WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Thursday 17 December 2015

Holiday

ASSALAMUALAIKUM wbt

aku teringat kata-kata cikgu "tahun tingkatan 4 ni bukan tahun honeymoon year" oh my seriously 100% true. tahun ni yang nak kena pulun semua silibus yang belajar. and next year spm. okay boleh dikatakan berdebar juga (banyak act).

and holiday, tak banyak benda pun aku buat. study (recall balik subjek form 4), hang out, training, friendly, sleeping Zzz. sleeping memang banyak tak tipu [emoji sengih] dan tinggal lagi lebih kurang 2 weeks nak habis dah tahun 2015. semua cerita, kenangan, pengajaran dalam tahun 2015 insya Allah tak lupa. banyak yang tak boleh lupa. sebab kebanyakkan memang dapat 'moral of story' dari situ *gelak+nangis*

"Aku harap aku boleh belajar dari semua yang aku lalui tahun 2015 ni. Mengharap juga semangat study akan datang setiap masa dan detik ber-tiktok tiktok."

oh ya, baru-baru ni aku terserempak dengan 'kawan lama' alahai aku kalau boleh taknak jumpa pun dia eh bukan, tak pernah terfikir pun nak terserempak balik dengan dia but terserempak pula masa training so masing-masing buat tak tahu or aku sorang je yang masih ingat dia so sad [emoji gelak mata berair]

bila teringat balik kan, aku tersenyum sendiri zaman aku ni berani (yelah mana matang even sekarang pun tak berapa matang juga kata ayah) confess apa yang aku rasa kat dia. okay masa tu tadika lagi 5 or 6 years old. aku siap bagi surat kot yeks aku sendiri taknak ingat pun kalau boleh malu lah *tutup muka* tapi benda tu yang muncul dulu dalam kepala ni *menjerit* aku harap dia tak ingatlah sebab aku pun dah lama move on *gelak besar* betul ok tak tipu

tapi en, bila throwback ingat zaman aku dulu dari 5 tahun sampailah tingkatan 2 hmm memang nak gelak tak berhenti. banyak sangat aku buat dari gadis ganas sampailah berani ish tahpape. minta Allah ampunkan dosa aku, Amin. 

so. lastly, semoga aku berjaya spm 2016, dunia dan akhirat. doakanlah aku ya [emoji love]



Monday 12 October 2015

Tak Kenal maka Tak Cinta

ASSALAMUALAIKUM wbt

Mula kau nampak dia, kau rasa tak suka. Bukan menyampah, cuma tak suka tak berminat. kau tengok gaya dia macam tu kau jadi macam "ee yuks taknak aku" bacalah mengikut gaya yang anda fahami. gedik bukan? jangan kata kau, aku sendiri geli bila buat nada macamtu. kau tahu tak, dulu aku selalu tak suka orang tu, tak suka orang ni. menyampah orang tu, menyampah orang ni. macam lifeless kan? tapi takdalah lifeless sebab masih ada family jadi cheerleader untuk aku hm jap bayangkan. ok hambar.

the thing is yang aku nak bagitahu.. jenjengjeng curious tak? aku pernah tak suka orang ni. but one day bila dah jadi teammate masya Allah insekiyo-nya aku dengan perangai dia. bukan dia, tapi mereka. kau bayangkan, kau nampak je perangai luaran dia ish cukup menyampah. kalau kau tengok pun kau takkan suka, betul. kau rasa nak hempuk je dia. tapi waktu tu aku sedar syaitan banyak keliling hasut supaya mengumpat. jap tiba-tiba sentap dengan ayat sendiri. but bila dah kawan, kau jadi macam "wow wujud lagi manusia macam dia ni Alhamdulillah"

sifat persahabatan, erti kawan yang ada pada diri dia tu memang aku bagi 5 bintang. belum ada beb orang keliling kalau kau jumpa buat macam mana kau nampak kat dia. beruntung siapa yang jadi best friend forever dia pergh. sejak tu, aku sedar. siapa lah diri ni nak benci orang kan? belum tentu orang suka kat kita, betul? entah kita benci orang, lagi ramai orang benci kita ayok. memang betul, tak semua hati orang kita dapat puaskan. yelah manusia je kot, bukannya ada kuasa macam ultraman, power rangers, batman, spider-man semua. tapi, bersihkan lah hati kita semua untuk menerima orang yang hadir dalam hidup kita. berprasangka tak salah demi menjaga keselamatan. janganlah sampai orang tu dah terang lagi terbuka meragut beg orang kau nak husnuzon juga ee payahlah kalau cenggitu kau fikir.

and lagi, don't judge a book by it's cover. yelah, kau nampak je dia punya muka ya Allah ketatnya samapi setiap kali kau nampak dia boleh sakit perut tiba-tiba. eh, ada ke? mestilah ada. aku lah tu. nampak cikgu garang sikit je, mulalah sakit perut. kalau dia jadi guru mata pelajaran aku lagilah. sepanjang masa sakit perut. lagilah kalau dia pick random pelajar untuk jawab soalan dia. lambat jawab, dia jerkah kau uish perasaan masatu Allah je yang tahu. gemuruh pun sakit perut. entah apa-apa.

banyak pulak aku bebel. yelah luaran je kau nampak orang tu macam tu, dalam hati dia mana kau tahu. bila kau dah mula masuk dalam dunia dia baru kau faham "ohh dia ni baik rupanya". ha jadi macam kes aku ni lah. see, bebel panjang lebar yang keluar ayat tu je.

p/s: pernah tak kau terfikir, teringin nak ada kawan yang takkan dan cuba usaha sedaya upaya tidak mengata buruk belakang aku. saja nak kasi sentap. kbye

Thursday 8 October 2015

Realiti

ASSALAMUALAIKUM wbt

dalam hidup ni, bukan semua benda kau boleh cerita orang. bukan apa, cuma perlu ambil langkah berjaga-jaga. rahsia dan masalah kau tak perlu kau nak cerita semuanya kat kawan. manusia berubah beb. dia boleh jadikan rahsia dan masalah yang kau cerita tu sebagai senjata untuk tikam kau dari belakang. aku pun tak tahu tujuan apa aku tulis entry kali ni sebenarnya. tapi terasa nak menulis. dan tajuk kat atas tu, sebab aku dah banyak sangat tengok drama korea hehe

kita berpijak di bumi yang nyata. ya, kau rasa lantai kan? ok tak lucu. hm kalau kau tengok macam-macam drama on youtube, televisyen and whatever semua tu sangatlah berbeza dengan kau. susah-susah then senang. dikejar oleh ramai jejaka tampan. kau nak jadi macam tu? no you can't. just ambil moral of the story. kau senang, kau kena ada usaha. kau nak orang senang dengan kau, jaga hati orang. jangan pernah kau give up nak buat baik dengan orang. anggaplah setiap satu manusia yang kau jumpa kat dunia ni sebagai ujian. mengadulah pada Dia.

jadi diri sendiri. yes, tu mesti kau buat. maksud jadi diri sendiri ni bukanlah sampai tahap kau tahu benda kau buat tu salah and disebabkan kau pegang sangat "kata-kata just be yourself" sampai kau buat-buat tak nampak salah kau tu. jangan okay. jadi diri sendiri kat sini bermaksud kau tak perlu nak jadi macam dia semata-mata nak dapat ramai kawan macam dia. no need. just be who you are. dan biar manusia boleh terima kau seadanya. tak perlu susah-susah kau nak berlakon jadi orang lain. tapi jangan lupa jaga maruah diri dan keluarga ya.

kau kata nak hidup senang pada masa hadapan. kata nak tolong parents pergi buat haji apa semua tu. nak diorang hidup senang tak payah susah-susah kerja. mereka nak apa order je. tapi usaha mana usaha? aku sendiri sentap dengan ayat sendiri. ada kesedaran dalam diri tu tapi suka menangguh. janganlah tiru tabiat buruk ni masyaAllah jangan. buang yang keruh ambil yang jernih okay!

dan seterusnya, tak semestinya hubungan kau dengan someone tu akan berjalan dengan lancar je. mesti akan ada pasang dan surut. termasuklah friendship. and whatever situation sekalipun on that time, please control. kau tahu, mulut adalah senjata lebih tajam berbanding pisau. sekali kau dah paku di dinding, even kau cabut sekalipun, tetap akan tinggal kesan. macam tu jugalah hati manusia. kalau kau marah sekalipun, you're better just shut your mouth. diam tak bermakna kalah. ingat tu. adalah lebih baik kita diam jika tengah marah dari berkata-kata

Monday 5 October 2015

Adil

ASSALAMUALAIKUM wbt

last week aku balik kampung di Terengganu. balik bukan bersuka-ria ya. tidak sama sekali. balik sana ziarah tokki. tokki not feeling well. dan aku teringat that moment. baru je aku balik kampung bulan lepas, tokki sihat Alhamdulillah. just sakit tak boleh nak jalan macam tu jelah. but balik baru ni. Allah je tahu macam mana dalam hati ni. the one who always be there since i was a kid. dah berumur pun still bawa aku naik motor pergi taman. setiap petang beb. aku dulu bukannya baik mana. hyper dia suka lari sana sini. tokki jaga jugak ikut jugak ke hulur ke hilir. but now, everything was changed.

and keadaan tokki masatu cukup aku tak sangka. because aku dah tak nampak keadaan tokki sampai macam tu sekali since 4 tahun yang lepas. tokki hanya mampu berbaring. duduk pun tak boleh. masyaAllah. deep in my heart, sakit sangat tengok tokki keadaan macam tu. dalam hati merayu sangat semoga diberi kesihatan seperti dulu kat tokki. tokki asyik sebak sendiri. see, macam mana aku tak sebak kalau tengok keadaan tokki macamtu. tapi di hadapan tokki, semua orang kena tunjuk kuat. ya, kuat.

di malam hari raya haji, tokki dikejarkan ke hospital. mungkin sebab tokki dah tak mampu tahan sakit yang ditanggung. and aku semasa berada kat sana tak sempat nak melawat tokki. duduk kampung jelah jaga Adam. budak kecil bukan boleh masuk sana sangat. konon nak buat apa dia tah penjagaan yang ketat tapi kebajikan pesakit tak mahu jaga. sorry to say, but dia punya perkhidmatan aku tak tahu nak bagi berapa bintang. sangat mengecewakan. Alhamdulillah lepas dah 2 hari kat hospital tokki dah boleh duduk. Alhamdulillah Allah dengar doa kami semua.

and aku teringat on that day aku nak pergi melawat. memang masatu bukan waktu melawat. ya, salah kami juga melawat pada bukan waktu melawat. okay then aku terima. dia kata masuk seorang per seorang kami terima. Adam tak boleh masuk kami terima. even dah dapat pas melawat sekalipun dia kata kena masuk seorang per seorang juga kalau nak masuk sekali pergi ke kaunter dahtu pas melawat aku ambil tadi aku curi ke? family lain boleh pula masuk one happy family at home. sampai kami seorang per seorang okay terima. dia kata tadi tak boleh bawa masuk Adam. sekali nampak seorang pakcik ni bawa masuk budak kecil dia lepaskan pulak. okay jujur on that time aku maki kau dalam hati. macam-macam aku kata pasal kau. bila ditanya orang tu kau lepaskan boleh pula? jawapan kau, sebab dia pergi ke kaunter. dahtu tadi aku pergi tu bukan kaunter ke?

yes, i know itu tugas kau. but please apa-apa pekerjaan sekalipun, please adil. bukan apa, cuma rasa tidak adil lah pada mereka yang kau tak bagi tapi orang lain kau bagi. contohlah, dalam situasi adik-beradik, parents lebihkan kasih sayang kat adik je apa yang adik nak semua bagi sampai kat kakak/abang ni kena buat macam ni dulu baru dapat. what's your feeling? sama juga dengan kes ni. muka kamu semua yang 'melayan' my parents macamtu, of course aku tidak akan lupakan. kalau ditanyakan kenapa, aku akan jawab. sebab mereka my parents. dimana mereka ni orang yang paling aku sayang. apa yang aku boleh kata, semoga Allah merahmati kalian dan buka hati dan mata kalian untuk bersikap adil terhadap semua orang.

Friday 4 September 2015

Welcome back!

ASSALAMUALAIKUM WBT

sudah sekian lama tidak menulis. almaklumlah nak sentuh laptop pun tak sempat. busy lately ni. lagilah kalau dah dapat kerja kursus akaun masyaAllah. banyaklah jugak. due date 10/10/2015. okay boleh kira tinggal sebulan je lagi nak siapkan semua. hmm what happened dengan hidup aku sepanjang tempoh ni? macam-macam. ya, macam-macam. semua ada. complete. dah boleh buat senaskah novel.

but, the more important yang aku belajar dalam hidup ni. kawan. ya perasaan kawan you always kena jaga. nak tahu kenapa? sekali dia simpan dan pendam. benda tu akan jadi macam perasaan marah dalam diri. lebih teruk dendam. if you know, kawan you suka si dia, dont you ever cuba nak rapat dengan si dia tu. takda siapa yang suka beb. takda. even bukan salah kau sebab lelaki tu choose kau, but can you feel apa yang kawan kau rasa time tu? okay then, cuba letakkan diri kau kat tempat kawan kau. perit bukan? so you better elak.

okay next, pergaulan. pergaulan kena jaga. mungkin kalau tiba-tiba kau tersedar, yang pergaulan kau tak terjaga, then you should ubah. contoh keadaan ada seorang lelaki ni suka bergurau dengan cara mendekatkan diri dia dengan kau (secara fizikal). bagi sayalah, mula kau tegur secara nasihat. tapi kalau dia anggap nasihat kau hanya "saja-saja" juga. then dia buat lagi, tak salah kau tegaskan kali ni. biar dia faham maksud sebenar kau selama ni. mungkin pada mulanya dia akan terasa dan taknak bercakap dengan kau, but aku yakin lama-lama dia akan faham kau dan takkan ulangi kesalahan dia tu. aku dah pernah cuba, dan Alhamdulillah semuanya terkawal. dan kami berkawan macam biasa. aku jaga dan dia pun jaga. kalau dia tengok aku tak selesa dengan someone di sebelah aku, dia sendiri akan tegur kawan dia tu. tu baru boleh buat kawan baik.

sekarang musim tak menetu beb. minum air banyak-banyak ya. macam aku sekarang, dah kena cuti sebab dalam keadaan Allah sedang menguji aku. sudahlah kerja banyak tak terkata. ni pun sebab nak rehatkan otak dah terasa macam blog ni dah lama sangat aku tinggalkan. dan sekarang pun busy jugak dengan training rugby. yes, rugby memang dah lama aku idamkan kat sekolah ni. akhirnya tertubuh juga. mula, fikir juga tau nak main ke tak. sebab tengok member rugby lelaki tu sampai masuk hospital injured semua. but first training, alhamdulillah rasanya boleh go. sebab touch rugby je kot.  and dan nak akhir bulan ni tak lama lagi ada peperiksaan besar macam SPM dan PT3. good luck ya senior and adik-adik semua! buat yang terbaik. makes your parents proud of you. rasanya tu je kot. entry kali ni agak bosan, tahu dah. lain kali kalau ada apa-apa insyaAllah aku akan kongsikan kat sini. panjang umur jumpa lagi kawan semua! [emoji senyum] [emoji sengih] [emoji love]

p/s: macam mana teruk pun kau rasa kau diduga. ingatlah keadaan orang lain yang mungkin lebih teruk dari kau. bersyukur. Allah takkan duga hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. Allah maha mengetahui beb :)

Friday 12 June 2015

Hidup mesti diteruskan

ASSALAMUALAIKUM WBT

Baru-baru ni aku baru pulang dari kampung. Di kampung bukan betul-betul rehat pun sebab balik kampung memang ada agenda dia tersendiri. So pergi sana pergi sini. Ziarah sana ziarah sini.

Yang paling best lah kan setakat ni pergi pantai. 2 hari berturut-turut kot cuba bayangkan. Setiap petang je pergi pantai. Semangat sangat nak cari remis. Tapi musim ni pantai kat Terengganu lawa pula. So memang macam-macam idea lah dapat nak tangkap gambar macam tu macam ni ish ish ish.

Tapi, yang paling tak boleh lupa balik kampung baru-baru ni dapat semangat baru Alhamdulillah. Yelah, dulu masa PT3 aku target untuk kelas ke kelas sains tapi result tidak mengizinkan. Mungkin kesilapan tu dari diri aku sendiri juga. So, terkilan sedikitlah kan. Sekarang pun menetap kat kelas akaun tapi akaun pun tak minat, nak drop sayang, sebab minat boleh pupuk insyaAllah lagipun fikir ini untuk masa depan juga. So, aku redha, setakat ni okay duduk kelas akaun boleh go on lagi, cuma kena usaha lebih sikit je.

Sebab baru-baru ni ibu ajak ziarah cousin aku yang belajar kat Terengganu ni haa. Kebetulan ibu nak tengok dia macam mana sihat ke belum. Alhamdulillah aku tengok dia sihat je. Ya cousin aku yang seorang ni memang kuat orangnya.

Sembang punya sembang entah macam mana boleh sampai dekat topic sekolah. Pastu bincang punya bincang dia siap bagi nasihat lagi kata "kak long kalau dapat kat mana course apa belajar je toksah pilih-pilih. Sebab nanti kita kerja pun belum tentu dapat sama dengan apa yang kita belajar" "tengok macam kawan kak nani tu (tunjuk ke arah teman serumahnya) dia pun macam-macam course dah setakat ni dia belajar, science lah akaun lah macam-macam lah tapi dia go je" and now baru aku faham.

Hm, takdalah lepasni susah payah sibuk nak fikir lebih-lebih dah. Haah aku ni kalut, sikit ah en sikit je. Sibuk fikir masa depan macam itu macam ni belajar pun bukan hebat mana. So, after this belajar dulu elok-elok biar result cantik pe semua baru fikir nak macam itu macam ini.

Oh ya, pasal crush, suka itu fitrah. Tapi kena ingat, kau sendiri yang kena control rasa suka tu beb. Kalau kau lalai dengan godaan syaitan, habislah hm. Ingat, kalau ada rasa nak berubah teruskan je sebab benda baik kot buat apa nak tangguh kan. So, good luck with your life. Apa-apa minta pertolongan Allah, tak mampu nak mengadu dengan sesiapa mengadu pada Allah. Dia dengar setiap doa kau setiap rintih kau. Doa agar segala urusan dipermudahkan insyaAllah ameen :)



Friday 13 March 2015

Camping

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Selalunya apa yang kau nak bila sampai kem? Nak berseronok? Ya, itu mungkin. Tapi niat dalam hati nak pergi sana tu untuk belajar tu penting. Barulah kau boleh terima apapun yang kau dapat kat sana dengan hati yang rela.

Kalau dulu, aku jenis yang suka berseronok, so, tak dapat nak hargai moment dengan member satu kelas together. But, this time, aku tukarkan niat aku. So, semuanya Alhamdulillah baik-baik je semua.

Kem yang aku pergi bertempat di Dr. Campsite Hulu Langat. Yes, aku dah pernah pergi tempat ni 2 kali termasuk kali ni. Sebenarnya, masa aku daftarkan diri aku tak tahu pun akan ke tempat yang sama. Jadi, dah dapat surat untuk ditandatangani oleh ibu bapa barulah aku tahu.

Pagi tu, excited lah kan nak pergi. Oh ya, aku pergi sana selama 2 hari 1 malam. Hari Rabu dan Khamis. Maksudnya aku baru baliklah ni. Sampai je kat depan bustop aku tengok sekeliling, tak ramai pun orang. Takkan lah sikit je yang pergi en. Aih, member yang rancang pergi sekali pun tak sampai lagi. So, aku decide nak tunggu kat pagar sekolah.

And bila dah letak beg, nampak Effa dah sampai. Ajaklah dia naik atas sekejap, sebabnya aku lapar pagi tu. Bila dah beli roti, tengok Raja tengah cari kitorang. Baru sampai lahtu. And kitorang ambil baju apa semua. Pastu baru kitorang perasan, kebanyakkan nya form 5. And 6 orang je form 4. Lelaki 3 orang, perempuan 3 orang. Yang perempuan tu siapa lagi kalau bukan aku, Raja and Effa.

Tapi tak kesahlah kan tak ramai form 4 pun. Sebabnya aku tengok senior yang pergi pun sporting belaka. Bus sampai, kitorang gerak. Dalam perjalanan macam-macam yang aku fikir. Effa dengan Raja tak habis-habis nak selfie. Aku dengan takda mood memang tak boleh nak layan semua orang. Package time aku nak pergi sana, aku memang tak sihat tapi aku gagahkan juga sebab memang nak pergi sana.

Sampailah sana, aku tengok fasi semua dah lain. Takda sorang pun yang ada sekali masa aku form 1 haritu. So, memang tak boleh nak agak apa yang jadi. Muka fasi ketat-ketat je semua. Seram jugaklah time tu. Rasa macam nak balik pun ada. Bas berhenti dekat tepi jalan, so kitorang kena berjalan kaki sejauh 2km kata fasi tu.

Sampai je kem, wahh teringat masa dulu aku sampai sini. Tenang tu memang tenang sebab jauh dengan jalan raya and kau dengar bunyi sungai. Best weh best. Then, kami diberi taklimat. Habis taklimat, kena kumpul kat dewan. Oh ya, dewan yang aku duduk tak sama dengan dewan tahun dulu aku duduk. Kami diagihkan dalam kumpulan. Aku, raja and Effa memang group yang lain-lain.

Aku dapat group dengan senior. Dah memanglah kalau ramai student form 5 ish apalah. Ketua pulak, mula-mula aku taknak tau vote dia. Tapi dah, takda pilihan dah dia je volunteer diri sendiri orang lain taknak. Maka, setuju jelah jawapan dia. And aku tak teragak langsung yang ketua ni pandai buat kerja sebenarnya. Penyabar jugak orangnya. Sebab dialah group 3 jadi juara wow! Haa kau, baru aku tahu, dont judge a book by its cover. Ayat tu memang betul. Belajar lagi dari pengalaman.

And macam-macam kitorang buat aktiviti kat sini. Tengok fasi pun muka ketat sampai aku rasa nak balik rumah en. Rupanya fasi kat sini memang tip top. Best lah walawei semua sporting habis. Memang terbaik ah. Habis terkubur niat aku nak balik. Dan seterusnya kitorang sambung aktiviti lain. Paling best night walk lah sebab aku tak pernah lagi night walk sorang. Kali ni baru aku rasa. Takut tu mula-mula tak sangat tau. Bila tiba-tiba sampai kat jalan belok, aku nampak macam dah takda jalan. Masa on the way nak ketempat menunggu tu aku terfikir, ada belok ke tadi? Pastu aku straight jelah jalan. Oh okay nampak sikit dah lampu kem. Aku tak perasan memang ada belok sikit time nak pergi. Fikir balik, kuat mengelamun aku ni.

Esoknya jungle tracking ah pulak en. Itu yang aku tunggu sebenarnya. Best pulak kali ni sebab aku tak nampak pacat banyak sangat. Aku nampak 3 ekor je kali ni. Okay, nampak tak teliti dia bila aku masuk hutan. Jalan pun pandang bawah je. Penat? Serius hilang bila dah nak sampai kem. Sebab aku rasa best. Haa best tak tahu nak describe cemana best aku sampai sini. Semuanya best. Ala, yang kena marah tu biasalah kan, dah buat salah, memang patut kena. Marah itu tanda sayang. Betul dok? So, semua teguran perlu diambil. Nak jadi manusia yang disiplin tak mudah. Terletak pada diri sendiri.

So, akhir kata, kalau aku nak story dari mula sampai habis apa benda aku buat memang takkan habis. Macam aktiviti kat sana, memang full habis masa kau. Phone pun tak sempat nak sentuh. Kalau aku duduk sana seminggu, aku rasa memang boleh kurus. Sebab aku makan pun aku nak makan sikit je sebab aku jenis yang lambat siap. Pastu dengan aktiviti dia memang terbaiK. Dan sekarang, aku mula rindu kem dengan geng sekolah kat sana.

Friday 6 March 2015

pergi

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dulu, dialah kau paling tak suk. senang cerita memang kau menyampah bila tengok dia. Sampai rasa kalau boleh kau nak lari daripada dia. Tukar kelas, biar tak nampak dah muka dia. Dan makin lama, kau sedar, bila dia terpaksa tinggalkan kau, kau akan rindukan dia. Kau rindukan marah dia. Kau rindukan gelak dia. Kau rindukan perangai dia.

Dan macam itulah yang aku lalui sekarang. Aku silap, yang aku boleh mulakan segala yang baru dengan mereka. Terlambat. Semuanya terlambat. Kalau nak throwback dari zaman kau form1 form2 memang banyak sangat kau buang masa dengan bergaduh. Bergaduh dengan benda yang tak sepatutnya. Pulaknya gaduh tu bukannya sekejap. Lama pulak tu.

Tahun ni, aku rasa paling susah untuk face it. Terlalu ramai yang pergi dari hidup aku. Tempat aku mengadu tiap masa hilang. Tempat aku mengada hilang. Tempat aku menumpang kasih hilang. Tempat aku bergaduh hilang. Semuanya hilang.

Tapi apa yang aku kena buat, aku kena lalui juga walaupun perit. Perit lagi dengan orang sekeliling kau seolah-olah tak nampak kau. Dah lah kau dicampakkan di tempat yang kau tak pernah rapat dengan orang dalamnya. Aku? Turun rehat tu sorang-sorang. Sampai aku terfikir, mana hilang life aku yang dulu? Takpa, Allah duga.

Dengan orang yang kau selalu gelak gaduh dulu pun hilang. Dia ada je sebenarnya kat sebelah kau, yelah macam yang aku cakap, dia tak nampak. Tak nampak yang kau ada kat sebelah dia. Lagi sedih, bila semuanya dah tak sama macam dulu.

Kata sayang, kata cinta, kata friendship till jannah. Okay, pergi mana semua tu? Terkubur di mana? Tertinggal di mana? Fikir dan fikir. Memang takkan habis. Susah nak dapat jawapan sampai kau sendiri kena tanya empunya badan. Tapi kau tak tanya, bimbang dia terasa hati. See? Hati dia kau fikir lagi tapi hati kau? Kau biarkan sakit.

Ya, memang pedih bila lalui semua ni. Tapi kau kena ingat, tak selamanya kau akan gembira. Ini detik ini masa kau tengah diuji. Sebab apa? Sebab Allah sayang kau. Dia nak tengok sejauh mana kau boleh bersabar nak hadap semua ni. Jadi, teruskan senyum, teruskan sabar. Menangislah kalau kau nak menangis. Mengadu pada Dia. Mesti, suatu hari nanti, kau akan jumpa juga jawapan yang kau cari. Dan masa tu, kau akan rasa bahagia yang tak terkata.

Note: jaga hubungan dengan Allah dahulu [emoji senyum]


Saturday 31 January 2015

perasan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kau pernah rasa orang bagi harapan kat kau?
Lepastu dia pergi, pergi tinggalkan kau.
Ya, walaupun dia tak pernah mengaku apa-apa.
Ya, memang salah kau sebab terlalu perasan.
Perasan yang dia ada hati kat kau, padahal dia anggap kau sebagai kawan.
Dan kau jenis yang tak suka diberi harapan.
Jadi, kau nekad.
Nekad nak lupakan dia.
Sebab?
Terlalu sakit nak ingat pada orang yang tak pernah nak ingatkan kita.
Rasa menyesal selama ni kita buat baik dengan di, senyum dengan dia.
Tapi takpa, at least kau kenal dia.
Kenal dia jenis yang macam mana.
Terima kasih untuk semuanya...