WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Friday 12 June 2015

Hidup mesti diteruskan

ASSALAMUALAIKUM WBT

Baru-baru ni aku baru pulang dari kampung. Di kampung bukan betul-betul rehat pun sebab balik kampung memang ada agenda dia tersendiri. So pergi sana pergi sini. Ziarah sana ziarah sini.

Yang paling best lah kan setakat ni pergi pantai. 2 hari berturut-turut kot cuba bayangkan. Setiap petang je pergi pantai. Semangat sangat nak cari remis. Tapi musim ni pantai kat Terengganu lawa pula. So memang macam-macam idea lah dapat nak tangkap gambar macam tu macam ni ish ish ish.

Tapi, yang paling tak boleh lupa balik kampung baru-baru ni dapat semangat baru Alhamdulillah. Yelah, dulu masa PT3 aku target untuk kelas ke kelas sains tapi result tidak mengizinkan. Mungkin kesilapan tu dari diri aku sendiri juga. So, terkilan sedikitlah kan. Sekarang pun menetap kat kelas akaun tapi akaun pun tak minat, nak drop sayang, sebab minat boleh pupuk insyaAllah lagipun fikir ini untuk masa depan juga. So, aku redha, setakat ni okay duduk kelas akaun boleh go on lagi, cuma kena usaha lebih sikit je.

Sebab baru-baru ni ibu ajak ziarah cousin aku yang belajar kat Terengganu ni haa. Kebetulan ibu nak tengok dia macam mana sihat ke belum. Alhamdulillah aku tengok dia sihat je. Ya cousin aku yang seorang ni memang kuat orangnya.

Sembang punya sembang entah macam mana boleh sampai dekat topic sekolah. Pastu bincang punya bincang dia siap bagi nasihat lagi kata "kak long kalau dapat kat mana course apa belajar je toksah pilih-pilih. Sebab nanti kita kerja pun belum tentu dapat sama dengan apa yang kita belajar" "tengok macam kawan kak nani tu (tunjuk ke arah teman serumahnya) dia pun macam-macam course dah setakat ni dia belajar, science lah akaun lah macam-macam lah tapi dia go je" and now baru aku faham.

Hm, takdalah lepasni susah payah sibuk nak fikir lebih-lebih dah. Haah aku ni kalut, sikit ah en sikit je. Sibuk fikir masa depan macam itu macam ni belajar pun bukan hebat mana. So, after this belajar dulu elok-elok biar result cantik pe semua baru fikir nak macam itu macam ini.

Oh ya, pasal crush, suka itu fitrah. Tapi kena ingat, kau sendiri yang kena control rasa suka tu beb. Kalau kau lalai dengan godaan syaitan, habislah hm. Ingat, kalau ada rasa nak berubah teruskan je sebab benda baik kot buat apa nak tangguh kan. So, good luck with your life. Apa-apa minta pertolongan Allah, tak mampu nak mengadu dengan sesiapa mengadu pada Allah. Dia dengar setiap doa kau setiap rintih kau. Doa agar segala urusan dipermudahkan insyaAllah ameen :)