WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Friday 13 March 2015

Camping

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Selalunya apa yang kau nak bila sampai kem? Nak berseronok? Ya, itu mungkin. Tapi niat dalam hati nak pergi sana tu untuk belajar tu penting. Barulah kau boleh terima apapun yang kau dapat kat sana dengan hati yang rela.

Kalau dulu, aku jenis yang suka berseronok, so, tak dapat nak hargai moment dengan member satu kelas together. But, this time, aku tukarkan niat aku. So, semuanya Alhamdulillah baik-baik je semua.

Kem yang aku pergi bertempat di Dr. Campsite Hulu Langat. Yes, aku dah pernah pergi tempat ni 2 kali termasuk kali ni. Sebenarnya, masa aku daftarkan diri aku tak tahu pun akan ke tempat yang sama. Jadi, dah dapat surat untuk ditandatangani oleh ibu bapa barulah aku tahu.

Pagi tu, excited lah kan nak pergi. Oh ya, aku pergi sana selama 2 hari 1 malam. Hari Rabu dan Khamis. Maksudnya aku baru baliklah ni. Sampai je kat depan bustop aku tengok sekeliling, tak ramai pun orang. Takkan lah sikit je yang pergi en. Aih, member yang rancang pergi sekali pun tak sampai lagi. So, aku decide nak tunggu kat pagar sekolah.

And bila dah letak beg, nampak Effa dah sampai. Ajaklah dia naik atas sekejap, sebabnya aku lapar pagi tu. Bila dah beli roti, tengok Raja tengah cari kitorang. Baru sampai lahtu. And kitorang ambil baju apa semua. Pastu baru kitorang perasan, kebanyakkan nya form 5. And 6 orang je form 4. Lelaki 3 orang, perempuan 3 orang. Yang perempuan tu siapa lagi kalau bukan aku, Raja and Effa.

Tapi tak kesahlah kan tak ramai form 4 pun. Sebabnya aku tengok senior yang pergi pun sporting belaka. Bus sampai, kitorang gerak. Dalam perjalanan macam-macam yang aku fikir. Effa dengan Raja tak habis-habis nak selfie. Aku dengan takda mood memang tak boleh nak layan semua orang. Package time aku nak pergi sana, aku memang tak sihat tapi aku gagahkan juga sebab memang nak pergi sana.

Sampailah sana, aku tengok fasi semua dah lain. Takda sorang pun yang ada sekali masa aku form 1 haritu. So, memang tak boleh nak agak apa yang jadi. Muka fasi ketat-ketat je semua. Seram jugaklah time tu. Rasa macam nak balik pun ada. Bas berhenti dekat tepi jalan, so kitorang kena berjalan kaki sejauh 2km kata fasi tu.

Sampai je kem, wahh teringat masa dulu aku sampai sini. Tenang tu memang tenang sebab jauh dengan jalan raya and kau dengar bunyi sungai. Best weh best. Then, kami diberi taklimat. Habis taklimat, kena kumpul kat dewan. Oh ya, dewan yang aku duduk tak sama dengan dewan tahun dulu aku duduk. Kami diagihkan dalam kumpulan. Aku, raja and Effa memang group yang lain-lain.

Aku dapat group dengan senior. Dah memanglah kalau ramai student form 5 ish apalah. Ketua pulak, mula-mula aku taknak tau vote dia. Tapi dah, takda pilihan dah dia je volunteer diri sendiri orang lain taknak. Maka, setuju jelah jawapan dia. And aku tak teragak langsung yang ketua ni pandai buat kerja sebenarnya. Penyabar jugak orangnya. Sebab dialah group 3 jadi juara wow! Haa kau, baru aku tahu, dont judge a book by its cover. Ayat tu memang betul. Belajar lagi dari pengalaman.

And macam-macam kitorang buat aktiviti kat sini. Tengok fasi pun muka ketat sampai aku rasa nak balik rumah en. Rupanya fasi kat sini memang tip top. Best lah walawei semua sporting habis. Memang terbaik ah. Habis terkubur niat aku nak balik. Dan seterusnya kitorang sambung aktiviti lain. Paling best night walk lah sebab aku tak pernah lagi night walk sorang. Kali ni baru aku rasa. Takut tu mula-mula tak sangat tau. Bila tiba-tiba sampai kat jalan belok, aku nampak macam dah takda jalan. Masa on the way nak ketempat menunggu tu aku terfikir, ada belok ke tadi? Pastu aku straight jelah jalan. Oh okay nampak sikit dah lampu kem. Aku tak perasan memang ada belok sikit time nak pergi. Fikir balik, kuat mengelamun aku ni.

Esoknya jungle tracking ah pulak en. Itu yang aku tunggu sebenarnya. Best pulak kali ni sebab aku tak nampak pacat banyak sangat. Aku nampak 3 ekor je kali ni. Okay, nampak tak teliti dia bila aku masuk hutan. Jalan pun pandang bawah je. Penat? Serius hilang bila dah nak sampai kem. Sebab aku rasa best. Haa best tak tahu nak describe cemana best aku sampai sini. Semuanya best. Ala, yang kena marah tu biasalah kan, dah buat salah, memang patut kena. Marah itu tanda sayang. Betul dok? So, semua teguran perlu diambil. Nak jadi manusia yang disiplin tak mudah. Terletak pada diri sendiri.

So, akhir kata, kalau aku nak story dari mula sampai habis apa benda aku buat memang takkan habis. Macam aktiviti kat sana, memang full habis masa kau. Phone pun tak sempat nak sentuh. Kalau aku duduk sana seminggu, aku rasa memang boleh kurus. Sebab aku makan pun aku nak makan sikit je sebab aku jenis yang lambat siap. Pastu dengan aktiviti dia memang terbaiK. Dan sekarang, aku mula rindu kem dengan geng sekolah kat sana.

Friday 6 March 2015

pergi

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dulu, dialah kau paling tak suk. senang cerita memang kau menyampah bila tengok dia. Sampai rasa kalau boleh kau nak lari daripada dia. Tukar kelas, biar tak nampak dah muka dia. Dan makin lama, kau sedar, bila dia terpaksa tinggalkan kau, kau akan rindukan dia. Kau rindukan marah dia. Kau rindukan gelak dia. Kau rindukan perangai dia.

Dan macam itulah yang aku lalui sekarang. Aku silap, yang aku boleh mulakan segala yang baru dengan mereka. Terlambat. Semuanya terlambat. Kalau nak throwback dari zaman kau form1 form2 memang banyak sangat kau buang masa dengan bergaduh. Bergaduh dengan benda yang tak sepatutnya. Pulaknya gaduh tu bukannya sekejap. Lama pulak tu.

Tahun ni, aku rasa paling susah untuk face it. Terlalu ramai yang pergi dari hidup aku. Tempat aku mengadu tiap masa hilang. Tempat aku mengada hilang. Tempat aku menumpang kasih hilang. Tempat aku bergaduh hilang. Semuanya hilang.

Tapi apa yang aku kena buat, aku kena lalui juga walaupun perit. Perit lagi dengan orang sekeliling kau seolah-olah tak nampak kau. Dah lah kau dicampakkan di tempat yang kau tak pernah rapat dengan orang dalamnya. Aku? Turun rehat tu sorang-sorang. Sampai aku terfikir, mana hilang life aku yang dulu? Takpa, Allah duga.

Dengan orang yang kau selalu gelak gaduh dulu pun hilang. Dia ada je sebenarnya kat sebelah kau, yelah macam yang aku cakap, dia tak nampak. Tak nampak yang kau ada kat sebelah dia. Lagi sedih, bila semuanya dah tak sama macam dulu.

Kata sayang, kata cinta, kata friendship till jannah. Okay, pergi mana semua tu? Terkubur di mana? Tertinggal di mana? Fikir dan fikir. Memang takkan habis. Susah nak dapat jawapan sampai kau sendiri kena tanya empunya badan. Tapi kau tak tanya, bimbang dia terasa hati. See? Hati dia kau fikir lagi tapi hati kau? Kau biarkan sakit.

Ya, memang pedih bila lalui semua ni. Tapi kau kena ingat, tak selamanya kau akan gembira. Ini detik ini masa kau tengah diuji. Sebab apa? Sebab Allah sayang kau. Dia nak tengok sejauh mana kau boleh bersabar nak hadap semua ni. Jadi, teruskan senyum, teruskan sabar. Menangislah kalau kau nak menangis. Mengadu pada Dia. Mesti, suatu hari nanti, kau akan jumpa juga jawapan yang kau cari. Dan masa tu, kau akan rasa bahagia yang tak terkata.

Note: jaga hubungan dengan Allah dahulu [emoji senyum]