WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Wednesday, 19 November 2014

Result

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

harini ya harini. hari yang betul-betul mendebarkan kata orang. pagi tadilah. rasa lutut aku dah ketar-ketar tadi. rasa nak tercabut pun ada bila nama aku kena panggil. mana taknya, ambil result dong. result PT3 pulak en en. tapi harini dapat tahu markah je. gred nya tak tahu lagi.

tapi result memang tak memuaskan. jujur aku cakap. tadi ibu ada tanya oh. tapi aku tak jawab. rasa berdosa derhaka pun ada. tapi aku tak ready lagi. sebab markah je yang keluar, gred tak tahu, so memang tak dapat nak agak, boleh ke lulus aku ni.

apa yang aku harapkan, gred turun. amin. sebab, aku teringin nak A banyak-banyak oh. teringin gila. so, aku harapkan yang gred turun em em. 14hb Disember 2014 result keseluruhan keluar. so, minta-minta lah dapat yang terbaik. amin. takyah datang sekolah pun masa tu. dorang cakap boleh tengok kat saps. so, wish me luck ..