WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Wednesday 13 April 2016

Busy

ASSALAMUALAIKUM wbt

Tanggal 1 April 2016 dimana hari yang aku paling tak boleh lupa. okay macam ni, bulan April ni memang aku busy sangat-sangat. macam-macam program akan dijalankan dalam bulan ni. so kebanyakkan program tu semua memang aku terlibat. rasa nak tercabut kaki weh *menangis

okay nak dijadikan cerita, masa 1 April ni tarikh ulangtahun kelahiran saya *bunyi bunga api* dan 2 April pula ada program kat sekolah. so masing-masing bila difikirkan memang busy tahap yang amat sangat. tapi takpa, moga Allah redha dah rahmati semua usaha keras kami ini. dan aku sebagai AJK makanan untuk program tu sepanjang minggu fikir bilangan peserta akan mencecah sampai berapa haa. yelah weh, makanan untuk peserta dengan fasilitator semua kena cukup tak boleh shot. kalau tak, kesian depa semua kan mesti aku akan serba salah gila kalau ada yang tak dapat makan. tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya telah berjalan dengan lancar.

aku sedar birthday aku tu, tapi aku lupa. hah kau faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? okay, malam tu 31 Mac 2016, okay malam tu aku buat apa pun aku tak ingat. tapi yang pasti aku penat sangat-sangat. takda masa nak fikir berapa ramai yang ingat birthday aku esok HAHAHA jadinya aku tidur awal. so pagi tu, hah pagi 1 April tu lah. tiba-tiba masuk noti tau. boleh tahanlah banyak (sebab selama ni phone memang sunyi teramat bagaikan bunyi cengkerik je tiap hari) dengan instagram, whatsapp, sorry i tak guna wechat (HAHAHA motif?) twitter, yang pertama aku baca adalah whatsapp. oh jiran wish, tapi blur lagi sebab baru bangun tidur kan. imbas punya imbas baru teringat hari apa. ok. baca group family pulak, ibu pulak wish. wahh terima kasih lah semua.

macam biasa haritu pun hari sekolah, siap-siap apa semua, pergi sekolah macam biasa. waktu ni memang aku ak ingat apa. yang aku fikir, nak jumpa teacher nak confirmkan bilangan peserta yang join. so datang sekolah macam biasa like nothing. tiba-tiba kat tapak perhimpunan "shera! happy birthday!" fikir jap. ohh terima kasih. muka senyum. naik kelas, lupa lagi masyaallah kenapa dengan aku haritu pun tak tahu weh. budak kelas layan macam biasa. memang aku tak syak apa-apa weh. sampailah cikgu sejarah kena keluar sebab ada hal tiba-tiba dengar bunyi suara kanak-kanak tadika nyanyi "happy birthday to you~" muka aku mula-mula serious berkedut fikir birthday siapa pulak diorang nyanyi ni. then terdetik "lah! hahaha" senyum jelah dengan perangai comel diorang ni hm rindulah aku kat korang semua nanti weh. iloveyou dear classmates 5AKAUN2. Hawa lah paling sweet weh masyaallah. aku akan rindu perangai kau serious!

petang tu pulak, ada aktiviti persiapan untuk program 2 April tu. hah time ni semua busy buat kerja termasuklah aku kena masukkan air dalam belon (tugas aku ikat belon orang yang tak reti nak ikat). tiba-tiba mun panggi; "shera, ni ada idea tak bla bla bla" aku dengan gagahnya bangun dengan niat dalam hati nak tolong. sekali rasa macam ada salji turun atas kepala (tepung weh tepung astaghfirullah benda aku paling tak suka main) dengan belon berisi air tu semua dia baling kat aku weh *nangis* nangis sebab sakit macam kena pukul hahaha. aku ingat diorang sengaja nak cari pasal tau, sekali nak pusing "happy birthday to you~" hmmmmmmm lagi sekali shahirah kau terperangkap. padan muka.

so kesimpulannya, aku memang tak ingat apa haritu. dan those people seriously made my day hm everyone lah. especially my Ibu balik-balik je dapat pulut kuning bentuk love + ayam 3 ketul ish ish. THANK YOU GUYS. AKU AKAN RINDU DETIK DAN SAAT NI insyaallah. moga kita semua dihimpunkan kembali okay

salam sayang, -shahirah.

sekian karangan luahan perasaan hari ini...........