WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Sunday 24 January 2016

Cinta 3.0

ASSALAMUALAIKUM WBT

Baru-baru ni pada 16 Januari 2016 (Sabtu), telah diadakan program Cinta 3.0. Saya telah bertugas sebagai salah seorang fasilitator. Tapi takdalah sepenuhnya sebagai fasi, tak. kami sebagai fasi pun sangat memerlukan ilmu seperti ini agar tidak tersilap langkah. so, habis je tugas yang dilakukan, kami yang fasi-fasi ni duduk untuk turut sama mendengar ilmu yang disampaikan.

setakat apa yang saya dapat, saya cuba kongsikan di sini ya. hahaha mostly ayat aku baku *emoji mata berair*


"tiada istilah cinta pandang pertama"


Nak tahu kenapa? okay, sebelum tu, saya nak tanya, masa mula-mula awak nampak si dia, apa yang awak nampak? rupa? ya, cantik. ya, kacak. ya, sado. semua perfectlah. dah kenal belum?

Dear pembaca sekalian, cinta itu dimana kita cintakan apa yang ada pada dalamannya (hati & agama). Cinta kerana rupa? Tidakkah awak sedar bahawa rupa itu hanya sementara. Rupa yang cantik tidak akan kekal sampai bila-bila. Cinta kerana rupa itu bukan cinta, tetapi nafsu. Nafsu yang hanya inginkan kecantikan semata-mata.


"saya ada meminati seseorang. dia ni gangster sekolah, handsome. bolehkah saya mahu dia jadi sebagai imam saya?"
(lebih kurang macam itulah soalannya)


Kita sebagai perempuan ni, nak pilih imam kita biarlah yang benar-benar boleh bimbing kita hingga ke jannah Allah swt. Ibu saya pun ada pesan, nak pilih suami, pilih kerana agama. solat tak tinggal. dan ustaz pun ada pesan "pilih pasangan kerana agamanya, insya Allah tak perlu risau dah package yang lain-lain tu" tapi, sedarkah kita? kita nak yang baik-baik, kita dahulu yang kena jadi baik. kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. begitu juga sebaliknya. ahli panel ada juga kongsi cara nak pilih pasangan ni

yang pertama, kerana agamanya,
yang kedua, kerana keturunannya,
yang ketiga, kerana hartanya,

bagaimana pula dengan rupa? rupa ini sekadar bonus. kalau rupa handsome, cantik, tapi tanggungjawab dan agama terabai, tiada guna juga, ya dok?

yang sedang cari jodoh tu, pilihlah yang elok-elok ya. moga kekal hingga ke jannah. yang masih bersekolah, teruskan sekolah dulu. fikirkan masa depan dulu. jodoh ni Allah dah atur cantik dah. sampai masa, dia akan datang sendiri cari kau. jangan risau. tanggungjawab kau kat ibu ayah pun tak habis lagi. ingat tu.

kalau ada salah silap dalam entry ni, maafkan saya :)