuk dengan hal masing-masing jugak kan . macam family aku, kejap pergi sana . kejap pergi sini . pantai pun tak sempat nak melawat . sibuklah katakan . haih, rindu pantai .

Tapi tapi tapi, ada satu peristiwa . peristiwa kau . nyampah . peristiwa yang memang aku tak boleh nak lupa . yang pertama, kau manusia tak text aku empat hari . rasa nak nangis time tu . rasa nak jumpa kau hempuk kau dengan bantal sampai nangis . haa, kejam bukan .

Yang kedua, kolam ikan . aku panggil tu kolam ikan . padahal itu sungai . yang petak petak dia asingkan ikan tu apa nama pun tak tahu . sungai apa nama pun aku tak ingat jugak . yang pasti, memang gembira tahap kanak-kanak ribena dah aku kat sana . jalan melalui titi tu kan . laju pulak tu aku jalan atas tu . sampai selipar aku tersekat kat situ . nasib tak jatuh dalam . kalau tak, tak tahulah apa nasib aku .

sampai sana, aku orang pertama gerak nak pergi situ . excited katakan . dapat je pijak titi dia tu, tak duduk diam aku . kejap merayap sana, kejap merayap sini . budak kecik sorang ni pun sibuk nak ikut . Fauzan namanya . nakal budak ni . rasa nak picit-picit je hidung dia . nasib kau comel budak . aku takut budak ni jatuh je . aku dah lah tak pandai berenang . jadi pelampung boleh lah . eh

mula-mula tengok ikan . dah dapat ikan, nak balik pulak . time dah nak balik tu baru aku perasan ada anak ketam kat situ . kat selut selut lembik tepi tu kan . aku pikir seekor dua je . rupanya banyak kau . nak pegang tapi aku geli . comel je tengok depa . semua merah merah . siput dalam laut tu pun aku dapat tengok tau . siput aku panggil . tak tahu nama dia apa .

nak tangkap gambar lebih lebih kalau boleh masa tu . tapi tak berani jugak . buatnya phone aku jatuh dalam sungai tu . nayaa je . nak mintak orang tolong ambil ? memang harapan je yang tinggal . menangis tak berlagu aku kat situ . gambar-gambar aku kat sana semua ada kat instagram . nak tengok boleh mai follow shahirahputeri .

isi hati : kau dah ada orang lain bagitahu . jangan bagi aku tahu sendiri . bagitahu aku kalau kau tak puas hati akan sesuatu . kalau tidak, kelak aku tak tahu apa-apa . lepas aku dah tahu, inshaAllah aku akan cuba perbaiki . akhir kata, jangan pernah cakap kau suka kat aku . nanti aku akan jauhkan diri daripada kau . take a note . melainkan kalau aku bagi respon YA . hahaha

Sekian, Terima kasih ...

Sunday 26 January 2014

What's Happening?

ASSALAMUALAIKUM w.b.t



what's happening? entahlah. aku pun tak tahu apa yang jadi kat aku sekarang. apa yang pasti, aku bahagia disisi keluarga tercinta. cewahh. ajet je.

aku sekarang masih menetap di kelas aliran yang sama. tapi sekarang dah turun kelas 2. em, sungguh. aku menyesal. menyesal tak study betul betul.

dan tepat jugak apa yang aku agak kat post tahun lepas. aku akan tukar kelas tahun depan. dan inilah dia yang terjadi kat aku. kata puan cikgu yang rapat dengan aku, "takpa, kelas mane mane pun sama je. just belajar elok elok tahun ni." terima kasih cikgu. thank you teacher. iloveyou.

tapi, aku paling bangganya nak kongsi kat sini adalah... taraaa..

Aliran 1 and Aliran 2 inshaAllah akan menjadi satu tahun ni. sebab? kami dah tersisih satu sama lain. jadi, muncullah satu perasaan yang boleh dinamakan "NAK BUAT SESUATU KALAU BOLEH GABUNG" ha kau, bosar aku bagi ni.

terima kasih Allah. thank you Allah. Allah dengar doa aku selama ni. Alhamdulillah. satu je aku harapkan. semua yang terjalin ni kekal. kekal selama lamanya. kekal sampai syurga. kekal juga until jannah.

isi hati : kenapa kita sibuk nak menilai keburukan orang lain sedangkan diri kita sendiri pun belum tentu sempurna. jangan pandang orang berdasarkan luaran dia. tapi, pandang hati dia. semua orang mampu berubah :)

Sekian, Assalamualaikum :)


Wednesday 1 January 2014

Tahun Baru...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Selamat petang semuanya. Eh, apa apa jelah. First post Aku. Ye, post Aku yang lama semua Aku dah delete. Dan dalam bahasa malaysia nya, buang. Tak sanggup aku nak baca dan ulang tayang balik. Jangan tanya aku kenapa. Aku pun tak tahu kenapa.

Entah kenapa, aku terasa rajin pulak nak meng-update ni. Teringat mase bulan December haritu. Iya iya, 12 December 2013. Ade reunion. Lebih kurang macam itulah bunyi dia. Kami ramai ramai, jumpa kat Times Square.

Best dia. Syok dia. Tak payah cakap. Time itulah aku rase paling happy dengan dorang. Almaklumlah, selama ni asyik gaduh je. Sehari sebelum nak pergi itupun boleh gaduh jugak. Serious aku cakap, macam budak budak.

Teringat balik, rasa rugi pulak masa gaduh tu. Padahal masa tu boleh kumpul kenangan sebanyak yang boleh. Haih, bila dah kehilangan baru nak menyesal tak sudah. Mamusua, macam inilah. Bila dah ade depan mata, tak reti nak bersyukur. Okay, yang dah lepas, biarkan lepas. Kita mulakan hidup baru dengan tahun baru ni.

Okay, balik pada peristiwa 12 December 2013. Haa. Best tak terkira kau. Gelak je aku memanjang. Terus teranglah. Sebelum sampai tu, aku dah terfikir yang aku bakal jalan menonong sorang sorang kat situ. Almaklumlah. Sehari sebelum tu kami gaduh.

Apa yang betul betul aku tak percaya nye, sampai sane. Semuanya berubah dalam sekelip mata kau tahu. Daripada tak bertegur dalam bas, bertefur pulak. Dan bila sampai waktu makan, ade pulaj scene maaf bermaafan sesama kami. Macam bebudak. Aku? Ape lagi. Maafkan jelah. Gaduh lama lama pun bukan dapat ape pun. Rugi adalah.

Aku pelik dengan ayat aku ni. Tak terlalu firmal ke? Ah, biaq pi lah situ. Disini aku sertakan gambar kami di sana.

Ammar and Irfan. Bukan main suka lagi dorang naik pokok pisang tu.
Ikut suka hati aku je bagi nama woi !
Ni mase nak balik. Masing masing berebut topi EXO and LEESSANG.
Yang paling excited aku lah !

ni gambar yang myra hantar kat whatsapp. Wengweng. Sakit kepala aku naik benda tuu.
berehat bersama kit kat katakooo. Bergambo di tengah tengah alam ><

ni mase aku naik kuda pusing pusing tu. Ni lah paling  moment paling best sekali kat sane.
Menyanyi, gelak ketawa, mengata, semua ade kat situ. Kalau nak panggil cikgu tadika, meh meh panggil saya xD

Haa. Abaikan muka aku. Kalau boleh kau jangan tengok pun muka aku tu.  aku sendiri tak suka dengan muka aku dalam gambar tu. Kejap macam tu, kejap macam ni. Macam penjual tepi jalan dah muka aku. btw, itu ajelah kenangan teralhir aku bersama dorang. Tahun depan aku dah tak sama kelas dengan mereka lagi. Sedih betul hidup aku ni.
And one more thing, azam aku tahun ni. Limitkan crush. Ramai orang gelakkan azam aku tu. Terus terang eh, aku memang macam ni. Sebab itulah aku nak ubah. Sungguh sungguh sungguh. Apa apa jelah. Aku dah melalut banyak sangat ni.

Akhir kata, goodbye 2013. Hi 2014. Mengharapkan tahun ni menjadi tahun terindah dalam hidup aku. InsyaAllah. Azam kau pun, jangan biarkan berhabuk. Beria ria kau azam. Seminggu dua memang kau ikut. Tengok minggu ketiga. Azam kau pun kau dah lupa.

Sekian. Assalamualaikum.