WHEN YOU SEE A PERSON WHO HAS BEEN GIVEN MORE THAN YOU IN MONEY AND BEAUTY, LOOK TO THOSE, WHO HAVE BEEN GIVEN LESS.

Thursday, 8 October 2015

Realiti

ASSALAMUALAIKUM wbt

dalam hidup ni, bukan semua benda kau boleh cerita orang. bukan apa, cuma perlu ambil langkah berjaga-jaga. rahsia dan masalah kau tak perlu kau nak cerita semuanya kat kawan. manusia berubah beb. dia boleh jadikan rahsia dan masalah yang kau cerita tu sebagai senjata untuk tikam kau dari belakang. aku pun tak tahu tujuan apa aku tulis entry kali ni sebenarnya. tapi terasa nak menulis. dan tajuk kat atas tu, sebab aku dah banyak sangat tengok drama korea hehe

kita berpijak di bumi yang nyata. ya, kau rasa lantai kan? ok tak lucu. hm kalau kau tengok macam-macam drama on youtube, televisyen and whatever semua tu sangatlah berbeza dengan kau. susah-susah then senang. dikejar oleh ramai jejaka tampan. kau nak jadi macam tu? no you can't. just ambil moral of the story. kau senang, kau kena ada usaha. kau nak orang senang dengan kau, jaga hati orang. jangan pernah kau give up nak buat baik dengan orang. anggaplah setiap satu manusia yang kau jumpa kat dunia ni sebagai ujian. mengadulah pada Dia.

jadi diri sendiri. yes, tu mesti kau buat. maksud jadi diri sendiri ni bukanlah sampai tahap kau tahu benda kau buat tu salah and disebabkan kau pegang sangat "kata-kata just be yourself" sampai kau buat-buat tak nampak salah kau tu. jangan okay. jadi diri sendiri kat sini bermaksud kau tak perlu nak jadi macam dia semata-mata nak dapat ramai kawan macam dia. no need. just be who you are. dan biar manusia boleh terima kau seadanya. tak perlu susah-susah kau nak berlakon jadi orang lain. tapi jangan lupa jaga maruah diri dan keluarga ya.

kau kata nak hidup senang pada masa hadapan. kata nak tolong parents pergi buat haji apa semua tu. nak diorang hidup senang tak payah susah-susah kerja. mereka nak apa order je. tapi usaha mana usaha? aku sendiri sentap dengan ayat sendiri. ada kesedaran dalam diri tu tapi suka menangguh. janganlah tiru tabiat buruk ni masyaAllah jangan. buang yang keruh ambil yang jernih okay!

dan seterusnya, tak semestinya hubungan kau dengan someone tu akan berjalan dengan lancar je. mesti akan ada pasang dan surut. termasuklah friendship. and whatever situation sekalipun on that time, please control. kau tahu, mulut adalah senjata lebih tajam berbanding pisau. sekali kau dah paku di dinding, even kau cabut sekalipun, tetap akan tinggal kesan. macam tu jugalah hati manusia. kalau kau marah sekalipun, you're better just shut your mouth. diam tak bermakna kalah. ingat tu. adalah lebih baik kita diam jika tengah marah dari berkata-kata