ASSALAMUALAIKUM w.b.t
sempena cuti sekolah yang bahagia ni, bolehlah aku rehat sepuasnya. wohoo! almaklumlah, exam dah habis. spm belum habis lagi kalau tak silap aku. okay, goodluck semua. aku tengah tunggu result ni. aduh, upsr dah keluar result harini. wah, tahniah yang dapat markah yang cemerlang okay. yang tak dapat tu, takpalah, PT3 ada lagi. ewah, seronok je bunyinya kan. jangan kau ulang salah yang sama dah lah kan.
ahad baru-baru ni ada netball tournament. dan aku ada kenduri. so, aku memang tak tahu apa-apa cerita langsung. package dengan phone rosaknya, lagilah macam manusia yang duduk dalam gua aku ni. asyik kena bahan guna phone keras je. eh, tu bukan sebarang phone tau. baling kat batu pun belum tentu lagi rosak okay. tengoklah kualiti nya macam mana en en. sony ericsson en.
masa pergi sekolah tulah aku tahu semuanya. itupun sebab aku paksa suruh cerita. iyalah, aku sorang je yang tak tahu apa-apa. and harini aku dapat tahu cerita dari sebelah pihak. and i be like "oh macam tu sebenarnya yang berlaku" dan aku jenis manusia yang cepat rasa bersalah. aku rasa bersalah kat dua-dua team kalau aku pilih antara satu. ha, kau faham tak macam mana tu? susah kan bunyi nya? alah, buat-buat faham pun bolehlah.
so, i'm decided untuk tak main netball untuk mana-mana team pun. because im know what will happen if i choose one of the team. so, aku main untuk sekolah sahaja. itupun kalau dapatlah. yeah, im know, tu my fav hobby. tapi itu je caranya okay. full stop.
mesej: semoga semuanya dapat berdamai. amin