WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Tuesday 30 December 2014

Trip to Pulau Pangkor

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

aku dah lama selamat pergi dan lik dari Pangkor ni. Yes, trip dengan kengkawan. Best? Gila tak best, mestilah. Bag yang aku bawak ke sana macam nak duduk seminggu kau tahu. Sebabnya kami ambil package yang murah, so makanan memang kena prepair sendiri.

Mula mula tu fikir macam tak best tau. Sebabnya bercampur dengan form yang lain lain kan. So, aku fikir nanti awkward lah tak boleh jadi diri sedirilah macam macam. Dah sampai depan pagar sekolah dah boleh nampak muka muka yang semestinya excited kan. Muka muka yang tak pernah nampak pun ada. Masa tu, apa yang aku fikir, takpalah, nak cukupkan tempat kosong. So, yay biarlah dorang nak follow kan.

Sampailah kat jeti pangkor. Depan tu kau nak shopping souvenirs memang banyak kedai. Serious. Tapi first day tu cikgu tak bagi shopping lagi. Sebabnya tempat tu luas, so nanti orang yang galak sangat shopping susah nak carilah apalah. Lagi satu takut lambat pulak nak sampai hotel. Oh ya, aku stay kat Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor. Oh ya, kau boleh search sendiri web dia. Memang ada, serius. Then, lepas makan nasi yang cikgu sediakan, kami pun naiklah feri. Jujur, aku tak pernah tahu yang feri ni bising bila kita duduk kat bahagian luar. But, who cares? Kat luar lagi best berbanding kat dalam,serius.

Sampai sudah kat pulau pangkor. Yang tak percayanya, aku ingat pulau pangkor ni kecil, and takda orang yang tinggal kat situ. Tapi sangkaan aku memang meleset jauh. Kat pangkor siap ada sekolah lagi tau. Kami nak pergi hotel kami naik van pulak. Satu van boleh muat 10 orang. Vroom vroom racing atas jalan perkampungan sampailah kat hotel. Kami dapat dorm. Tapi dorm dia bukan yang macam kat kem tau. TAK. Satu bilik 4 orang. Ada yang 6 orang. So, memang selesa lah kan. Tapi bilik mandi and bilik air kat belakang.

Hari pertama memang tak dapat buat banyak aktiviti sebab hujan. So, agak bosan tapi bestlah sebab dapat rehat. Wah, memang tidur yang aku mimpikan dari atas bas lagi. Tapi tak jadi, sebab kawan aku cakap tidur petang boleh jadi gila. Omg terus batalkan niat nak tidur tu okay. Malam aku tak ingat buat apa. Tapi yang pasti memang takda aktiviti hari pertama tu. Kitorang dinner kat restoran ilham kat sebelah kanan coral bay hotel. Bagi aku sedap makanan kat situ. Tapi tak tahulah kalau perut lapar ke apa en. Tapi yang pasti, setiap kali lapar, memng kitorang akan gerak kedai tu jugak.

Sampai resort, roommates aku ajak tidur. Tapi dengar bunyi bising kat ruang tamu dorm. Niat aku nak tegur supaya janganlah bising sangat kan, sebab orang nak tidur. Tapi aku tak jadi nak tegur sebabnya diorang main truth or dare. Tengok macam  best, so nak main samalah kan. So, dapatlah kenal dengan orang baru.  Nak kata baru tak sangat, tapi yang paling tepat sebab dah lama tak jumpa. Macam macam dorang tanya. Benda yang mengarut tu kau takyah cakap, paling banyak yang diorang tanya. Haih, sampai ke crush dah kantoi siapa

Esoknya baru ada aktiviti. Sarapan disediakan. Memang sedaplah aku melantak kan. Makanan free kot. Pastu mulalah main game. Dari situ dh boleh bergaul dengan semua orang. Yng tak kenal langsung pun makin rapat. Bukan makin, tapi memang rapat. Tak sangka gila yang dorang ni semuanya sporting actually. Itu yang best boleh buat bahan bahan orang tu. Tapi part paling best, bila main bola tampar. Lelaki lawan perempuan. Confirm lh lelaki menang kan. Okay, tahniah okay.

Part paling best yang takleh lupanya naik bot. Sebab pakcik yang bawa boat ni memang sporting habis. Kalau kau diam, dia pun diamlah kan. Sebab kitorang ni jenis kepoh, so, pakcik pakcik tu layan jelah. Ha, sebabnya pakcik tu ada dua sebab aku naik boat yang lain lain masa pergi dan balik. Dont worry, dua dua pakcik memang sporting. Kalau nak tahu cerita meh lah jenguk insta saya @shahirahputeri . Kat situ aku ada cerita A to Z pasal boat yng aku naik.

And seterusnya, kami ada singgah nipah bay untuk makan tengahari. Kat situ ada satu peristiwa. Bukan rekaan okay, pakcik boat tu sendiri yang bagi tahu. Kalau kau nak makan kat sini, kena pandai survey sebabnya, ada pelawat 5 orang yang makan kat satu kedai ni, tak tahu kedai apa maaf, kena rm900. Tak tahu apa yang dorang makan. So, better yang pergi sini berhati hati. Tapi jangan risau, tempat ni pun boleh tahan best masa aku singgah sana.

Tuptap tuptap, tiba masa nak balik. Macam tak percaya je yang trip 3hari 2malam dah habis. Gila tak sedih. Macam macam memori yang tercipta kat sana tanpa aku minta. Sampai atas feri, aku hanya mampu termenung. Sebabnya, rasa sayang nak tinggalkan pulau yang penuh dengan kenangan tu. Pulau yang penuh dengan ketenangan. Ya aku sedar, Allah dah bagi pinjam kebahagiaan kat sana. Alhamdulillah, silaturrahim yang kian jarak kini sudah dirapatkan. Thank you Allah, i love you Allah.

 Tapi, kami masih lagi contact kat group khas kami. Yes, semua dalam tu memang kuat membahan. Dengan perangai yang suka merajuknya. Macam aku. Haha. Sekian sudah post untuk harini. Maaf tak dapat nak share gambar. Gambar banyak di share kat insta. Kalau rajin boleh singgah @shahirahputeri atau #dakdakpangkor #kaaians

Sekian, Assalamualaikum

Thursday 4 December 2014

terasa

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

cuti sekolah yang membosankan. boleh lah boleh lah. seronok jugak lah kan cuti panjang ni. sebab tak payah sibuk fikir homework, assignment, semualah. cuti ni boleh tidur puas. wah, bahagia je bunyi nya kan. serupa orang malas belajar. terserlah sangat dah tu.

sedih weh, sedih. sedih gila. tapi bila share dengan ibu, ibu cakap "alah, benda cemtu pun nak terasa kau ni. biarlah diorang" okay. faham. mungkin aku ni yang manja sangat. ha, boleh jadi.

tapi entah. bila aku nampak kau orang berdua. wah, sakit namati rasa nya tahu. kalau ada gaduh, kau orang cari aku. tapi bila time kau orang bahagia, kau lupakan aku. oh, lupa. aku kan takda handphone canggih macam kau orang so susah nak contact, betul?

honestly, aku terasa. ya, memang benda kecil. benda kecil yang kau cakap tulah makin lama makin berdarah dan terus berdarah sampai ke tahap parah. aku bukan apa tau. nasib baik ibu jenis yang suka dengar keluhan anak-anak dia. lepastu bagi kata-kata semangat lebih kepada memujuk.

ya, i know, dia tak invite aku. and aku sikit pun tak kesah. at least bagilah tahu. ni tidak, masa gaduh kau cari aku. kita 'bertiga'. lepastu kau 'berdua', aku 'keseorangan' tak tahu apa-apa. ya, kalau tanya mesti jawapan susah nak contact kan? lepastu jumpa tahu nak bahan aku "kau ni ketinggalan lah, itulah siapa suruh takda phone" hello sis, kalau ada phone tahu nak buat zina hati, better macam ni. takda phone. selamat insyaAllah.

i am sorry. sebab aku betul-betul sakit hati. maybe entry ni lebih kepada lepaskan perasaan. tapi itulah aku rasa dan pendam sensorang. almaklumlah orang duduk dalam gua. takpa faham. now, i know who is really always by my side. thank you. now, i know. assalamualaikum.