WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Thursday, 19 June 2014

Hargai

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, aku lepas exam lisan pagi tadi. start dari pukul 7.45 pagi sampailah 10 pagi . tak silap aku ni baru percubaan . sebab yang betul betul punya bulan Ogos nanti okay . pejam celik pejam celik dah nak dekat pun . sekarang dah bulan jun . lagi berapa kerat je nak masuk bulan julai . bulan julai nanti pulak aku sibuk dengan ujian instrument sejarah dengan geografi . memang busy lah cerita dia . kebetulan ada masa sikit ni . itulah bukak laptop and meng-update . orang lain tengah perah otak buat latihan . bagus betul .

okay, pagi tadi, lepas habis exam je terus boleh rehat okay . cikgu bagi rehat awal 1 minit . hargai masa tu okay . habis rehat je masuk kelas . tibalah subjek agama . selalu sangat mengantuk kalau waktu cenggini . banyak betul syayaton bergayut kalau nak dengar ilmu agama je . subjek agama harini pulak pasal mengurus jenazah . kebetulan ada member aku yang nenek dia baru meninggal beberapa bulan yang lepas . so, dia pun tengok serba sedikit orang mandikan jenazah . dia pun ada tolong jugak . bangga aku jadi kawan dia . jarang remaja sekarang nak tolong buat semua tu . tapi tak semua ok . aku sendiri sebak dengar cerita dia . entah kenapa, aku pulak yang feeling melebih . sampai sok seh sok seh aku dengar cerita dia .

yelah, mana tak nya, jauh dalam hati dia tu, dia sayang sangat kat arwah . tapi, dia tak mampu nak tunjukkan je . nenek dia garang katanya . selalu sangat bising itu ini . bising itu ini tu semua bersebab . cuma dia tak pernah nampak je sebelum ni . tapi kau tahu, orang tua tua marah sebab sayang . terlalu sayang sebab itulah dia bising . bila dah takda, dia selalu cakap kat aku, takda siapa dah nak bising kalau dia menyanyi kecil kat dapur and macam macamlah . masa tu air mata dia dah bergelinang dekat tubir mata dah . pastu dia gelak gelak . konon nak cover lahtu . ehem, aku dah kenal kau lama ok mun . kau sedih ke apa, aku tahu . so, kau semua . jangan pernah bosan dengar bila ibu kau pot pet pot pet tak berhenti . cuba kau fikir balik, selama ni ibu kau pot pet pot pet mesti ada sebab kan . mana pernah dia nak bising takda sebab yedak?

bila dia cerita itu ini, aku pulak teringat dekat arwah cousin aku . baru 1 tahun (2011) budak tu . arwah lemas . aku sendiri sayang kat dia . aku sayang dia sebab aku takda adik lelaki . so, aku pun teringin jugak nak adik lelaki masa tu . cuma takda rezeki lagi . pukul 3 petang . aku terjaga dari tidur . aku bangun bangun je tengok Puan Ibu tengah jawab call . besar mata Puan Ibu masa tu . merah merah pulak tu . aku pun pelik lah . bila Puan Ibu dah habis jawab call je, terus aku tanya kenapa . Puan Ibu bagitahu yang Abang Long Muhammad dah takda . aku masa tu tengah blur blur lagi . aku tanya ibu balik, baru aku faham . masa tu Allah je yang tahu macam mana perasaan aku . terus bergegas kemas beg balik kampung . aku tarik je memana baju yang aku nampak .

sampai kampung waktu malam . pergilah rumah sedara belah his mom . ibu peluk makcik erat erat . ibu cakap, 'sabar ye, sabar' . makcik dah menangis kat bahu ibu aku . aku ni jenis yang cepat sangat tersentuh . tengok je makcik macam tu, automatic aku pun naksedih sama . tapi aku duduk jauh jauh kejap . tenang diri aku dulu . makcik cerita macam mana semua tu boleh jadi . aku sampai kampung waktu tu pun memang nak dekat tengah malam pun . ayah pulak pecut bukan main lagi . tapi, tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir . itulah yang aku tak boleh terima . tapi nak buat cemana . dah duduk jauh dari yang lain .

esoknya dia buat tahlil . siang masa ni . nenek arwah ada jugak jemput tahlil malam tu . tapi tak dapat nak pergi sebab ayah ada kerja . dah banyak sangat ambil cuti minggu sebelum tu sebab atuk tak sihat . kesian aku tengok pakcik aku masa tu . arwah sangat rapat dengan ayah dia . tapi aku yakin, mesti ada hikmah disebalik semua ni . makcik aku termenung je memanjang . bila dah lama, ibu pun sebelah dia . dia luahkan semua kat ibu . dia kata, baru pagi tadi dia buat susu untuk arwah . untuk kali terakhir . dia kata, pagi tu arwah pandang je dia masa dia tengah buatkan susu . bila dapat susu je, dia pergi tidur balik . tak sangka pulak jadi macam ni . yang makcik pulak cerita, pagi tadi masa pakcik dah pergi kerja senyap senyap, arwah nangis nangis cari pakcik. tak pernah jadi pun macam tu sebelum ni . terus terburai air mata pakcik kat situ . pakcik aku tu abang kepada ibu . ibu pun gosok gosok badan dia . tenangkan dia . mata ibu pun merah masatu . tapi ibu cuba tahan . ibu pun rapat jugak dengan arwah . 

lepas beberapa bulan dah berlalu, raya . baliklah kampungkan . raya pertama pergi ziarah kubur arwah . terasa lagi kehilangan tu sampai sekarang . bila nak kongsi dengan member je, mesti sok seh sok seh aku datang . memang payah nak mengelak . makcik pun dah ada baby baru masatu . lelaki jugak . Muhammad Sallahuddin . sekarang tak silap aku dah 1 tahun kot . takpun 2 tahun . tak pasti . muka sallahuddin sama macam arwah abang dia . alhamdulillah, lama-lama semua dah boleh terima yang arwah Muhammad dah pun takda . Allah lebih sayangkan dia . doakan ummi dan abah mamat ok kat sana . Al-Fatihah (Muhammad Umar Azim)



marah macam mana pun sekali dorang kat kau, dorang tetap sayangkan kau ok.
p/s: hargai selagi ada. jangan derhaka. doakan aku berjaya dalam ujian bulan julai, ogos and oktober. thank you !