WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Thursday 19 June 2014

Hargai

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, aku lepas exam lisan pagi tadi. start dari pukul 7.45 pagi sampailah 10 pagi . tak silap aku ni baru percubaan . sebab yang betul betul punya bulan Ogos nanti okay . pejam celik pejam celik dah nak dekat pun . sekarang dah bulan jun . lagi berapa kerat je nak masuk bulan julai . bulan julai nanti pulak aku sibuk dengan ujian instrument sejarah dengan geografi . memang busy lah cerita dia . kebetulan ada masa sikit ni . itulah bukak laptop and meng-update . orang lain tengah perah otak buat latihan . bagus betul .

okay, pagi tadi, lepas habis exam je terus boleh rehat okay . cikgu bagi rehat awal 1 minit . hargai masa tu okay . habis rehat je masuk kelas . tibalah subjek agama . selalu sangat mengantuk kalau waktu cenggini . banyak betul syayaton bergayut kalau nak dengar ilmu agama je . subjek agama harini pulak pasal mengurus jenazah . kebetulan ada member aku yang nenek dia baru meninggal beberapa bulan yang lepas . so, dia pun tengok serba sedikit orang mandikan jenazah . dia pun ada tolong jugak . bangga aku jadi kawan dia . jarang remaja sekarang nak tolong buat semua tu . tapi tak semua ok . aku sendiri sebak dengar cerita dia . entah kenapa, aku pulak yang feeling melebih . sampai sok seh sok seh aku dengar cerita dia .

yelah, mana tak nya, jauh dalam hati dia tu, dia sayang sangat kat arwah . tapi, dia tak mampu nak tunjukkan je . nenek dia garang katanya . selalu sangat bising itu ini . bising itu ini tu semua bersebab . cuma dia tak pernah nampak je sebelum ni . tapi kau tahu, orang tua tua marah sebab sayang . terlalu sayang sebab itulah dia bising . bila dah takda, dia selalu cakap kat aku, takda siapa dah nak bising kalau dia menyanyi kecil kat dapur and macam macamlah . masa tu air mata dia dah bergelinang dekat tubir mata dah . pastu dia gelak gelak . konon nak cover lahtu . ehem, aku dah kenal kau lama ok mun . kau sedih ke apa, aku tahu . so, kau semua . jangan pernah bosan dengar bila ibu kau pot pet pot pet tak berhenti . cuba kau fikir balik, selama ni ibu kau pot pet pot pet mesti ada sebab kan . mana pernah dia nak bising takda sebab yedak?

bila dia cerita itu ini, aku pulak teringat dekat arwah cousin aku . baru 1 tahun (2011) budak tu . arwah lemas . aku sendiri sayang kat dia . aku sayang dia sebab aku takda adik lelaki . so, aku pun teringin jugak nak adik lelaki masa tu . cuma takda rezeki lagi . pukul 3 petang . aku terjaga dari tidur . aku bangun bangun je tengok Puan Ibu tengah jawab call . besar mata Puan Ibu masa tu . merah merah pulak tu . aku pun pelik lah . bila Puan Ibu dah habis jawab call je, terus aku tanya kenapa . Puan Ibu bagitahu yang Abang Long Muhammad dah takda . aku masa tu tengah blur blur lagi . aku tanya ibu balik, baru aku faham . masa tu Allah je yang tahu macam mana perasaan aku . terus bergegas kemas beg balik kampung . aku tarik je memana baju yang aku nampak .

sampai kampung waktu malam . pergilah rumah sedara belah his mom . ibu peluk makcik erat erat . ibu cakap, 'sabar ye, sabar' . makcik dah menangis kat bahu ibu aku . aku ni jenis yang cepat sangat tersentuh . tengok je makcik macam tu, automatic aku pun naksedih sama . tapi aku duduk jauh jauh kejap . tenang diri aku dulu . makcik cerita macam mana semua tu boleh jadi . aku sampai kampung waktu tu pun memang nak dekat tengah malam pun . ayah pulak pecut bukan main lagi . tapi, tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir . itulah yang aku tak boleh terima . tapi nak buat cemana . dah duduk jauh dari yang lain .

esoknya dia buat tahlil . siang masa ni . nenek arwah ada jugak jemput tahlil malam tu . tapi tak dapat nak pergi sebab ayah ada kerja . dah banyak sangat ambil cuti minggu sebelum tu sebab atuk tak sihat . kesian aku tengok pakcik aku masa tu . arwah sangat rapat dengan ayah dia . tapi aku yakin, mesti ada hikmah disebalik semua ni . makcik aku termenung je memanjang . bila dah lama, ibu pun sebelah dia . dia luahkan semua kat ibu . dia kata, baru pagi tadi dia buat susu untuk arwah . untuk kali terakhir . dia kata, pagi tu arwah pandang je dia masa dia tengah buatkan susu . bila dapat susu je, dia pergi tidur balik . tak sangka pulak jadi macam ni . yang makcik pulak cerita, pagi tadi masa pakcik dah pergi kerja senyap senyap, arwah nangis nangis cari pakcik. tak pernah jadi pun macam tu sebelum ni . terus terburai air mata pakcik kat situ . pakcik aku tu abang kepada ibu . ibu pun gosok gosok badan dia . tenangkan dia . mata ibu pun merah masatu . tapi ibu cuba tahan . ibu pun rapat jugak dengan arwah . 

lepas beberapa bulan dah berlalu, raya . baliklah kampungkan . raya pertama pergi ziarah kubur arwah . terasa lagi kehilangan tu sampai sekarang . bila nak kongsi dengan member je, mesti sok seh sok seh aku datang . memang payah nak mengelak . makcik pun dah ada baby baru masatu . lelaki jugak . Muhammad Sallahuddin . sekarang tak silap aku dah 1 tahun kot . takpun 2 tahun . tak pasti . muka sallahuddin sama macam arwah abang dia . alhamdulillah, lama-lama semua dah boleh terima yang arwah Muhammad dah pun takda . Allah lebih sayangkan dia . doakan ummi dan abah mamat ok kat sana . Al-Fatihah (Muhammad Umar Azim)



marah macam mana pun sekali dorang kat kau, dorang tetap sayangkan kau ok.
p/s: hargai selagi ada. jangan derhaka. doakan aku berjaya dalam ujian bulan julai, ogos and oktober. thank you !

Friday 13 June 2014

Ceritera Mekra

Pada zaman dahulu, terdapat seorang gadis yang serba sederhana bernama Mekra. Mekra mempunyai dua orang kakak dan tiga orang adik perempuan. Kakaknya yang pertama bernama Mekmun. Manakala, kakaknya yang kedua bernama Meksya. Adiknya yang pertama bernama Mekpa, yang kedua bernama Meknaa dan adiknya yang bongsu bernama Meknis.

Pada suatu hari, sedang Mekra asyik meng-online *broken tatabahasa* account twitter miliknya, tiba-tiba telefon miliknya berbunyi menandakan notification masuk *eh, betul ke ayat aku? Ok lantak* ada seseorang telah meninggalkan pesanan pada DM-nya. Dia pun membuka pesanan tersebut, seorang lelaki yang bernama Awang Imin terpapar besar *ok ini tipu* pada DM-nya. Ish, bencilah cakap cemni. Ok tukar !

“hai” sapa Awang Imin.

Mekra teragak-agak nak balas ke tak. Or nak tinggalkan macam tu je biar usang siap dengan package berhabuk lagi. Mekra pun ambil keputusan nak stalk dulu siapakah gerangan lelaki bernama Awang Imin tu. Stalk punya stalk, dia tengok macam pernah tengok je? Dia tengok gambar-gambar Awang Imin, terdetik dalam hati “oh, mamat ni rupanya” Mekra pun reply lah pesanan tu balik.

“hai” balas Mekra.

Start dari hari tu, Mekra dan Awang Imin selalu sangat DM kat Twitter. Mekra menceritakan perihal Awang Imin dekat Mekmun, kakak sulungnya. Semasa Mekra mengambil keputusan untuk berterus terang dengan adik beradiknya, tiba-tiba Mekra dapat tahu yang Meknaa, adik ketiganya minat kat Awang Imin. Mekra tak tahu nak buat apa. Jadi dia pun membatalkan niatnya untuk memberitahu adik-beradiknya yang lain. Dia pun teruskanlah text. Sebab menganggap hubungan mereka sekadar kawan biasa pada mulanya. Pastu, dorang ambil keputusan untuk tukar number phone. Mereka pun selalu lah texting- texting. Tiba timbul satu perasaan yang aneh *tak payah nak aneh sangat ok shera* antara mereka berdua. Suatu hari, Awang Imin mengaku yang dia ada perasaan kat Mekra. Mekra jadi tak tentu hala. “aduh apa aku nak buat ni” kata Mekra dalam hati. *Kau pernah dengar tak perkataan ‘couple’? mengada kau kalau tak pernah. Sebat kang*
Awang Imin terus menerus meluahkan perasaan dia kat Mekra. Mekra bagi jawapan bahawa Mekra pun ada perasaan terhadap Awang Imin. Tapi Mekra taknak ada suatu hubungan couple antara mereka berdua. Cuma rapat je. *kau faham tak?* Awang Imin tak dapat terima, tapi dia terus berusaha untuk dapatkan kepercayaan Mekra.

Dah beberapa bulan, Mekra pelik kenapalah Awang Imin dah lama tak text. Mekra ambil keputusan untuk stalk Awang Imin di account twitter milik Awang Imin. Jantung Mekra berdegup kencang macam nak pecah. Terpapar sebaris nama yang Mekra sendiri tidak kenal siapa. Mekra terdiam, mengalir air mata Mekra tanpa henti. Mekra berfikir sejenak, apa salah dia terhadap Awang Imin? Mekra mengambil keputusan untuk meneruskan hidup dia dan lupakan lelaki bernama Awang Imin. Akhir tahun, Mekra berminat dengan pelawaan adiknya, Meknaa untuk join sekali bermain bola tampar. Latihan tu selalu ada masa malam. Jadi Ayah mereka lah yang hantar mereka sampai ke blok permata.

Tiba-tiba jantung Mekra berdegup tak tentu hala. Dia toleh sekeling then ternampak Awang Imin. Terkejut beruk dia. Awang Imin!  Ya Allah, kenapalah Meknaa tak bagitahu ada geng Awang Imran join sekali. Mekra buat-buat biasa macam tak pernah kenal dengan Awang Imin. Aunty Ila ajak Mekra dan Meknaa untuk join team dorang sebab tak cukup orang. Lagilah nak gila Mekra dibuatnya. Orang lain main seronok je. Yang Mekra terasa macam seram sejuk dah kat situ. Sampai pucat tangan Mekra. Siap dengan package ketar-ketar lagi. Mekra pun cuba tenangkan diri. Mekra berharap sangat supaya masa cepat je berlalu.

Tiba masa nak kena tukar team lain pulak. Giliran team Awang Imin pulak yang main. Team Awang Imin pulak yang tak cukup orang. Awang Imin ajak Mekra main sekali. Mekra sekadar menggeleng kepala. Ada seorang mamat dipercayai kawan Awang Imin sampai. Dalam hati Mekra “Phew penyelamat aku, terima kasih bro” diorang main macam biasa. Tapi still Mekra tak senang duduk. Mekra ambil keputusan untuk balik awal. Mekra call ayahnya. Ayahnya datang untuk ambil dan bawa pulang Mekra dan Meknaa. Eh, lupa! Meksya ikut sekali.

Sampai rumah, lepas dah siap bersihkan diri, henpon Mekra berdering lagu Growl menandakan ada panggilan masuk. Mekra terkejut terpapar nama si dia. Terdetik dalam hati “Ya Allah, kenapalah dia datang balik dalam hidup aku? Apa lagi dia nak? Nak mintak maaf? Aduh, aku taknak dengar apa-apa” Mekra buat keputusan untuk reject call Awang Imin. Mekra tak senang duduk. Phone Mekra berbunyi lagi ‘keringgggggg’ notification masuk. Awang Imin.

“sekarang bukan nak angkat dah call orang kan” kata Awang Imin.
“penat, nak tidur. Kbai” kata Mekra.
“em, saya rindu awak. Takpalah. Awak tidurlah. Goodnight. Sweetdream” kata Awang Imin.

Mesej tu Mekra pandang sepi. “Tak rasa bersalah langsung kau kan. Ee, ikutkan hati nak je aku gumpal kau buat bola then sepak sampai keluar dari bumi ni”bisik Mekra sensorang.  Mekra pun ambil keputusan sambung tengok tibi. Terus Mekra dah tak reply mesej tu. *penipu kan? Waha, kesah?* Habis tengok tibi, tidurlah. Apa lagi !

Keesokkannya, Mekra bangun pagi untuk menunaikan solat subuh. Lepas selesai menunaikan perkara wajib yang satu tu, phone Mekra berdering lagi ‘keringgggggg’. Awang Imin. “Ya Allah, dia ni nak apa?!” Mekra buat keputusan untuk tak reply mesej Awang Imin. Mekra pun deactived sim card. Seharian dia deactived sim card miliknya. Kalau active balik pun, kejap kejap je. Bila tiba je masa dia active-kan (sim card) balik, ada beberapa mesej dan beberapa call yang terpapar. Bukak bukak je Awang Imin. Asyik asyik Awang Imin. Takda orang lain ke? Detik dalam hati Mekra. Dan terus menerus Awang Imin hantar mesej and call Mekra. Tapi Mekra tak pernah nak angkat atau reply.

Lepas beberapa minggu, Mekra berasa belas kasihan pada Awang Imin. Entah kenapalah hati baik sangat macam tu. Pelik ok. Mekra pun reply lah mesej Awang Imin:

“Mekraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!” –Awang Imin

“Apeeeeeeee” –Mekra

“haa, reply pun. Hehe” –Awang Imin

“Nak apa?” –Mekra


“Rindu. Tak kesian ke kat orang hari-hari hantar mesej. Tapi dia tak reply pun” –Awang Imin

“Kesian? Perlu ke?” –Mekra *kejamkan?*

“em, yelah tak payah kesian. Saya rindu awak” –Awang Imin

“Rindu? Rindulah awek awak tu”

“Awaklah awek saya”

“Maaf, awak silap orang ni. Saya bukan Puteri Mia Balqis. Maaf kalau saya tersilap eja nama dia”

“Eh, tak. Manada. Itu dululah. Em, saya rindu kita yang dulu”

“kita yang dulu? Yang macam mana eh?”

“Awak, janganlah macam ni. saya minta maaf. Saya nak kita yang dulu”

“Oh, hahaha. Minta maaf? Oh, masa dia datang, awak buang saya. Now, dia dah takda, awak cari saya balik? Awak ingat saya ni apa?”

“Ya, saya tahu saya salah. Saya minta maaf sangat sangat. Saya nak kita yang dulu”

“dah lah awak, saya dah penat. Penat dengan semua ni. Assalamualaikum” –Mekra. Off phone.

Mekra terdiam. Jujur, dia rindu. Tapi sakit hati dan marah lebih menguasai diri dia masa tu. Mekra menangis. Tiba-tiba Meknis datang dan duduk di sebelah. Terkejut Meknis melihat keadaan Mekra. “Kenapa ni Kak Mekra?” tanya Meknis. Mekra sekadar menegelap air mata lalu tersenyum memandang Meknis. Mekra ambil keputusan untuk pergi ke bilik air lalu mengambil wudhuk untuk menunaikan solat zohor.

Hari berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru. Awang Imin tak berhenti-henti hantar mesej. Biarpun Mekra tak balas pun mesej itu sepatah pun. Tiba suatu hari, hari yang membuatkan Mekra berlembut hati. Awang Imin call, Mekra pun angkat call itu seperti sediakala. Berbual-bual dengan Awang Imin macam takda apa yang pernah jadi. Mekra nekad untuk mulakan hidup baru. Lagi sekali? ekh

Mekra dan Awang Imin contact macam biasa. Macam dulu dulu. Kisah lama pun tidak pernah diungkit. Lagi sekali Awang Imin bagitahu Mekra tentang perasaan yang dia simpan.Mekra teragak-agak nak percaya sebenarnya. Tapi Mekra berikan jawapan yang sama “taknak ada suatu hubungan couple antara mereka berdua. Cuma rapat je.” Jujur, dia sayang Awang Imin. Tapi jauh di sudut hati yang dia masih memikirkan perasaan Meknaa. Sebab itulah susah dia nak terima Awang Imin. Mekra tetap merahsiakan hal ini. Cuma Mekmun dan Meknis je yang tahu perkara sebenar.

Mekra cuba kumpulkan semangat dia untuk menceritakan juga hal ini pada adik beradiknya yang lain. Dia cuba untuk cakap berkias-kias dahulu.*acewah* Sebab taknak Meknaa terkejut dengan apa yang diberitahu. Mekra cuba juga sebab memikirkan keadaan Meknaa yang sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Awang Azwan. Mungkin perasaan Meknaa terhadap Awang Imin cumalah olok-olok sahaja. Mekra pun mulakan kata-kata dia *cewah, ayat dah lah tunggang langgang*

Tak sangka Meknaa bagi respons yang sebaliknya. Berlaku perang dingin antara Mekra dan Meknaa. Mekra berasa serba salah terhadap Meknaa. Kejamkah aku? Bisik Mekra. Meknaa berasa yang Mekra tidak berlaku adil terhadapnya. “Sanggup kakak buat macam ni kat aku? Apa salah aku? Kenapa diorang contact? Kakak kan tahu yang aku minat kat Awang Imin?”

Makin lama, hubungan Mekra dan Meknaa pun semakin pulih. Mereka pun nekad untuk lupakan hal tersebut. Dan Mekra masih lagi berhubung dengan Awang Imin. Meknaa pun makin lama boleh terima keadaan sebenar. Meknaa pun terlalu sayangkan Awang Azwan, so dia pun nekad nak lupakan semua tu dan lebih memilih untuk bersama Awang Azwan.

Malam berikutnya, Awang Imran, kawan Awang Imin wechat Mekra. *amboi, maju betul zaman ni* Nak kenal kenal macam biasa. mekra pun layan Awang Imran macam kengkawan dia yang lain. Makin lama, Mekra pelik dengan cara Awang Imran layannya. Makin lama makin melebih. Makin mengada-ngada. Rasa nak hempuk-hempuk je. Awang Imran mengaku yang dia ada hati pada Mekra. Ha, sudah. Bala apakah ini? Ya Allah, jangan biarkan dia serious dengan apa yang dia rasa. Doa Mekra dalam hati. Serta merta, Mekra memberitahu Awang Imran yang dia sudah memberikan hati dia pada orang lain. Start dari haritu, Awang Imran dah tak wechat or ganggu Mekra langsung. Patah hati mungkin. Takpun malu. Ok konghajok.

Lama- kelamaan Mekra pelik dengan perangai Awang Imin. Jarang dah text. Text pun bila Mekra yang mulakan dulu. Mekra pun nekad nak call Awang Imin. Nak tanya samada dia dah ada yang lain? awang Imin menafikan semua tu. Tapi, Mekra boleh dengar macam Imin tengah menekan keypad phone dia macam tengah text dengan orang lain. Bila Mekra tanya, Awang Imin cakap takda sesiapa pun. Tak sangka hari Ahad itulah hari terakhir Mekra akan on the phone dengan Awang Imin. Isnin, Awang Imin hilang. Selasa, Awang Imin hilang. Takda khabar langsung. Rabu, Mekra ternampak Awang Imin bersama dengan seorang perempuan. Cantik orangnya. Detik hati Mekra. Awang Imin terkejut bila nampak Mekra. Awang Imin hanya mampu memerhati. Dan Mekra? Hanya mampu bersabar dan terus bersabar.

Mulai saat itu, Mekra susah nak percaya pada lelaki. Bagi Mekra, lelaki semua sama. Sejak haritu jugak, Mekra belajar untuk move on. Mekra terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Apa yang pasti, dia taknak ingat lagi semua peristiwa tu. Cukup menyakitkan hati. Tapi, perit tu tak pernah berhenti. Ada je dugaan yang Mekra kena hadapi. Beberapa minggu selepas tu, Mekra terserempak lagi dengan Awang Imin dan teman wanitanya. Kebetulan masa tu Mekra tengah berbual dengan Puan Habshah. Dan Awang Imin juga nak jumpa dengan Puan Habshah. Nak bincangkan tentang hal kerjanya dengan Puan Habshah.

Mekra terkejut bila Awang Imin datang ke arahnya. “Ya Allah, dia nak datang sini ke? Buat apa?” Alhamdulillah.Cuma nak jumpa Puan Habshah. Mekra tak tahan nak tengok Awang Imin dan teman wanitanya betul betul ada kat depan mata dia. Mekra pun minta izin dengan Puan Habshah untuk pergi dari situ. Mekra berlalu. Tanpa sedar, air mata Mekra mengalir laju. “Kenapa dia mesti muncul? Kenapa? Aku tak pernah mintak pun supaya dia hadir dalam hidup aku. Kenapa lepas dia dah datang, dia tinggalkan aku? Penyiksaan yang aku tanggung. Atau dia tidak punya perasaan?” Mekra menangis teresak-esak. Mekpa yang perasan keadaan tu pun, datang kat Mekra. Mekpa tanya kenapa, tapi Mekra mendiamkan diri dan terus menangis. *masa ni kat taman perumahan ok*

Adik beradik Mekra yang lain pun teman Mekra di dalam kamarnya.*ceh, kamar konon. Hiks* Mekmun berasa kesian terhadap Mekra. Sebab dia yang tahu semuanya apa yang dah jadi pada Mekra. Mekmun pun menceritakan hal yang sebenar pada adik adiknya yang lain. Meknaa memujuk Mekra “dahlah, kak Mekra. Lupakan jelah. Kak Mekra sendiri yang tak terima dia kan? Sabar je. Biarlah dia. Biar dia dengan life dia. Akak mulakan hidup baru okay?” Mekra terus menangis. Jujur, dia terharu dan tak sangka yang Meknaa bagi dia kata-kata semangat tu.

Lepas beberapa bulan berlalu, Mekra dah boleh lupakan semua yang berlaku dan mulakan hidup baru. Dia nekad. Dia dah taknak bagi hati dia pada orang yang salah. Cukuplah selama ni penderitaan yang dilemparkan orang terhadapnya. Dia bersyukur kerana masih dikurniakan adik beradik yang masih peduli dan sayangkan dia. Dan dia juga berterima kasih kepada Awang Imin dan teman wanita Awang Imin kerana dah mengajar dia erti kekuatan. Dan Mekra berazam untuk menyimpan hati dan cinta dia sebaik mungkin untuk bakal suami dan akan menyerahkan kedua-duanya selepas bakal suaminya melahfazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”.*cewahh, ayat taknak kalah. gedik ok*

TAMAT

p/s: cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kena mengena antara mereka yang masih hidup atau yang telah menghadap Pencipta.

Thursday 12 June 2014

Untitled

ASSALAMUALAIKUM

Cuti panjang selalunya korang buat apa eh? Apa? Untunglah boleh pergi jenjalan jauh jauh kan. Selalunya aku kalau cuti panjang ni balik Terengganu. Tapi, tak untuk kali ni. Puan Ibu tengah sarat, jadi Encik Ayah pun cakap rest kat rumah je. Tahniah? Terima kasih, Alhamdulillah rezeki dari Allah. Cuti macam ni jugaklah aku sebagai calon PT3 ni kena study. "Tak boleh main main dah" itulah yang Ayah pesan kat aku. Ayat yang pendek tapi ada maksud yang begitu mendalam. Ewah, aku ni melebih lah pulak. Wahaaa study ke aku? Aip aip, tak payah sibuk nak fikir aku study ke tak okay. Allah tahu segalanya *angkat kening*

Cuti ni jugak macam macam jugak benda baru yang aku tahu. Dan banyak jugak benda baru yang aku belajar. Contohnya, betapa pentingnya jaga hati ni untuk yang halal. Haih, benci ah nak jiwang jiwang ni. Dah lama sangat aku tinggalkan jiwang jiwang ni. Tak boleh pakai semuanya. Ewah, kerek je aku. Member aku baca ni confirm dia bangkang habis. Wahaa, tapi memang aku dah tinggalkan semua tu start cuti ni okay kawan. Cuti ni hidup aku tenteram je. Alhamdulillah

Aku ni entah apa apa je kan kongsi kat sini? Hambar je. Aku pun tak tahu nak kongsi apa sebenarnya. Aku cuma nak kongsi peristiwa 1 Jun 2014 je. Tapi dah dua perenggan aku merepek yang bukan bukan. Mesti kau rasa macam nak baling selipar je kan kat aku.

Okay, 1 Jun haritu, ada satu peristiwa yang betul betul buat satu keluarga orang tu (nama dirahsiakan) bersedih. Keluarga ni merupakan kawan kepada pakcik aku. Kau faham tak macam mana? Pepandai kau lah. Mereka ni kawan di tempat kerja ke cemana aku tak pasti.Cuma yang pasti, macam macam cerita yang ditulis (kalau kau google) sakitkan hati aku sendiri yang baca. Walaupun bukan related langsung dengan aku. Emo kan aku? Yelah, benda tak betul takkan kau tak marah kan.

Satu nyawa melayang dalam peristiwa tu. Arwah berumur 16 tahun (nama dirahsiakan) lepas kau sedekah kan lah Al-Fatihah. Bukan lama pun, tak sampai 5 minit pun. Tadah tangan dah berdoa "semoga arwah ditempatkan disisi orang orang yang beriman. Amin"

Family aku bawa pakcik dan makcik aku ke hospital tu. Tak sangka ramai betul yang keluar masuk dari wad tu. Tanpa henti. Seat pun boleh kata penuh sampai aku nak duduk pun masa dah nak balik. Duduk pun sekejap je. Sesuatu nak jadi bila bila masa kan? Lepas peristiwa tu, terkesan dalam diri ni nak berubah. Yelah, cuba kau bayangkan, maut boleh datang bila bila masa je. Kalau masa tu kau tak sempat nak taubat, macam mana nasib kau kat Mahsyar nanti. Nauzubillah, bila difikirkan dah banyak dosa kita dah buat. Ye, tahu. Manusia memang takkan pernah terlepas dari melakukan dosa. Takkan tak terdetik sedikit pun dalam hati kau nak hapuslan dosa dosa tu? Ha, kan dah bagi tazkirah.

Aku nasihatkan, baik kau mintak maaf kat sesiapa yang kau pernah buat salah tu. Payah kat Mahsyar nanti. Renung renungkan lah okay :)

p/s: ibu cakap, dia bila nampak aku je mesti nak marah tak tahu sebab apa. And orang tua tua dulu cakap, kalau ibu mengandung rasa asyik nak marah je tengok orang tu, maksudnya muka yang dalam tu seiras dengan yang dia tak suka tu. Eh, betul ke? Wahaaa, yezzaaa !