WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Thursday 8 December 2016

Seronok vs Sedih? Entahlah.

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Sudah sekian lama ya tak update. almaklumlah sis busy weh baru lepas habis spm 30/11/2016 (birthday Ibu pula) last day haritu tidak lah gembira mana seperti yang dirancang. sebab sekolah iols cikgu disiplin dah siap jaga supaya pelajar tak buat perkara bukan-bukan. sebagai contoh, baling kasut atas bumbung sekolah, kenangan katanya. conteng baju memang dah ada orang buat dah, tapi tidak mengapalah baju mereka hak mereka suka hati mereka lah ya. tapi aku ni, duduk rumah memang hari-hari ternak lemak. makan, makan, makan dan makan. takda kerja lain. jogging dah tak buat haa kau. netball & rugby dah lama tinggal sebelum trial spm lagi. tapi takpalah nanti ada rezeki wa sambunglah main. member wa yang lain semua (takdalah semua) dah kerja. tapi takdalah ramai mana sebab kebanyakkan nya aku tengok duduk rumah je semua. yang aku ni nak beli novel, tapi itulah tak kerja duit pun takda, so angan-angan tu tinggal angan-angan jelah ya. duduk rumah buat apa yang patut. apa yang patut? haa kau takyah tanya (sengih).

Habis sekolah ni tak tahu apa yang aku rasa weh. ada sedih (sikit jelah sebab aku memang tak sabar nak habis) seronok pun tak jugak sebab memories terlalu banyak untuj ditinggalkan tapi nak buat cemana en, we as a human memang akan lalui fasa fasa tertentu. people come and go so memang takleh nak buat apa. redha jelah. mana yang stay alhamdulillah. ya dah awal awal gerak pergi tu mungkin ada hikmah so terima jelah kan. yang ada lagi baki baki ni selamatkanlah selagi mampu. kalau tak mampu, biarkan. nanti diri kau sendiri pula yang merana sedih menangis lah apalah eleh macam aku tak tahu.

So ya, habis sekolah ni manfaatkan lah masa yang ada ya. masa masa terluang banyak sangat ni yang bahaya takut buat perkara yang bukan bukan tanpa kita sedar. so berhati-hati ingat Allah selalu. baca buku ke haa suka hatilah nak baca novel ke apa janji jangan buat perkara bukan bukan. paling penting, habis spm ni kau jangan lupa berdoa weh. takkan lupa kot pemeriksa tengah tanda kertas kau kot sekarang. so doakanlah semoga hati mereka semua tenang sentiasa. aminnn. semoga pelajar spm 2016 mendapat keputusan cemerlang (straight A) semuanya, aminn ya Allah aminn. alang alang dah terbaca post ni tadahlah tangan kejap doakan kami ya. tak lama pun tak sampai 5 minit. kita doakan orang, mana tahu ada hamba Allah yang lain sedang mendoakan kebaikan untuk kita, kan? so sentiasalah buat baik dengan orang sekeliling.

Akhir kata, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, aminnn.

Tuesday 6 September 2016

let it go...

ASSALAMUALAIKUM wbt



yah, that's right. it really hurts to let go of something that you really love.
however, it is worth for you to hold it?
for me, no...
it will hurt me more and more.

but, I trust Allah. He knows better than me.
He knows what is good for me, what is better for me.
so.... I pray Allah to take care of you wherever you are.

:) :) :)

Saturday 11 June 2016

untitled

ASSALAMUALAIKUM wbt


Today, 6 Ramadhan
since 1 Ramadhan hari ini antara hari yang agak mencabar
cabar kesabaran dan keimanan diri
tipu kalau dia kata tidak sakit
tipu dia kata tidak kecewa
jauh di sudut hati paling dalam, dia sangat sakit dan kecewa
dia cuba memaafkan, and ya dia berhasil
but something happened again and again.
she still a human bukan robot yang takda perasaan
dia tertanya "apakah kau sudah benar-benar buang aku dari hidup kau?"
ya, soalan yang tak pernah keluar dari bibir dia
sampai satu hari, dia rasa
"I should move on, people change. even you know her for a long time with a lot of memories"
dia mahu cerita kepada bondanya tentang hal ni, teringin sangat mengadu
mengadu untuk lepaskan sedikit rasa sakit dan kecewa tu
tapi dia tahan
tahan kerana bimbang bondanya akan membenci orang yang menyakiti anaknya,
sampai sekarang, dia pendam.
Allah knows what she feels
masa itu juga, dia menangis dan mengadu pada Allah,
dan masa itu juga Allah tenangkan hati dia yang sakit dan kecewa tadi.
apa yang dia fikir sekarang,
"pandang ke hadapan, masih ada tanggungjawab yang perlu aku laksanakan, buktikan sampai kau berjaya dan tak perlu toleh ke belakang semula. try hard and prove them that you can do it!"
may Allah bless her life and ease everything

Tuesday 31 May 2016

disappointed

ASSALAMUALAIKUM wbt

alhamdulillah kerja kokurikulum aku dah selesai. so memang sangat-sangat happy sebab boleh focus dengan spm pulak takdalah asyik ke sana sini sibuk dengan program. moga aku study dengan istiqamah hendaknya.

dan memang dua tiga hari ni ada sikit masalah lah kan lepas program tu, but i don't know why but seriously memang sangat-sangat menyakitkan hati aku. kali ni sakit hati dia lain macam sikit tau. sebab aku takda rasa nak mengalah langsung. ha nampak tak syaitan hasut aku macam mana? but I am really really disappointed dengan apa yang dia dah buat.

memang mula-mula tu tergerak hati sangat dah nak minta maaf ke apa kan dengan aku cuba positif-kan semula pemikiran aku dengan erti kata mungkin dia tak sengaja kan. biasalah waktu tu tengah seronok gelak-gelak. but what happened after that situation is really tak boleh dimaafkan. how could she did that without thinking about others feeling? okay then if she doesn't want to think about my feeling it's okay. but not libatkan orang lain. Allah, only You know for what I feel till now.

aku pun tak tahu apa yang akan jadi lepas ni. memang betul-betul tak tahu. tak tahulah kalau benda ni berlanjutan sehingga ke akhir tahun ke habis sekolah ke memang tak tahu. but still aku dah cuba rawat hati ni, tapi susah. bukan tak cuba, cuba juga. just I can't, sorry.

p/s: kalau kau rasa apa yang kau buat ni betul, just sebab benda kecil kau boleh jadi macam ni (pada pendapat aku kau berubah dalam sekelip mata dari orang yang aku mula-mula kenal, sorry to say) okay teruskan :)

Sunday 22 May 2016

Keliru

ASSALAMUALAIKUM wbt

entahlah lately ni aku rasa macam tak tentu hala. mungkin banyak benda yang nak kena buat+tahun ni spm beb. 
doakan saya ya. terima kasih. 
apa yang keliru? 
ya, aku keliru dengan apa yang aku rasa dan aku tak suka dengan apa yang aku rasa sekarang. 
okay, sampai satu tahap aku rasa aku patut get rid all this feeling because it seriously kacau hidup aku, 
I can't!
Allah, tolong bagi aku petunjuk...

for those yang sama-sama kena berjuang untuk spm ni (ecewah) goodluck! Do the best. May Allah bless us.

sekian, assalamualaikum ...

Wednesday 13 April 2016

Busy

ASSALAMUALAIKUM wbt

Tanggal 1 April 2016 dimana hari yang aku paling tak boleh lupa. okay macam ni, bulan April ni memang aku busy sangat-sangat. macam-macam program akan dijalankan dalam bulan ni. so kebanyakkan program tu semua memang aku terlibat. rasa nak tercabut kaki weh *menangis

okay nak dijadikan cerita, masa 1 April ni tarikh ulangtahun kelahiran saya *bunyi bunga api* dan 2 April pula ada program kat sekolah. so masing-masing bila difikirkan memang busy tahap yang amat sangat. tapi takpa, moga Allah redha dah rahmati semua usaha keras kami ini. dan aku sebagai AJK makanan untuk program tu sepanjang minggu fikir bilangan peserta akan mencecah sampai berapa haa. yelah weh, makanan untuk peserta dengan fasilitator semua kena cukup tak boleh shot. kalau tak, kesian depa semua kan mesti aku akan serba salah gila kalau ada yang tak dapat makan. tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya telah berjalan dengan lancar.

aku sedar birthday aku tu, tapi aku lupa. hah kau faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? okay, malam tu 31 Mac 2016, okay malam tu aku buat apa pun aku tak ingat. tapi yang pasti aku penat sangat-sangat. takda masa nak fikir berapa ramai yang ingat birthday aku esok HAHAHA jadinya aku tidur awal. so pagi tu, hah pagi 1 April tu lah. tiba-tiba masuk noti tau. boleh tahanlah banyak (sebab selama ni phone memang sunyi teramat bagaikan bunyi cengkerik je tiap hari) dengan instagram, whatsapp, sorry i tak guna wechat (HAHAHA motif?) twitter, yang pertama aku baca adalah whatsapp. oh jiran wish, tapi blur lagi sebab baru bangun tidur kan. imbas punya imbas baru teringat hari apa. ok. baca group family pulak, ibu pulak wish. wahh terima kasih lah semua.

macam biasa haritu pun hari sekolah, siap-siap apa semua, pergi sekolah macam biasa. waktu ni memang aku ak ingat apa. yang aku fikir, nak jumpa teacher nak confirmkan bilangan peserta yang join. so datang sekolah macam biasa like nothing. tiba-tiba kat tapak perhimpunan "shera! happy birthday!" fikir jap. ohh terima kasih. muka senyum. naik kelas, lupa lagi masyaallah kenapa dengan aku haritu pun tak tahu weh. budak kelas layan macam biasa. memang aku tak syak apa-apa weh. sampailah cikgu sejarah kena keluar sebab ada hal tiba-tiba dengar bunyi suara kanak-kanak tadika nyanyi "happy birthday to you~" muka aku mula-mula serious berkedut fikir birthday siapa pulak diorang nyanyi ni. then terdetik "lah! hahaha" senyum jelah dengan perangai comel diorang ni hm rindulah aku kat korang semua nanti weh. iloveyou dear classmates 5AKAUN2. Hawa lah paling sweet weh masyaallah. aku akan rindu perangai kau serious!

petang tu pulak, ada aktiviti persiapan untuk program 2 April tu. hah time ni semua busy buat kerja termasuklah aku kena masukkan air dalam belon (tugas aku ikat belon orang yang tak reti nak ikat). tiba-tiba mun panggi; "shera, ni ada idea tak bla bla bla" aku dengan gagahnya bangun dengan niat dalam hati nak tolong. sekali rasa macam ada salji turun atas kepala (tepung weh tepung astaghfirullah benda aku paling tak suka main) dengan belon berisi air tu semua dia baling kat aku weh *nangis* nangis sebab sakit macam kena pukul hahaha. aku ingat diorang sengaja nak cari pasal tau, sekali nak pusing "happy birthday to you~" hmmmmmmm lagi sekali shahirah kau terperangkap. padan muka.

so kesimpulannya, aku memang tak ingat apa haritu. dan those people seriously made my day hm everyone lah. especially my Ibu balik-balik je dapat pulut kuning bentuk love + ayam 3 ketul ish ish. THANK YOU GUYS. AKU AKAN RINDU DETIK DAN SAAT NI insyaallah. moga kita semua dihimpunkan kembali okay

salam sayang, -shahirah.

sekian karangan luahan perasaan hari ini...........

Sunday 24 January 2016

Cinta 3.0

ASSALAMUALAIKUM WBT

Baru-baru ni pada 16 Januari 2016 (Sabtu), telah diadakan program Cinta 3.0. Saya telah bertugas sebagai salah seorang fasilitator. Tapi takdalah sepenuhnya sebagai fasi, tak. kami sebagai fasi pun sangat memerlukan ilmu seperti ini agar tidak tersilap langkah. so, habis je tugas yang dilakukan, kami yang fasi-fasi ni duduk untuk turut sama mendengar ilmu yang disampaikan.

setakat apa yang saya dapat, saya cuba kongsikan di sini ya. hahaha mostly ayat aku baku *emoji mata berair*


"tiada istilah cinta pandang pertama"


Nak tahu kenapa? okay, sebelum tu, saya nak tanya, masa mula-mula awak nampak si dia, apa yang awak nampak? rupa? ya, cantik. ya, kacak. ya, sado. semua perfectlah. dah kenal belum?

Dear pembaca sekalian, cinta itu dimana kita cintakan apa yang ada pada dalamannya (hati & agama). Cinta kerana rupa? Tidakkah awak sedar bahawa rupa itu hanya sementara. Rupa yang cantik tidak akan kekal sampai bila-bila. Cinta kerana rupa itu bukan cinta, tetapi nafsu. Nafsu yang hanya inginkan kecantikan semata-mata.


"saya ada meminati seseorang. dia ni gangster sekolah, handsome. bolehkah saya mahu dia jadi sebagai imam saya?"
(lebih kurang macam itulah soalannya)


Kita sebagai perempuan ni, nak pilih imam kita biarlah yang benar-benar boleh bimbing kita hingga ke jannah Allah swt. Ibu saya pun ada pesan, nak pilih suami, pilih kerana agama. solat tak tinggal. dan ustaz pun ada pesan "pilih pasangan kerana agamanya, insya Allah tak perlu risau dah package yang lain-lain tu" tapi, sedarkah kita? kita nak yang baik-baik, kita dahulu yang kena jadi baik. kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. begitu juga sebaliknya. ahli panel ada juga kongsi cara nak pilih pasangan ni

yang pertama, kerana agamanya,
yang kedua, kerana keturunannya,
yang ketiga, kerana hartanya,

bagaimana pula dengan rupa? rupa ini sekadar bonus. kalau rupa handsome, cantik, tapi tanggungjawab dan agama terabai, tiada guna juga, ya dok?

yang sedang cari jodoh tu, pilihlah yang elok-elok ya. moga kekal hingga ke jannah. yang masih bersekolah, teruskan sekolah dulu. fikirkan masa depan dulu. jodoh ni Allah dah atur cantik dah. sampai masa, dia akan datang sendiri cari kau. jangan risau. tanggungjawab kau kat ibu ayah pun tak habis lagi. ingat tu.

kalau ada salah silap dalam entry ni, maafkan saya :)