WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Wednesday 26 November 2014

Bola Jaring (Netball)

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

sempena cuti sekolah yang bahagia ni, bolehlah aku rehat sepuasnya. wohoo! almaklumlah, exam dah habis. spm belum habis lagi kalau tak silap aku. okay, goodluck semua. aku tengah tunggu result ni. aduh, upsr dah keluar result harini. wah, tahniah yang dapat markah yang cemerlang okay. yang tak dapat tu, takpalah, PT3 ada lagi. ewah, seronok je bunyinya kan. jangan kau ulang salah yang sama dah lah kan.

ahad baru-baru ni ada netball tournament. dan aku ada kenduri. so, aku memang tak tahu apa-apa cerita langsung. package dengan phone rosaknya, lagilah macam manusia yang duduk dalam gua aku ni. asyik kena bahan guna phone keras je. eh, tu bukan sebarang phone tau. baling kat batu pun belum tentu lagi rosak okay. tengoklah kualiti nya macam mana en en. sony ericsson en.

masa pergi sekolah tulah aku tahu semuanya. itupun sebab aku paksa suruh cerita. iyalah, aku sorang je yang tak tahu apa-apa. and harini aku dapat tahu cerita dari sebelah pihak. and i be like "oh macam tu sebenarnya yang berlaku" dan aku jenis manusia yang cepat rasa bersalah. aku rasa bersalah kat dua-dua team kalau aku pilih antara satu. ha, kau faham tak macam mana tu? susah kan bunyi nya? alah, buat-buat faham pun bolehlah.

so, i'm decided untuk tak main netball untuk mana-mana team pun. because im know what will happen if i choose one of the team. so, aku main untuk sekolah sahaja. itupun kalau dapatlah. yeah, im know, tu my fav hobby. tapi itu je caranya okay. full stop.


mesej: semoga semuanya dapat berdamai. amin

Wednesday 19 November 2014

Result

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

harini ya harini. hari yang betul-betul mendebarkan kata orang. pagi tadilah. rasa lutut aku dah ketar-ketar tadi. rasa nak tercabut pun ada bila nama aku kena panggil. mana taknya, ambil result dong. result PT3 pulak en en. tapi harini dapat tahu markah je. gred nya tak tahu lagi.

tapi result memang tak memuaskan. jujur aku cakap. tadi ibu ada tanya oh. tapi aku tak jawab. rasa berdosa derhaka pun ada. tapi aku tak ready lagi. sebab markah je yang keluar, gred tak tahu, so memang tak dapat nak agak, boleh ke lulus aku ni.

apa yang aku harapkan, gred turun. amin. sebab, aku teringin nak A banyak-banyak oh. teringin gila. so, aku harapkan yang gred turun em em. 14hb Disember 2014 result keseluruhan keluar. so, minta-minta lah dapat yang terbaik. amin. takyah datang sekolah pun masa tu. dorang cakap boleh tengok kat saps. so, wish me luck ..

Tuesday 18 November 2014

Jadi Fasilitator

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

harini pengalaman pertama aku masa tengah umur 15 tahun ni, jadi fasi. masa mula-mula nak mulakan tugas tu, takut jugak sebenarnya. iyalah, nak kena jadi berani, bantu membimbing semua. alah, lebih kurang macam tu lah tugasnya.

alhamdulillah, harini program berjalan dengan lancar. penceramahnya Ustaz Shauqi. sebab ni program untuk form 1 and form 2, so berani lah sikit kan join. kalau senior, haha minta maaf aku kurang keyakinan sikit. huish, takdalah nak kata aku ni tak malu bila dengan form 1 form 2, agak lah sikit mulut tu, cili kang baru tahu.

tadi program macam-macam ada. best tak? of course lah best. fasi pun main sama. yelah, fasi-fasi kali ni suka menyibuk sikit. ops. yelah, aku sorang yang suka menyibuk. tapi, kalau bila part yang ada denda tu kan kan kan, memang taklah aku nak join. wah, nampak sangat nak mengelat. pang kang. gedik je lebih

ha, part yang paling tak boleh lupa bila ustaz tu cerita pasal buli, couple and lain-lain. ada lagi tak silap. tapi, dua tu je aku ingat. teruk kan aku. haih, pelajar cemerlang kan. amin. time masa part couple tu aku sentap. iyalah, siapa je yang tak pernah couple dok. tapi yang tak pernah tu, alhamdulillah, kekal kan. jangan pernah kau nak cuba. aku dah lama tinggal semua benda-benda tu. alhamdulillah, minta-minta boleh jaga lah hati ni. insyaAllah. kita sama-sama cuba okay.

betullah apa yang ustaz tu cakap, kalau ada lelaki yang cuba text kau ke whatsapp ke wechat ke apalah kan semua wanita-wanita remaja-remaja perempuan yang lawa-lawa belaka ni, kalau benda remeh tanya pasal sekolah tu bolehlah nak jawab. tapi bila dah start sibuk nak tanya dah makan belum tu, itu yang kacau. nak tunjuk konon nya caring lah tu kan. tak payah reply. itulah permulaan yang sebenarnya.

lelaki ni pandai nak pujuk perempuan. lagi-lagi bila malam. lagi lah rancak ber-texting bagai. malam kan waktu kita berehat kan. pernah tak kau terfikir balik, kenapa kau boleh terima dia eh? ha, sebabnya otak tak dapat nak fikir secara waras. lebih kurang macam itulah kot. ha, senang cerita lah kan, tak payah reply langsung text mana-mana lelaki lagi bagus. senang. dan lebih parah lagi, bila mula jumpa. jenjengjeng, masa jumpa tu ada 'orang' ketiga. bahaya

sebab aku pun pernah tersungkur dulu. tapi cuba bangkit dan berubah. bukan nak menunjuk, tapi nak bagitahu, sesiapa pun boleh berubah, asalkan ada usaha dari diri kita sendiri. sebab aku pun rasa macam mana perasaan yang muncul masa alam tersungkur dulu. ya, memang manis. manis sangat macam madu. tapi ingat, kalau kita mati sebelum sempat bertaubat, apa nasib kita agaknya? ya Allah, tak dapat bayangkan, kan? jangan fikir sebab kita muda je. mati bila-bila pun boleh. tak kira tua ke muda. keputusan kat tangan masing-masing.

mesej: tahu tak perkataan ayah? kenal siapa dia? takpun abah ke daddy ke, abi ke kan. tahu perkataan ibu? takpun, mummy ke, ummi ke, mama ke kan. mesti kenal kan? sayang tak? bohong kalau tak sayang. fikir balik sebelum nak cakap tak sayang semua tu. siapa jaga kau masa kecil kalau bukan diorang? siapa sedaya upaya kerja keras nak bagi kau makan? taknak kau susah. memang pfft kalau tak sayang tak cinta. tak kenang budi. kacang lupakan kulit. ha, kan dah emo tiba-tiba. lebih-lebih pulak. kalau sayang, berubah :) assalamualaikum

Sunday 9 November 2014

Untitled

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

//sebab ni luahan perasan. jangan baca kalau takut bosan//

sebab harini aku sedih
sebab harini aku tak tenang
sebab harini aku rasa macam banyak buat salah kat orang
sebab harini macam-macam aku nak fikir dalam satu masa

senang cerita aku serabut ...

semalam, training dan harini tournament. semalam tak terasa macam harini. harini feeling dia lain sangat. bukan sikit, tapi banyak. hati aku macam laut. kadang tenang, kadang berombak. ya, jalan yang sebetulnya berdoa agar hati aku tenang

mungkin sebab dalam game banyak buat salah. rasa bersalah kat team tu tak habis sampailah sekarang. memang, dan aku tahu yang team yang aku main (team biru) dapat nombor 3/4. tapi entah. gembira tak terasa langsung. apa yang aku rasa 'nasib baik'.

tadi, ada orang tanya, nak get back (cewah macam couple) balik tak dengan team lama. sebab dulu pun aku ada terasa hati dengan team lama, so, aku pun masuklah team lain. aku ingat team lama dah tahu yang aku dah masuk team lain

aku ceritalah sebab apa aku masuk team lain. tapi, orang lain pulak terbaca. yang terbaca tu pulak antara yang handle team lama tu. ya Allah, aku rasa kau boleh faham kot apa yang aku rasa. terkejut plus takut dia pulak yang terasa hati. sebab kalau teen dengan teen sms kan bahasa dia lain sikit. so, kita boleh faham sesama age kita ya dok? dan bila yang terbaca tu merangkap aunty, mungkin dia tersalah faham

sebab aku ni jenis yang lembut hati (kadang-kadang) so, terasalah dengan apa yang aunty tu cakap. aku pun pelik pehal lah kan member kat team lama ni cakap cemni. sebab aku dengan member tu bahasakan diri lain. ni dia reply lain. tahu-tahu mak dia yang reply. wah, tepukan gemuruh untuk aku sebab dah terkantoi apa yang aku rasa selama ni.

aku explain lah balik kan. biar aunty tu faham. tapi entah. macam takda harapan je .. cerita kat kawan rapat, dia cakap, biasalah, orang tua, nanti okaylah tu. but still, aku tak tenang okay. sampai sekarang

mesej: ya, aku tahu bukan hari raya. tapi nak jugak cakap. aku minta maaf kat semua rakyat malaysia, kalau aku ada buat salah, aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. assalamualaikum