WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Monday 20 October 2014

camping

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

duduk sorang-sorang. line tengah laju kan. of course lah aku nak online kan. tiba-tiba dapat dm kat twitter. ceh, twitter je mampu sekarang. henpon aku kan rosak. benci k benci. rasa nak buang je henpon dalam tong sampah. tapi bila tengok henpon tu, rasa sayang membuak-buak pula. yelah, henpon tu yang buat aku boleh buka account instagram, whatsapp, wechat, macam-macam lah. selama ni mana ada. buat cerita sedih lah pulak. pang kang.

sambung kat dm masuk tadi. tengok-tengok kawan aku. dia tanya aku nak beli baju kelas tak. aku mesti tanya harga dulu. sebab nak beli baju tu guna duit sendiri. aku pulak tengah pokai ni. tiba-tiba kenangan lama menari-menari kat ingatan ni. ceh, ayat taknak kalah.

masa zaman darjah 5 ke 4 entah. aku tak ingat. sekolah agama aku ada anjurkan kem. dulu selalu sangat buat. tapi since aku darjah 6 dah tak buat langsung. adik aku selalu sangat balik rumah komplen cakap bosan. macam aku pengetua kat sekolah tu. sumbat baldi kang. haritu kem dia nak pergi ke Bukit Lagong. tak silap aku lah. dia punya excited tu bukan main. sampai tertidur dalam bas. kuangkuangkuang

sampai kem, terasa macam "whaaaa, bestnyaaa" bukan main, padahal tengah mamai masa tu. kat situ ada tempat rock climbing, flying fox, dewan, tandas, kantin, semualah. cuma kalau tempat tidur tu tak nampak sungai. tasik ada. cantik gila tempat dia. memang aku tak boleh lupa. aktiviti pertama, ice breaking. alaa macam kem biasalah. mesti ada punya ice breaking tu. memang wajib okay.

dah habis aktiviti, mulalah pasang khemah. okay, ini best walaupun bukan aku yang pasang. yelah, junior kan kat situ. tolong kutip sampah ye. muka aku. tapi tak heran. janji malam tu tidur dalam khemah. tak silap, kem tu 3 hari 2 malam. lepas satu-satu aktiviti kita orang main. yang paling best masa nak main rock climbing and flying fox. rock climbong tu aku tak main pun sebab takut. bila fikirkan balik memang rugi okay.

flying fox.... kena naik dua orang. aku tak ingat aku naik dengan siapa. masa turun tu best dia takyah cakap, boleh tengok semua benda dari tempat tinggi. menjerit, memang akan ada. gedik je lebih. rasa nak tepuk mulut sendiri. lepas dah habis semua aktiviti di siang hari. tibalah malam. haa, ni punca dan kenapa aku nak sangat update blog ni.

ada kembara malam or night walk. cikgu beria-ria suruh bawak torch light dari rumah. lepastu, fesi kat situ suruh letak kat depan. tapi aku tak bawak pun torch light tu. masa dengar taklimat tu, dah mulalah dah gementar dia. macam-macam aku fikir. takut kena baham dengan rimau lah jumpa dengan 'benda' bukan-bukan lah macam-macam. lagilah jantung aku dupdapdudap laju macam taknak berhenti bila fesi tu cakap kena jalan sorang-sorang. rasa nak tercabut jantung aku masa tu. tempat orang kot, manalah aku nak mahir. selok belok dia pun aku tak tahu.

time tu, mulalah nak nangis mintak nak ibu nak ibu. bukan aku sorang okay yang mengada time tu, ramai. budak lelaki pun ado. sekali fesi tu tanya, siapa ada sakit macam asma, demam or apa-apalah angkat tangan. aku ni budak yang aktif dan alhamdulillah takda sakit yang kekal. ramai yang angkat tangan termasuk aku. fesi tu suruh beratur kat sebelah dia. time tu rasa bersyukur gila dah sebab fikir tak payah nak kena pergi night walk tu. malangnya, fesi tu soal siasat macam polis. bukan main lagi.

sorang-sorang dia tanya. sampai kat aku, dia tanya "sakit apa?" aku jawab "asma" "sejak bila" aku jawab "hari ni" memang kena bahan gelak. fesi tu gelak, ustazah ustazah tu pun gelak. muka aku pelik je time tu. aku cuma boleh fikir "dah kenapa, takda ke orang kena asma tiba-tiba?" bila ingat balik, rasa nak sorakkan je muka ni dalam baldi. malu dia tak payah cakap. aku takda asma pun sebenarnya. cuma cari jalan taknak join night walk tu. fesi tu suruh aku pergi kat barisan yang confirm pergi night walk tu. padan muka aku

malam tu nak tunggu turn memang lama. jalan nak pergi tempat tu pun dah penat. sampai sana dia lepaskan dua orang sekali jalan. masa tu, aku nak pergi dulu? memang taklah! dah lah berlakon ada asma. dari tempat menunggu, aku boleh dengar suara orang mengilai. menjerit semua ada. sampai ada yang patah balik mintak tolong. tapi fesi tu suruh dia orang pergi balik. aku tunggu kat situ sampai nak tersengguk-sengguk mengantuk sangat.

sampai turn kami enam orang, fesi tu tanya siapa yang nak pergi jalan. semua taknak. sekali kena denda jalan ramai-ramai. rasa selamat jugaklah masa tu. tapi package dia siap kena selawat kuat-kuat. kuat kitaorang tak payah cakap. cukup boleh cakap, jalan tu kitaorang yang punya. sampai dah kat tempat nak kena kacau ni. budak kat depan aku ni dah nampak kain warna putih, aku nampak. tapi buat-buat tak nampak. yelah, nak sedapkan hati. kain putih tu mulalah mengilai sekuat alam. haish, nak je aku tepuk mulut dia. bising malam-malam buta.

aku duduk tengah mulanya. tapi semua dah jalan depan aku, aku yang paling belakang. kain putih tu mula dekat dengan aku nak sentuh aku. tanpa aku duga, aku pergi tarik kain putih tu siap dengan tampar pukul-pukul sekuat hati. bukan main. fesi yang jaga kitaorang time tu dah bantai gelak. sampai lah empunya kain putih suruh aku berhenti cakap yang dia tu manusia. ha, tahu kau. aku memang ganas. kau jangan main-main. sampailah tempat budak-budak kena kumpul. sampai kat tapak kem tu pukul 3 pagi. so, ada satu jam je kitaorang boleh tidur. ish, orang dahlah tengah ngantuk.

esoknya, 4 pagi. akak-akak senior kejut suruh bangun ada qiamulai. bangun jugaklah. dia bagi masa basuh muka gosok gigi. yang tunggu budak-budak yang lambat semua tidur. mulalah solat subuh. sampai tahiyat akhir, ada yang tersengguk-sengguk, ada yang dah terbalik dah pun. mengantuk punya pasal. aku tak pandai nak khusyuk lagi masa tu. aku tak mampu nak gelak kan empunya badan yang dah terbalik tu. sebab aku sendiri pun terasa nak tumbang. tapi gagahkan jugak diri ni.

sampailah dia bagi masa setengah jam lagi boleh rehat. ish, setengah jam je? tak cukup tahu tak. rasa nak mengamuk je time tu. tapi, takdalah berani nak buat macam tu. then, mandi apa semua kemas barang nak balik. masa nak balik,  terasa sayang pulak nak tinggalkan tempat tu. eleh, lumrah lah kan. masuk je dalam bas, benda paling pertama aku cari, tempat duduk in good condition. sebab aku nak tidur. bas mula jalan, aku dah tak ingat apa-apa dah.

sampailah aku teringat ustazah kejutkan aku cakap ayah aku dah sampai. nak jemput aku balik. time tu aku dalam bas. bangun je nak ambil beg, tengok aku sorang je yang ada dalam bas tu. sah, rasa benci kat budak sebelah aku pun ada. bukan nak kejutkan aku oh. balik rumah, ayah cerita kat ibu itu ini. aku malas nak dengar. sebab aku fikir nak sambung tidur je. esoknya ibu cerita kat aku. ustazah pun tak perasan yang aku tak turun dari bas lagi. nasib baik bas tu tak jalan lagi. kalau tak, dengan aku sekali diangkutnya.

bila diingat balik, rasa diri ni teruk pun ada, tidur mati satu! ngada-ngada pun satu. penakut tak bertempat pun satu. baru sedar mengada betul aku dulu. rasa benci kat diri sendiri pun ada.

ok, goodbye! night ...

Wednesday 15 October 2014

last paper

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

alhamdulillah, paper lain semua dah habis. tinggal paper tambahan-bahasa arab. fuyyoo, berdebar sebenarnya thats why sengaja singgah sini. tahniah lah kan untuk anda yang dah habis paper. aku? gembira tak, sedih pun tak. emosi aku balance. kwangkwangkwang

habis exam pun, result tak keluar lagi. time nak dapat result lah yang paling takut. tapi, apa yang aku boleh buat, tawakkaltua'lallah. macam-macam dah dorang planning untuk esok. merdeka kan. ada yang jogging lah. okay itu buat aku jealous. aku pun mulakan projek diet jugak! acewah. angan-angan mat jenin.

cerita pasal esok, ustazah pesan suruh aku buat baik-baik. result aku drop haritu. sampai ustazah ingat aku bercinta. ayyoo, mana ada meh. takda masa nak cari meh. kahkah. percaya tak percaya sudah. aku memang bagitahu benda betul. noktah!

study lah study lah study lah. itu yang ibu selalu pesan kat aku. ayah? lagilah. ayat study tu dia tambah buat essay yang lebih 180 patah perkataan. eh, mintak besen aku ni. mintak kat ayah, kalau dapat straight A nak sony C3. cewah, selera kemain. tapi kan, macam tak dapat je. macam okay macam. apa pun doa dan tawakkal jelah. semua dah lepas. paper arab je yang belum lepas

wish me luck for tomorrow. bismillahirrahmanirrahim...

# buat sesuatu niat biar lah kerana Allah :) inshaAllah berjaya

Thursday 9 October 2014

lembap

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

nampak tak tajuk kat atas tu? nampak tak? nampak tak? ok, lembap tu ada banyak maksud sebenarnya. aku tanya mr. google. dan berlonggok-longgok lah pilihan yang boleh aku pilih. lembap ni bermaksud, basah, masih basah, tidak cerdik dan sebagainya. tapi maksud yang tidak cerdik dan bodoh tu adalah lembam. ha, itulah yang aku dapat lepas dah tanya mr. google tadi

so semuanya dah terjawab kan. aku pun keliru jugak sebenarnya mulanya. antara lembab dengan lembap. jadi boleh fikir logik kot antara lembap-bodoh atau lembap-lambat. lembap-bodoh tu agak kasar dan memang kasar pun. tapi kau kena faham jugak ayat orang cemana. jangan main hentam je merajuk marah orang suka hati. padahal kau yang salah sangka.

fikir logik, ayat dia macam ni. dua orang kawan ni tengah bersembang, tiba datang seorang kawan ni tanya "kenapa kenapa?" dan salah seorang daripada dua orang ni tadi jawab "dah lembap, tak payah tahulah" tapi yang kawan baru datang ni asyik fikir lembap tu bagi dia bodoh. kalau ingat ayat balik, "dah bodoh, tak payah tahulah" ha, jauh tak beza tu? aku rasa terlalu lah jauh. cuba renungkan balik. terima kasih

kedua, sanggup ke kawan kau yang kau dah anggap sahabat dan dia sendiri dah anggap kau sebagai sahabat gelarkan kau lembap maksudnya bodoh. takda siapa yang akan anggap kawan sejati dia bodoh. takda siapa. kalau dia faham maksud kawan sejati tu siapa dan apa. lagi-lagi lah dalam pelajaran. kau boleh fikir kot. takkanlah dia yang kurang cerdik dari kau nak gelarkan kau macam tu. kalau boleh fikir dan renungkan keadaan. semua budak kelas dah takda dalam kelas, dan tinggal kau dengan kawan kau je dalam kelas. dia pun cakap "cepatlah sikit, lembaplah kau ni" adakah maksud lembap kat situ jugak bodoh? renungkan.

and one more thing, banyak dah zaman sekarang ni orang gurau kasar. jadi, kau kena fikir dulu sebelum nak bergurau dengan orang. adakah gurau itu akan menyakitkan hati dia? jadi, kalau kau jenis hati yang lembut dan sopan janganlah cuba gurau kasar dengan orang. sebab kalau orang tu dah terbiasa dengan gurau kasar kau, dia pun terasa nak bergurau kasar sama dengan kau. dan mulalah kau terasa dan kau salahkan dia. jadi, fikir-fikirkanlah. sebab apa yang kita buat kat orang, akan kena batang hidung kita balik.  bukan harini, mungkin esok lusa.

p/s: ego takkan memberi kebaikan apa-apa pun kat diri kita. kalau nak tunjuk sangat berapa cm dan ml kau punya ego, bandingkan dengan ego  orang lain. mungkin lagi tinggi dari kau. sekian