WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Monday 12 October 2015

Tak Kenal maka Tak Cinta

ASSALAMUALAIKUM wbt

Mula kau nampak dia, kau rasa tak suka. Bukan menyampah, cuma tak suka tak berminat. kau tengok gaya dia macam tu kau jadi macam "ee yuks taknak aku" bacalah mengikut gaya yang anda fahami. gedik bukan? jangan kata kau, aku sendiri geli bila buat nada macamtu. kau tahu tak, dulu aku selalu tak suka orang tu, tak suka orang ni. menyampah orang tu, menyampah orang ni. macam lifeless kan? tapi takdalah lifeless sebab masih ada family jadi cheerleader untuk aku hm jap bayangkan. ok hambar.

the thing is yang aku nak bagitahu.. jenjengjeng curious tak? aku pernah tak suka orang ni. but one day bila dah jadi teammate masya Allah insekiyo-nya aku dengan perangai dia. bukan dia, tapi mereka. kau bayangkan, kau nampak je perangai luaran dia ish cukup menyampah. kalau kau tengok pun kau takkan suka, betul. kau rasa nak hempuk je dia. tapi waktu tu aku sedar syaitan banyak keliling hasut supaya mengumpat. jap tiba-tiba sentap dengan ayat sendiri. but bila dah kawan, kau jadi macam "wow wujud lagi manusia macam dia ni Alhamdulillah"

sifat persahabatan, erti kawan yang ada pada diri dia tu memang aku bagi 5 bintang. belum ada beb orang keliling kalau kau jumpa buat macam mana kau nampak kat dia. beruntung siapa yang jadi best friend forever dia pergh. sejak tu, aku sedar. siapa lah diri ni nak benci orang kan? belum tentu orang suka kat kita, betul? entah kita benci orang, lagi ramai orang benci kita ayok. memang betul, tak semua hati orang kita dapat puaskan. yelah manusia je kot, bukannya ada kuasa macam ultraman, power rangers, batman, spider-man semua. tapi, bersihkan lah hati kita semua untuk menerima orang yang hadir dalam hidup kita. berprasangka tak salah demi menjaga keselamatan. janganlah sampai orang tu dah terang lagi terbuka meragut beg orang kau nak husnuzon juga ee payahlah kalau cenggitu kau fikir.

and lagi, don't judge a book by it's cover. yelah, kau nampak je dia punya muka ya Allah ketatnya samapi setiap kali kau nampak dia boleh sakit perut tiba-tiba. eh, ada ke? mestilah ada. aku lah tu. nampak cikgu garang sikit je, mulalah sakit perut. kalau dia jadi guru mata pelajaran aku lagilah. sepanjang masa sakit perut. lagilah kalau dia pick random pelajar untuk jawab soalan dia. lambat jawab, dia jerkah kau uish perasaan masatu Allah je yang tahu. gemuruh pun sakit perut. entah apa-apa.

banyak pulak aku bebel. yelah luaran je kau nampak orang tu macam tu, dalam hati dia mana kau tahu. bila kau dah mula masuk dalam dunia dia baru kau faham "ohh dia ni baik rupanya". ha jadi macam kes aku ni lah. see, bebel panjang lebar yang keluar ayat tu je.

p/s: pernah tak kau terfikir, teringin nak ada kawan yang takkan dan cuba usaha sedaya upaya tidak mengata buruk belakang aku. saja nak kasi sentap. kbye

Thursday 8 October 2015

Realiti

ASSALAMUALAIKUM wbt

dalam hidup ni, bukan semua benda kau boleh cerita orang. bukan apa, cuma perlu ambil langkah berjaga-jaga. rahsia dan masalah kau tak perlu kau nak cerita semuanya kat kawan. manusia berubah beb. dia boleh jadikan rahsia dan masalah yang kau cerita tu sebagai senjata untuk tikam kau dari belakang. aku pun tak tahu tujuan apa aku tulis entry kali ni sebenarnya. tapi terasa nak menulis. dan tajuk kat atas tu, sebab aku dah banyak sangat tengok drama korea hehe

kita berpijak di bumi yang nyata. ya, kau rasa lantai kan? ok tak lucu. hm kalau kau tengok macam-macam drama on youtube, televisyen and whatever semua tu sangatlah berbeza dengan kau. susah-susah then senang. dikejar oleh ramai jejaka tampan. kau nak jadi macam tu? no you can't. just ambil moral of the story. kau senang, kau kena ada usaha. kau nak orang senang dengan kau, jaga hati orang. jangan pernah kau give up nak buat baik dengan orang. anggaplah setiap satu manusia yang kau jumpa kat dunia ni sebagai ujian. mengadulah pada Dia.

jadi diri sendiri. yes, tu mesti kau buat. maksud jadi diri sendiri ni bukanlah sampai tahap kau tahu benda kau buat tu salah and disebabkan kau pegang sangat "kata-kata just be yourself" sampai kau buat-buat tak nampak salah kau tu. jangan okay. jadi diri sendiri kat sini bermaksud kau tak perlu nak jadi macam dia semata-mata nak dapat ramai kawan macam dia. no need. just be who you are. dan biar manusia boleh terima kau seadanya. tak perlu susah-susah kau nak berlakon jadi orang lain. tapi jangan lupa jaga maruah diri dan keluarga ya.

kau kata nak hidup senang pada masa hadapan. kata nak tolong parents pergi buat haji apa semua tu. nak diorang hidup senang tak payah susah-susah kerja. mereka nak apa order je. tapi usaha mana usaha? aku sendiri sentap dengan ayat sendiri. ada kesedaran dalam diri tu tapi suka menangguh. janganlah tiru tabiat buruk ni masyaAllah jangan. buang yang keruh ambil yang jernih okay!

dan seterusnya, tak semestinya hubungan kau dengan someone tu akan berjalan dengan lancar je. mesti akan ada pasang dan surut. termasuklah friendship. and whatever situation sekalipun on that time, please control. kau tahu, mulut adalah senjata lebih tajam berbanding pisau. sekali kau dah paku di dinding, even kau cabut sekalipun, tetap akan tinggal kesan. macam tu jugalah hati manusia. kalau kau marah sekalipun, you're better just shut your mouth. diam tak bermakna kalah. ingat tu. adalah lebih baik kita diam jika tengah marah dari berkata-kata

Monday 5 October 2015

Adil

ASSALAMUALAIKUM wbt

last week aku balik kampung di Terengganu. balik bukan bersuka-ria ya. tidak sama sekali. balik sana ziarah tokki. tokki not feeling well. dan aku teringat that moment. baru je aku balik kampung bulan lepas, tokki sihat Alhamdulillah. just sakit tak boleh nak jalan macam tu jelah. but balik baru ni. Allah je tahu macam mana dalam hati ni. the one who always be there since i was a kid. dah berumur pun still bawa aku naik motor pergi taman. setiap petang beb. aku dulu bukannya baik mana. hyper dia suka lari sana sini. tokki jaga jugak ikut jugak ke hulur ke hilir. but now, everything was changed.

and keadaan tokki masatu cukup aku tak sangka. because aku dah tak nampak keadaan tokki sampai macam tu sekali since 4 tahun yang lepas. tokki hanya mampu berbaring. duduk pun tak boleh. masyaAllah. deep in my heart, sakit sangat tengok tokki keadaan macam tu. dalam hati merayu sangat semoga diberi kesihatan seperti dulu kat tokki. tokki asyik sebak sendiri. see, macam mana aku tak sebak kalau tengok keadaan tokki macamtu. tapi di hadapan tokki, semua orang kena tunjuk kuat. ya, kuat.

di malam hari raya haji, tokki dikejarkan ke hospital. mungkin sebab tokki dah tak mampu tahan sakit yang ditanggung. and aku semasa berada kat sana tak sempat nak melawat tokki. duduk kampung jelah jaga Adam. budak kecil bukan boleh masuk sana sangat. konon nak buat apa dia tah penjagaan yang ketat tapi kebajikan pesakit tak mahu jaga. sorry to say, but dia punya perkhidmatan aku tak tahu nak bagi berapa bintang. sangat mengecewakan. Alhamdulillah lepas dah 2 hari kat hospital tokki dah boleh duduk. Alhamdulillah Allah dengar doa kami semua.

and aku teringat on that day aku nak pergi melawat. memang masatu bukan waktu melawat. ya, salah kami juga melawat pada bukan waktu melawat. okay then aku terima. dia kata masuk seorang per seorang kami terima. Adam tak boleh masuk kami terima. even dah dapat pas melawat sekalipun dia kata kena masuk seorang per seorang juga kalau nak masuk sekali pergi ke kaunter dahtu pas melawat aku ambil tadi aku curi ke? family lain boleh pula masuk one happy family at home. sampai kami seorang per seorang okay terima. dia kata tadi tak boleh bawa masuk Adam. sekali nampak seorang pakcik ni bawa masuk budak kecil dia lepaskan pulak. okay jujur on that time aku maki kau dalam hati. macam-macam aku kata pasal kau. bila ditanya orang tu kau lepaskan boleh pula? jawapan kau, sebab dia pergi ke kaunter. dahtu tadi aku pergi tu bukan kaunter ke?

yes, i know itu tugas kau. but please apa-apa pekerjaan sekalipun, please adil. bukan apa, cuma rasa tidak adil lah pada mereka yang kau tak bagi tapi orang lain kau bagi. contohlah, dalam situasi adik-beradik, parents lebihkan kasih sayang kat adik je apa yang adik nak semua bagi sampai kat kakak/abang ni kena buat macam ni dulu baru dapat. what's your feeling? sama juga dengan kes ni. muka kamu semua yang 'melayan' my parents macamtu, of course aku tidak akan lupakan. kalau ditanyakan kenapa, aku akan jawab. sebab mereka my parents. dimana mereka ni orang yang paling aku sayang. apa yang aku boleh kata, semoga Allah merahmati kalian dan buka hati dan mata kalian untuk bersikap adil terhadap semua orang.